Per3mpuan, Selamanya Paling Teraniaya

Salam semua pembaca IIUM Confession. Nama aku Dino. Aku nak ceritakan kenapa perempuan selamanya yang paling teraniaya.

Aku ada 4 anak, nombor tiga dan nombor empat orang panggil eksiden, gagal merancang. Sebab merancang sendiri jadi biasalah terbabas.

Aku pernah ambil depo tapi jadi bisul la bernanah la, hormon pun tak menentu. Masa aku dapat nombor tiga aku terkejut juga tapi masih boleh terima nak nak pula dah dapat sepasang.

Cute pula tu budaknya, tapi proses membesarkan dia dari lahir sampai sekarang memang tak mudah, sejenis susah tidur malam. Sampai aku dengan yakinnya cakap pada semua orang yang aku nak tutup kilang.

Tapi mungkin tuhan sayang aku, dia nak bagi aku rezeki. Tup tup aku dapat nombor empat! Yang ni aku memang terkilan, marah dekat suami aku, murung dan sebagainya.

Aku sorok diri aku dari kawan kawan dan saudara mara. Aku rasa malu dan sedih, dah la yakin cakap tutup kilang. Yang suami aku senang senang bagi anak lagi.

Sepanjang mengandung aku kurang bercakap, aku kurang kasih pada kandungan, bahkan nak scan 5d macam nombor satu dan dua pun aku tak buat.

Masa mengandung aku selalu terfikir, aku dan suami dah la hujung bulan pun cukup cukup, saving ada pun asyik keluarkan.

Macamana orang boleh kata anak itu rezeki. Dari segi apa rezeki tu? Kemudian lahir la anak nombor empat. Rezeki, rezeki. Terjawab persoalan aku.

Anak yang ni mudah betul nak jaga. Mungkin anak ini yang akan senangkan aku suatu hari nanti. Ini kisah pertama kenapa perempuan selalu teraniaya.

Perempuan la yang mengandung, yang bersalin, yang melalui tempoh berpantang, yang sakit badan, yang sentiasa kena jaga emosi dan mental.

Suami? Bagi saja anak ramai tak apa, rezeki. Tapi hujung bulan bila tiada duit, anak anak mintak makanan mula la pertikai bab duit.

Mesti ada yang kata, tu la lain kali pakai perancang. Memang boleh, tapi betul kan perempuan juga yang teraniaya? Dia juga la yang kena seluk, kena cucuk, kena follow up clinic, menahan sakit.

Bila body tak cukup slim macam sebelum mengandung terus dia cakap berat nak angkat, bodyshaming la tu kan? Yang dia perut buncit tanpa sebab ada ke orang perempuan ni bising bising suruh kuruskan badan?

Suami aku sejenis kuat tidur, kalau hari cuti, boleh tidur sampai tengahari, petang pun tidur, kalau tak kejut boleh sampai maghrib.

Aku selalu kacau je sebab aku tak senang tengok orang kerja nak mudah je. Wah bangun tidur mandi, siapkan anak tunggu lauk makan tengahari siap tersedia.

Anak buat silap sikit terus nak marah marah, tension sangat ke sampai asyik marah orang. Padahal cukup tidur dah, makan terhidang.

Lain la aku ni, bangun pagi, menyusu badan 2-3 kali waktu malam, pukul 7 baby dah berak takkan nak tukar pampers je mesti la nak bangun mandikan.

Awak tu senang je tidur. Senang bagi anak, bagi isteri buat semua. Lepas tu canang kat kawan kawan dia bukan lelaki tipikal lepas makan tak basuh pinggan.

Dia la yang basuh pinggan, basuh baju lipat baju. Ye memang dia buat tapi yang basic jela. Sapu rumah, mop rumah, cuci tingkap, sental jamban, sental sinki?

Sorry aku jela yang buat sepanjang kahwin. Beli barang dapur, siapa tukang simpan tukang kemas. Aku jugak. Takde la dia yang nak buat. Siang ikan pun tak pandai, tapi post dekat sosial media dengan caption “ikan sedap ni” sambil pegang pisau.

Korang kalau boleh tak usah la percaya dengan sosial media ni, nampak macam dia suami yang power, tapi hanya jauhari mengenal manikam. Kalau saudara mara dia datang rumah, dia terpaling rajin, terpaling masuk dapur hehehe.

Aku dulu masa bujang suka juga tidur petang, tapi dah kahwin kena la ubah lagi lagi dah anak ramai. Asyik tidur je banyak benda tertangguh kalau tanya bila boleh buat mula la cakap mana ada masa. Masa ada tapi banyak bazir dengan tidur.

Part teraniaya dekat mana? Ha masa dia tidur tu la aku ni yang urus anak, anak nak makan petang, anak berak nak kena basuh pampers, mandikan anak, yela dah petang.

Aku cukup tak percaya dengan caption kawan kawan kata suami dia the best buat itu ini, takde yang sempurna, mesti ada salah dan silap.

Lagipun sekarang memang nampak best, esok esok dia boleh berubah. Macam suami aku la, dulu dulu memang rajin sikit, sejak anak empat ni makin malas pulak.

Kali ni memang serah bulat bulat kat aku, budak tu dah cukup baik tak buat perangai, bila merengek haram tak mahu dukung.

Sejenis nak mudah semua benda. Bila tahu aku marah, mula la nak manja manja, lagi pula kalau aku masak sedap sedap. Masalahnya menyampah tengok. Time tu manja la, esok buat benda sama.

Panjang tulisan kali ni. Aku nak luahkan sedikit je sebenarnya. Aku somehow tak rasa kagum dengan orang anak ramai, sebab aku percaya jauh di sudut hati isteri isteri ni akan terdetik rasa tidak adil.

Perempuan sebenarnya adalah makhluk yang penting, kuat tapi selalu dizalimi.

Mak aku, lagi kesian dia cerita ayah aku tak pernah cara hal anak anak dari baby. Anak last je baru pandai nak dukung nak main. Makan berhidang, tak pernah masuk dapur tapi pandai condemn masakan sedap atau tidak.

Mak aku pernah cakap “kau okey juga la suami kau nak buat kerja rumah, ayah kau haram satu apa tak buat, tu bahagian mak, nasib mak”.

Pada yang rasa suami masing masing bukan macam yang saya ceritakan, yang rasa diri nya cukup bahagia, saya doakan puan puan sentiasa dilimpahi rasa yang cukup itu hingga akhir hayat, jauh kan dari hati suami yang berbolak balik.

Akhir kata untuk orang yang senasib dengan saya, kita redha sahaja, tuhan maha baik.

– Dino (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *