Per3mpuan Kuat Demand II

Coretan terdahulu, https://iiumc.com/per3mpuan-kuat-demand/

Assalamualaikum wbt. Hehehe. Abah datang lagi. Rajin pulak abah mengarang ye.

Iyee, abah ni memang suka menulis dan meraban, tapi bukan kat sini. Cuma tulisan abah sebelum ni, abah nampak niat abah macam ada yang tak sampai.

Jadinya tulisan abah kali ni nak bagi penerangan sikit ja lagi. Sikiiiit ja. Last ya.

Niat abah bukannya apa, abah cuma nak dakwah abah tu tak disalah erti, bertukar makna dan sebolehnya sampai lah kan.

Kalau kali ni tak sampai juga, abah redha, sesungguhnya Allah lah yang memberi kefahaman kepada siapa yang Dia kehendaki.

Kesilapan abah, mungkin tajuk tu misleading, atau inti dia yang tak sampai. Abah saje je letak tajuk yang camtu, saja nak pancing. Kikiki.

Tapi yang abah nak sampaikan cuma ini. Hadam elok-elok ya.

Nafkah suami untuk isteri, adalah SURUHAN ALLAH. Bukan demand seorang wanita. Begitu juga sebaliknya..

Tapi abah nak fokus pada lelaki sekarang. Isteri mintak ke, tak mintak ke, suami yang bertaqwa pada Allah wajib tunaikan, bukan sebab ‘isteri minta’, tapi sebab Allah suruh.

Bukan ustaz cakap, bukan mufti, tapi Allah suruh dalam Al-Quran, nafkah untuk isteri adalah,

1. Makanan dan pakaian

“Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” AL-BAQARAH:233

2. Tempat tinggal

“Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.

Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin, kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya,

dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu) dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya.” AT-TALAQ:6

Kemudian, dalam surah At-Talaq lagi, kewajiban suami itu memberi nafkah walaupun rezekinya sempit!

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya.

Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan”

AT-TALAQ:7Itu yang basic, belum masuk lagi tanggungjawab suami untuk didik isteri dan anak2 dengan ilmu agama, layan isteri dengan baik, ada Allah dan Rasul suruh, hang pi ngaji lagi na.

Tapi yang basic ni tersangatlah clear, tak susah pun untuk faham, melainkan kita nak menidakkan perintah Allah.

Abah tak nak sentuh part toleransi ke, komunikasi ke, sebab ni semua adalah seni dalam rumahtangga. Ada pasangan boleh berseni sampai tahap suami yang sihat tak perlu tunaikan apa2 pun nafkah asbab isteri redha.

Tak salah pun. Seni ni luas sangat, kita boleh berseni ikut citarasa kita, asalkan kita faham akarnya, TANGGUNGJAWAB AKU ITU APA, ALLAH SURUH AKU BUAT APA?.

Sebab akhirnya nanti kita akan dibangkitkan dan disoal atas apa yang dipertanggungjawabkan.

Once dah faham basic ni, segala masalah isteri demand lebih ke, kau tahu mana hak mana membongak, senang2 je boleh tarbiah isteri,

‘Abang dah tunaikan nafkah semampu abang, seperti firman Allah, sekian2, ayang minta ni abang tak mampu dan tak wajib tunaikan, sekian’.

Ha, terbeliak mata bini korang nanti tiba2 boleh hujah ayat Quran. Yelah, karang sebut nama ustaz itu ini, penunggang agama lah, wahabi lah, kita sebut ayat Allah la terus kan.

Akhir kalam, konklusinya, 3 perkara basic yang abah sebut tadi adalah perintah Allah, lelaki sejati yang handsome yang bertaqwa wajib tunaikan, bukan permintaan sang isteri ya. Jangan pening-pening dah.

Buat mana mampu, asalkan buat, buat kerana Allah. And again, coretan abah bukan nak hentam lelaki, tutup mata isu para isteri yang tak bersyukur dsb, abah cuma nak betulkan mindset lelaki tentang BASIC NAFKAH yang semakin hari semakin tak sejati, malah makin sajat.

Isu isteri tu kena bukak table lain la.

Sekian, salah silap abah minta maaf, kalau ada salah abah menyampaikan info, harap dibetulkan.

Assalamualaikum wbt..

– Abah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *