Assalamualaikum. Aku sangat berharap agar confession aku disiarkan untuk memberi teladan kepada orang ramai ni luar sana. Ni adalah first time aku menulis dekat platform. Maafkan aku kalau tulisan agak berterabur.
Aku nak cerita pasal satu peraduan yang mana memperdaya orang ramai terutama orang tua tua untuk membeli produk mereka dengan harga yang mahal dengan jaminan memenangi RMxxx,xxx.
Sebelum tu aku nak cerita macam mana aku boleh terjebak dengan peraduan ini…
Pada raya tahun lepas 2020 ayah aku terjumpa iklan ni dekat yang Facebook. Mula-mula dia suruh teka sampul raya kemudian isi google form untuk pengisian nama, no telefon dan alamat.
Aku akui aku bodoh masa ni, sampai sekarang aku rasa menyesal sebab isi google form tu. Melalui google form tu sebenarnya adalah strategi syarikat ni tahu alamat dan hantar surat ke rumah aku sampailah ke harini.
Syarikat ni menjual produk dengan harga tak masuk akal. Kau bayangkan cawan yang kau boleh dapat dekat shopee dengan harga rm16, mereka jual sampai RM60.
Bekas kuih yang aku rm5 ja paling mahal boleh dapat dekat kedai biasa, mereka jual sampai RM100. Sebab tu aku kata syarikat ni menipu. Ayat dalam surat yang syarikat ni hantar lebih manis dalam gula.
Korang tahu dalam surat tu tulis umpama ayah aku dah terang-terang jadi pemenang sampai ayah call lah syarikat tu, tapi tahu apa syarikat tu cakap?
Dia cakap kena beli barang banyak banyak baru boleh menang. Masa ni ayah aku nak mula frustlahkan. Ayah aku terus beli sampailah pembelian ketiga.
Setelah ayah aku buat pembelian kali ke tiga, baru aku tergerak hati nak cari dekat media sosial dan internet pasal syarikat.
Aku jumpa dekat blog dan juga dekat facebook maklumat berkaitan syarikat ni. Aku agak terkejut bila tengok komen negatif dekat facebook syarikat tersebut.
Rupanya rupanya syarikat ni hantar surat yang sama kepada semua orang dengan nama sahaja diubah.
Bayangkan setelah aku chat dengan semua pelanggan yang beli barang dari syarikat ini, mereka kerugian ada dalam RM30,000.
Masa ni memang aku gigih aku chat dengan semua pelanggan yang pernah beli dengan syarikat ni dan aku dapatkan maklumat mereka.
Masa nilah aku rasa menyesal sangat masuk peraduan bodoh ni dan rasa menyesal kenapalah aku tak cari maklumat pasal syarikat ni dulu sebelum buat pembelian. Aku rasa kan ayah aku laburkan duit dekat perkara sia-sia.
Tahu tak mesin cincang bawang yang ayah aku beli dekat syarikat ni tak da function pun, macam kedai barang RM2 ja.
Lepas aku dapat maklumat semua ni aku bagitahulah ayah aku, tapi malangnya ayah aku tak percaya wei dan terus beli sampaila ke harini.
Aku agak sebab tu syarikat ni target orang orang tua sebagai potensi pelanggan kerana mereka tahu orang tua mula terpengaruh. Aku pun terpengaruh juga pada awalnya tapi berhenti bila aku baca semua komen dekat Facebook syarikat tersebut.
Korang tahu tak aku sampai bergaduh dengan ayah aku larang dia untuk beli dengan syarikat. Tapi tak diendahkan. Janji last beli tapi bila surat datang lagi ayah aku akan beli lagi.
Kebanyakan pelanggan syarikat ni yang aku chat ada menyatakan perkara yang sama, mereka selalu bertengkar dengan parent mereka sebab peraduan ni.
Aku pernah call customer service syarikat ni senyap senyap tanpa pengetahuan ayah aku, aku nak bagitahu customer service ni supaya berhenti hantar surat dekat rumah aku.
Tapi dia tak benarkan dia kata hanya ayah aku sendiri ja boleh batalkan penghantaran surat ke rumah. Memang taklah ayah aku nak batalkan sebab dia sendiri dah terpengaruh dengan janji manis syarikat ni.
Aku sempat bertekak lidah dengan customer service kenapa tak boleh aku kan ahli keluarga juga.
Dia degil tak bagi juga, kemudian aku bandingkan peraduan syarikat lain dengan peraduan syarikat dia, aku cakap kerja korang nak menipu ja sebab tu target orang tua lepastu terus dia letak.
Kalau betul syarikat dia telus kenapa dia matikan telefon. Tu bererti mungkin dia tak larat la nak dengar cacian dari orang lain sebab syarikat dia menipu.
Ayah aku memang takla nak call customer service tu hentikan surat. Dia nak beli lagi adalah.
Aku yakin syarikat ni dah menipu banyak pelanggan terutama orang tua tua. Menjanjikan kemenangan RMxx,xxx tapi kena beli barang dengan harga yahudi tapi barang tak setanding harga.
Aku rasa harga barang kt kedai ECO tu lebih berkualiti daripada barang dekat syarikat ni yang dijual dengan RM80.
Kalau korang dapat tengok macam mana ayat dalam surat tu, korang akan rasa koranglah pemenang bertuah padahal tipu.
Syarikat ni akan terus hantar surat tulis yang sama untuk kita beli dan terus beli seterusnya sampai habis beribu ribu untuk produk sampah ni ja.
Aku tak kisah pun kalau mana mana syarikat nak buat peraduan tapi biarlah peraduan tu telus. Tak perlu ayat manis untuk tarik pelanggan. Ayat surat tu macam menyakinkan kaulah pemenang tu padahal hakikatnya tidak.
Semua orang dapat ayat yang sama Cuma nama ja yang ditukar. Aku tak boleh nak cakap nama syarikat ni apa tapi apa yang aku boleh bagi hint dia ada ambik duta pelakon dan penyanyi.
So aku harap korang pun takkan terjebak bukan dengan syarikat ni ja mungkin syarikat lain yang sama konsep dengan syarikat yang aku nyatakan.
Aku faham kita hidup di akhir zaman ni memang banyak penipuan berleluasa. Kalaula ada kuasa boleh humban owner syarikat ni kat neraka terus kan bagus.
Geram sangat sebab syarikat ni menipu.
Aku selalu bergaduh dengan ayah aku sebab ayah aku selalu sangat beli barang dari syarikat ni dengan harapan memang. Dah berbuih mulut aku nasihat. Aku cuma anak sejauh mana aku mampu membantah. Penat tau.
Mungkin mereka puas kot tengok semua ahli keluarga lain berpecah belah. So nasihat aku dekat pembaca dan juga diri sendiri kalau kita rasa benda tu scam tak perlulah join. Lebih cegah dari dah terlibat menyesal duit pun habis
– Nur Cahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit