Assalamualaikum wbt. Pertama sekali, terima kasih kepada admin sebab ‘approved’ untuk ‘publish’ cerita ini.
Nama aku Sarah (bukan nama sebenar). Berkenan dengan tajuk, ya. Apa yang anda semua fikirkan itu lah diri aku. Aku alami dan dah jadi ‘people pleaser’ ni sejak kecil lagi.
Apa yang orang cakap, aku setuju. Apa yang orang nak, aku sanggup buat. Orang lain buat keputusan, aku ikut saja.
Orang lain ada masalah, aku sanggup selesaikan masalah mereka. Senang cerita, aku ni bertanggungjawab ke atas segalanya termasuk emosi, hati dan masalah mereka.
Walhal benda tu semua kadang-kadang tiada kaitan dengan aku. Semata-mata nak nampak diri aku ni ‘baik’ dengan orang dan nak hilangkan rasa serba salah dalam diri.
Aku terlampau takut kalau aku tak dapat puaskan hati semua orang akan menyebabkan orang tak nak berkawan dengan aku. Aku takut orang itu marah, atau pergi dari hidup aku.
Pernah terjadi suatu ketika dahulu, aku pernah cuba untuk katakan tidak untuk sesuatu perkara.
Tak lama selepas tu, aku jadi serba salah, dan tak tentu arah. Memikirkan orang tu akan putus hubungan dengan aku dalam sekelip mata.
Nak tido pun tak lena. Jantung berdebar sangat-sangat sampaikan aku rasa nak minta maaf semula pada orang tu, padahal aku dah berkali-kali minta maaf masa aku cakap dengan dia.
Dan aku rasa aku nak puaskan hati dia dengan benda lain. Contohnya, belanja dia apa saja yang dia nak atau buat perkara lain yang dia suka walaupun aku tak suka.
Kakak aku selalu pesan, “jangan terlamapu fikir pasal orang.” “Kau baik sangat sebab tu orang selalu minta tolong dan ambil kesempatan dengan kau”. Pada mulanya kami bergaduh sebab tak sependapat.
Bagi aku masa tu tak salah nak tolong orang, sebab orang mesti akan tolong kita balik dan orang akan suka berkawan dengan kita.
Sekarang aku dah sedar, tak semua benda kita boleh tolong, tak semua benda kita boleh buat orang gembira atau puas hati.
Kena letakkan diri sendiri dulu di atas baru lah orang lain. Tapi kenapa aku masih tak boleh nak keluar dari ‘zone’ macam tu?
Kenapa aku dah tahu semua tu, tapi aku masih buat perkara yang sama? Aku masih lagi ‘trying to please everyone else?’
Malam semalam aku tak lena tidur. Nak tahu kenapa? Bingo! Aku cancel plan dengan rakan sekerja aku tu disebabkan atas masalah kesihatan yang aku ada.
Aku puas fikir nak buat ayat macam mana untuk bercakap dengan dia.
Okaylah, pada mulanya aku memang malas nak pergi, aku bukan jenis yang suka keluar. Tapi sebab dia terlampau excited sangat nak pergi, aku jadi serba salah untuk kata ‘tak nak’.
Tapi masa tu aku cuba untuk tak berkata ‘ya’. Aku praktikkan dengan cakap ‘inshaaAllah’.
Tapi tiba-tiba aku teringat aku ada ‘sakit’ yang tak boleh nak pergi ke tempat tu dan mak ayah aku pun tak izinkan.
Macam biasa reaksi dia “Tak ape.. Aku okay saja. Dah biasa sorang-sorang”. Aku pun berkali-kali minta maaf dan rasa serba salah yang terlampau sangat.
Sampaikan nak tido pun rasa tak tenang, jantung berdebar sangat-sangat.
Aku asyik fikir yang dia betul-betul okay ke? Macam mana kalau dia bagitahu rakan sekerja lain yang aku ni buat dia sakit hati? Macam mana esok nak hadap dia masa tengah kerja?
Macam mana kalau dia dah tak nak berkawan dengan aku lagi? Bercelaru sungguh fikiran aku masa tu dengan soalan-soalan yang timbul, membuatkan aku lagi rasa resah dan gelisah yang melampau.
Tak lama selepas tu, dia buat ‘status whatsapp’. Lagi lah aku rasa tak tentu arah dan risau yang lagi melampau sebab aku rasa status tu ditujukan kepada aku.
Sampaikan aku rasa tak cukup nafas, terlampau memikirkan hal macam tu.
Agak-agak, anda semua macam aku tak? Sentiasa cuba untuk puaskan hati orang lain sampai sanggup ketepikan diri sendiri?
Bunyinya agak kelakar kan? Tapi ‘penyakit’ ni lah yang menghantui hidup aku sampai sekarang, sampai tahap aku menangis teresak-esak.
Dan sekarang ni, hati aku tengah tak tenang sebab kejadian yang aku ceritakan tadi. Of course aku salahkan diri aku sendiri.
Nak minta pendapat anda semua, macam mana cara untuk aku buang sikap ni? Dan kenapa aku jadi macam ni?
Please please please.. aku dah penat dan dah tak tahan dengan sikap orang yang suka buat aku serba salah dan sikap sendiri yang macam ni…
Dah macam-macam cara aku rasa aku dah buat. Tapi ‘end up’ aku salahkan diri sendiri dan minta maaf dengan orang tersebut walaupun orang lain kata bukan salah aku sebenarnya. Perkara ni sentiasa berulang.
Akhir kata, banyak lagi perkara yang aku nak cerita. Tapi kalau post ini diluluskan admin, inshaaAllah aku akan buat part 2 pulak. Terima kasih kerana sudi baca sampai habis dan maaf kalau terlalu panjang sangat.
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit