Per3mpuan Kuat Demand

Assalamualaikum wbt. Pertamanya, terima kasih kepada tuan/puan admin yang sudi menyiarkan coretan abah yang tak seberapa ini.

Straight to the point la ye, banyak confession sekarang ni nampak gaya perempuan sekarang banyak demand ya?? Buat keje rumah tak nak, layan suami taknak, share gaji taknak..ehhhh. Manyak cantikk!

Okay kak, sabor2. Gurau je tu. Hehehe.

Alright, abah ada sepatah dua kata nak dikongsi kepada sesiapa yang sudi membaca.

Lately ada banyak kisah rumah tangga perihal suami isteri, ada suami tak bertanggungjawab, ada isteri tak bertanggungjawab, ada yang dua2 okay, mak mertua pulak yang jadi hantu. Haruu.

Yang terbaru, dan buat abah tertarik nak buat sedikit coretan ni adalah kisah seorang wanita, yang dilema dengan permintaan tunang untuk bahagi perbelanjaan rumah.

Actually bukan kisah tu yang abah tertarik, tapi komen2 di situ yang jentik hati abah untuk tulis kat sini.

Sedih, sebab?, masih ramai lelaki yang tak faham BASIC nafkah keatas isteri. Banyak sekadar ikut adat mak ayah macam mana, dia tengok mak ayah happy, tu panduan dia. Eh, salah tu.

Kita hidup sebagai Muslim, panduan kita Al-Quran dan Hadis, mak ayah boleh jadi teladan je, kalau kita hidup bertunjangkan ‘cara orang tua’ dia macam abu lahab tu.

Dan, menurut PEMERHATIAN abah, lelaki yang membesar dalam keluarga yang ibu bapa dua2 bekerja ada KECENDERUNGAN untuk rasa ‘takut kalau isteri tak bekerja, nanti hidup susah’.

Tak semua ye, ni pemerhatian abah je.

Sebelum tu, objective abah tulis ni adalah untuk berdakwah, mengajak kepada kebenaran, berpandukan Al-Quran dan Hadis, specifically berkaitan isu NAFKAH SUAMI TERHADAP ISTERI. Karang ada kata, yang isteri nusyuz tu senyap pulak..

Ehh, aku lekuk pala kang, aku pilih tajuk ni tak semestinya aku setuju dengan kepincangan isu lain. Sape komen camtu aku sumpah dia jadi jocelyn chia.

Okay, firstly, balik kepada ajaran agama lah. Tanggungjawab SUAMI apa? ISTERI pulak? Kita hadam dulu part ni baru boleh cerita part lain.

SUAMI

1. Tempat tinggal dan perlindungan

2. Makanan mengenyangkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari

3. Pakaian (luar/dalam) sekurang-kurangnya 2 pasang setahun

ISTERI

1. Melayan suami

2. Melahirkan anak

Reference nanti abah list kat bawah. Macam2 ustaz ada. Korang pilih la, ikut akal, bukan selera ya nak ustaz mana. Antara RORA dengan UAI ni pun tak sependapat sangat, tapi bab tanggungjawab ni abah dengar sama je dua2.

Kalau ada abam sado lain nak argue tu, abah okay, husnudzon.. anggap mungkin dia ada PHD lagi banyak dari RORA, khatam kitab hadis, feqah berpuluh kitab banyak dari UAI and dah bagi talk merata macam Mufti Menk dah kot.

Okay. So, abam2 sado kat luar tu, sebelum abam2 sekalian rasa nak kawin, tanya dulu kat diri sendiri, aku ni boleh ke bagi 3 benda ni kat isteri aku nanti, kat anak2 aku nanti? Kalau rasa TAK, JANGAN KAHWIN.. Why?

Sebab 3 benda ni la yang akan meletakkan kau sebagai suami, 3 benda ni la yang akan membuatkan isteri kau hormat dan taat pada kau sebagai suami. Yang ni dia masuk bab psychology sikit.

Pendek cerita, (kebiasaan)isteri akan layan kau as suami bila kau jadi SUAMI (baca: tunaikan nafaqah) diorang.

Hilang satu elemen akan buat hilang rasa hormat seorang isteri pada suami, hence akan lead kepada isu2 lain.

Dalam confession yang abah baca tu kan, ayat akak confessor tu abah setuju sangat, ‘apa beza kita dengan housemate kalau semua benda nak kongsi?’ lain sikit kot ayat dia, tapi lebih kurang la maksud dia.

Kak, betui, abah setuju. Mana datang rasa cinta dan kasih sayang kalau hidup sekadar housemate?

Suami kena jaga keperluan isteri, setidak-tidaknya atas kapasiti seorang Muslim yang taat pada perintah Allah sekiranya rasa cinta tu belum ada.

Isteri kena taat pada suami, tunaikan hajat suami selagi tiada halangan, selagi tidak menyalahi syarak.

Hidup macam ni barulah suami isteri. Masing2 tunaikan tanggungjawab, insyaAllah, Allah hadirkan mawaddah, rahmah, Allah murahkan rezeki dalam rumahtangga.

Abam2, dalam hidup ni, lelaki dan perempuan takkan sama. Kalau korang demand hak ‘sama rata’, belanja rumah sama rata, korang sama je ngan feminist luar sana yang nak perempuan ni ‘diangkat’ sama rata dengan lelaki. Sama. Sebijik!

Abah selit sikit ayat dari surah An-Nisa, ayat 34

Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.

(Surah al-Nisa’, 34)

Wanita, kamu kena terima lelaki adalah pemimpin. Lelaki, kamu kena hadam tanggungjawab pemimpin. Adakah pemimpin itu lebih mulia berbanding yang dipimpin? Tidak! Bukan itu maksudnya. Kemuliaan itu sama rata, yang berbeza itu tugasnya.

Hakikatnya Allah ciptakan lelaki dan wanita dengan fungsi masing2, lelaki lebih kepada provider, pelindung, sebab tu bila masuk isu faraid, lelaki diberikan portion yang lebih besar. Kenapa? Why not bahagi sama rata?

Sebab kau tu lelaki! Kena provide 3 benda tu pada tanggungan kau, kena lindungi isteri dan anak2, anak2 adik beradik kau, bukan perempuan!

Maaf cakap, bukan lelaki la kalau kau tak mampu nak provide and protect isteri kau! Eh, menyirap pulak abah tengok laki lembik2 gini.

Lagi satu, masa nak kawin, pernah terfikir tak, kenapa lelaki yang kena bagi mas kahwin? Laki tak layak dapat dari isteri ke? Perempuan ni pisau cukur eh?

Dari momen pertama masa akad nikah pun dah cukur 22.50 suami dia. Ni negeri pahang la. Kalau selangor dia cukur 300.

Cukur ke? Heheh, sape terasa tu terasa la ye. Itulah indahnya Islam, awal2 nak ajar dah, kau nak kawin, kena ada duit/mampu, perempuan takde duit pun takpe. Lelaki kena ada willingness untuk hadiahkan something pada isteri dia.

Perempuan tanggungjawab dia lepas akad tu dah kena TAAT pada suami. Korang ingat taat ni mudah ke. Mana senang, menyuruh ke mentaati? Mak suruh gi beli ais pagi raya pun korang liat. Tu dah tak taat ibu bapa tau. Haa, jangan memainnn.

Macam abah kata awal2 tadi, bila abah tegur part tanggungjawab lelaki, tidaklah abah tutup mata pulak isu isteri nusyuz, isteri malas dsb.

Yang tu abah biar mak2 lain tegur in details. Karang abah tegur melenting pulak feminist2. Abah just boleh cakap, isteri pun tidak kurang besar tanggungjawab kamu dalam perkahwinan.

Sebab tu jugak dalam neraka Nabi kata nampak ramai wanita. Siapa wanita tu? Mereka isteri2 yang ingkar pada suami, haa.

Sebab perempuan ni dia bab lain cemerlang, puasa sunat hebat, bangun tahajud, join majlis ilmu, korang tengok sape ramai? Perempuan ke laki?

Perempuan oi penuh kelas. Tapi kelemahan dia, ujian dia, tanggungjawab paling besar? TAAT SUAMI dia.

Jadi, mana2 isteri, yang mampu mentaati Allah, Rasul, taat suami dan layan suami macam raja, apatah lagi isteri zaman la ni yang dalam masa yang sama, berkongsi pulak beban belanja rumah, beban kerja rumah, abah doakan korang diberi syurga yang tertinggi.

Untuk abam2 sado pun sama, abah sayang semua.. Cewahh. Mana2 abam sado yang ikhlas bekerja, belanja untuk bagi tempat tinggal yang selesa, yang selamat, sediakan makanan yang cukup dan sedap2 untuk isteri dan anak2, layan isteri bak permaisuri,

Belanja keperluan isteri, pakaian dia, barang kebersihan dia, semoga Allah murahkan rezeki kalian dan berikan kekuatan untuk terus menjadi pemimpin yang hebat buat keluarga kalian dan akhirnya diberikan syurga yang tertinggi.

Akhir kalam, anak2 yang abah kasihi, perkahwinan ni adalah satu medan di mana dua hati bersatu, dan berkongsi rasa yang sama, dua hati yang sama-sama tenang, gembira, sedih dan penat.

Tapi, kalau sebelah sahaja yang rasa gembira, sebelah lagi sedih, sebelah sahaja senang, sebelah lagi penat, sebelah sahaja terasa tanpa berkongsi apa-apa, itu bukan perkahwinan, tapi perhambaan, penderaan.

Abah harap ada manfaat dari coretan abah, bukan niat abah nak hentam lelaki. Niat abah cuma nak betulkan perkara basic dalam kehidupan yang dah hilang dek kemodenan dan kejahilan.

Assalamualaikum wbt

Reference:

1. Nusyuz suami : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4005-irsyad-al-fatwa-siri-ke-371-nusyuz-bagi-seorang-suami

2. Kadar nafkah untuk isteri : https://youtu.be/s_7sr8cbtCo

3. Isteri kerja, suami wajib bagi nafkah? : https://youtu.be/8yUnngQ4pHU

4. Zakir naik, rights of wife: https://youtu.be/tXwatho_mIE

5. Nafkah untuk isteri: https://youtu.be/EbGVxt6KIzk

– Abah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *