Dah agak lama aku plan nak menaip tapi tak juga bermula. Sebab isu yang berlegar di fikiran aku ni memang sangat sensitif terutama buat para isteri yang solehah.
Aku percaya takda wanita sanggup berkongsi kasih dan berpoligami. Kalau dapat tau suami mereka jatuh cinta dengan wanita lain pun dah rasa macam hati hancur berkecai kan?
Aku juga percaya yang Allah tu Maha Bijaksana. Bukan sengaja Dia mengizinkan poligami. Dia mencipta segala-galanya bersebab. Pertama, dia nak menguji hambaNya, sama ada kita benar-benar beriman denganNya atau kita masih gagal mengawal sifat tamak yang bermaharajalela dalam hati.
Kenapa aku kata tamak? Sebab kita tak sanggup berkongsi benda yang bukan milik kita. Kita lupa, nasib baik Allah nak pinjamkan pada kita seorang suami. Kedua, Allah nak naikkan darjat kita.
Bila kita bersabar dan redha dengan ujianNya, Allah janjikan ganjaran. Sebab dalam syurga nanti, penghuni yang paling ramai adalah as-sobirin, orang2 yang sabar. Ketiga, Allah nak ampunkan dosa-dosa kita. Bila berlaku kekecewaan, Allah harap kita dapat muhasabah diri dan mengadu kepadaNya.
Tapi ramai yang tak sanggup diduakan. Sehingga sanggup kata, “lepaskan saya kalau abang nak kawin lain”. Kerana hati yang rapuh, iman yang nipis, emosi dah tak peduli dgn hukum Allah, kita sanggup meminta perkara yang paling dibenci Allah iaitu penceraian.
Bila kita tengok orang terkenal yang berpoligami dan bahagia, kita puji, doakan kebahagian mereka. Sebagai contoh, Ashraf Muslim, Dato’ Nurul Zahid, Salih Yakob dan ramai lagi. Tapi bila kita tengok orang yang kita tak suka berpoligami, mulalah kita kutuk.”Kaki sondol, runtuhkan rumahtangga orang, perampas laki orang”.
Kadang2 aku simpati pada isteri kedua, ketiga, keempat walaupun biasanya isteri pertama sering teraniaya. Setiap orang berpoligami kisahnya tak sama. Ada isteri pertama solehah, sanggup berkorban jiwa raga. Tapi bukan semua. Ada juga isteri kedua, ketiga, keempat yang sama solehah dengan isteri pertama tapi masih disebut perampas.
Di sinilah minda kita telah diprogram dengan keburukan isteri-isteri muda. Pendapat aku, suami adalah kapten. Gagal rumahtangga kerana nakhoda. Suami tak balik rumah isteri pertama, tak pasal2 isteri kedua dipersalahkan konon kena ikat lah, kena queen control lah. Abis tu, kau lelaki ikut je telunjuk? Mana peranan sebagai ketua?
Itu sebab bukan mudah jadi lelaki. Besar tanggungjawab lelaki muslim. Kalau hubungan kau dengan Allah dijaga, insyaAllah hubungan dengan manusia pun akan cantik. “Suami solat subuh kat masjid tak?”, “solat pun jarang”. Aduh. Apa nak dikata. Yang buruk, perempuan juga.
Dah lama aku cuba redha dan didik hati aku. Sedih bila orang guna ayat ‘perampas’ pada orang yang aku kenal. Ibu tiri kawan baik aku yang dikata perampas dulu, dialah yang jaga suaminya sakit hingga ke akhir hayat. Kawan baik aku sendiri yang menyerang madunya (yang dia kata penyondol suaminya), memang tak ambil berat pun dengan kebajikan suami dia.
Itulah yang aku nampak sepanjang menjadi kaunselor dan pemerhati sekeliling dunia ku. Yang kita dengar, yang kita baca, tak semestinya betul. Hanya Allah, suami dan isteri je yang tahu kisah sebenar.
Kita kena letak dalam hati yang Allah tu kesiankan kita, maka dipinjamkan suami untuk meneman kita, dan Dia boleh pinjamkan suami kita pada wanita lain yang Dia nak, untuk menguji kita, menaikkan darjat kita dan mengampunkan dosa kita.
Aku sentiasa berdoa agar aku jadi wanita yang sabar dan sedar diri bahawa aku hanya peminjam yang wajib mensyukuri semua pinjaman di dunia persinggahan sebelum menuju ke negara abadi.
– Mrs. Joyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit