Assalamualaikum semua. Aku Min masih bujang. Umur 20++ . Sikit intro pasal aku. Semua pun tahu zaman sekarang memang zaman media social kan. Tapi aku rasa macam pro and cons sama banyak untuk media social ni.
Kadang-kadang aku rasa stress kenapa la aku lahir zaman ni. Untuk pengetahuan, umur aku 20++ dan aku membesar zaman takde gadget okay. Nak online kena pergi Cyber Cafe bayar RM2 sejam huhu. Kalau nak bercinta pun pakai email. Tu zaman aku dulu la.
Yang aku nak ceritakan ni macam mana aku jumpa fake people yang tipu diri sendiri semata-mata untuk update dekat media social. Aku pun termasuk sekali. Sekarang dah usaha ubah doakan aku guys InshaAllah.
Orang zaman ni, beli barang branded, spouse bagi hadiah, belanja mak ayah, bercuti, semuanya nak update dekat media social. Majoritinya yang update ni kadang2 menipu pun hado kan.
Aku bagi contoh lah kan. Aku kenal orang yang biadap dengan parents tapi acah-acah pergi oversea untuk aktiviti sukarelawan. Aku pernah tengok betapa biadap dia dengan mak dia. Mak dia kawan baik mak aku then selalu datang rumah aku mengadu pasal perangai anak dia ni sambil nangis-nangis. Kesian guys.
Kedua, aku pernah pergi bercuti dengan geng aku dalam 7 orang. Sepanjang trip kami ade la seorang member aku ni bad mood on off sepanjang trip tu. Punca tak dikenalpasti and know what?
Sepanjang trip dia selalu post status acah-acah positif dengan background gambar dia of course. Padahal sepanjang trip tu mendengus, menjeling, mendiamkan diri sahaja member aku ni. Tergelak aku fikir.
Last-last, last day trip dia post appreciation post dekat ig untuk berterima kasih dekat kami yang lain untuk trip tu. Aku pun tak tahu motif dia tapi assumption aku dia just nak menunjuk je kot.
Contoh lain officemate aku tangkap gambar hadiah yang orang lain bagi aku sempena birthday acah-acah macam dia yang dapat . Aku tak kisah pun tapi nampak tak orang menipu untuk nampak hebat dekat media social kan.
Lagi satu, aku ade member yang memang manis sangat rupanya. Dekat luar la cerita dia. Dengan makeup dia and baju lawa-lawa tu. Ni bukan jeles ye gais. Aku lagi lawa puihhh, hahaha. Tapi masuk bilik tudiaaa tilam berkepam, agak berbau and bilik dia bersepah.
Kalau aku video call dengan dia tahi mata penuh guys, asyik korek-korek je hilangkan konsentrasi aku nak bersembang. Dia ni lawa selalu la post-post pasal kesetiaan, lelaki jangan curang lah ape la, tapi hakikatnya dia mesej dengan ramai lelaki. So aku nampak dia agak fake dengan social media.
Aku pun pernah kenal dengan kawan universiti dulu yang dekat social media komen rindu-rindu dekat aku. Tapi bila aku whatsapp balas lambat, seketul-seketul pulak tu. So ko percaya ke dia rindu aku ? Kau ghasee hahahaha
Aku pun pernah la post something dekat social media acah-acah aku kaya, padahal duit simpanan tak sampai 2 ribu pun. Sob sob sob.
Lepas aku perhati semua bende ni, aku simpulkan social media lebih tepat lagi instagram is a toxic. Tengok boleh percaya jangan. Bukan semua tapi majoritinya guys.
Sekarang aku pun dalam proses bersihkan hati. Tak nak menunjuk dekat media social semata-mata nak impress orang. Allahu riak takbur ujub semua tu tak patut ade dalam hidup kita guys.
So mari kita berubah!
– Min (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit