Hai semua. Saya Ashley. Saya berumur 32 tahun dan mempunyai dua orang anak.
Sejak kebelakang ini ramai yang bercerita tentang mertua. Suatu hari nanti saya dengan suami juga bakal menjadi mertua kepada seseorang individu.
Di sini saya nak cerita sikit peranan kita sebagai mertua.
Walaupun belum bergelar sebagai seorang mertua, banyak yang saya pelajari dan lihat dari sekeliling saya cara menjadi mertua yang mampu menyayangi serta menerima menantu kita seadanya.
Kita sebagai bakal mertua perlu sentiasa menitikberatkan kebersihan dalam rumah kita. Kita sendiri yang perlu didik anak kita dari kecil untuk menyedari kebersihan adalah sangat penting.
Jadi apabila anak kita berkahwin suatu hari nanti dan membawa pulang isteri atau suami ke rumah kita, tak ada la menantu kita berasa tak selesa dekat rumah kita betul tak?
Apabila kita didik anak kita sendiri tentang pentingnya kebersihan, maka sampai mereka besar dan berkahwin mereka akan sentiasa menjaga kebersihan kerana itu telah menjadi sebahagian rutin harian dari kecil.
Jadi kalau anak kita ni pembersih, mesti untung la menantu kita. Rumah yang bersih lebih senang malaikat masuk serta memberkati sesiapa pun yang tinggal dalam rumah.
Kita sebagai bakal mertua juga seboleh boleh nya jangan sesuka hati mengutuk menantu kita pula. Kalau ada yang kurang kita berkenan, tolong diamkan sahaja dan jangan dicanang canang kan ke seluruh kampung.
Tolong jaga air muka menantu. Kita pun pernah jadi menantu kan mesti berasa sedih atau malu apabila mertua kita kutuk atau buruk kan kita.
Sebaiknya kita terima menantu kita seadanya kerana menantu kita telah sanggup menerima anak kita seadanya.
Kalau menantu tak pandai masak, itu semua boleh diajar. Ajar jangan sampai menghina. Menantu tu punya ibu bapa jadi jangan sesuka hati kita nak menghina dia.
Kita pula sebagai mertua seboleh boleh nya kalau anak dah kahwin jangan halang kalau anak dengan menantu ingin pindah keluar ke rumah lain dari rumah kita.
Agak agak la, menantu pun ingin kan privasi dia sendiri. Ingat la. Bagila ruang kepada anak dan menantu membina rumahtangga mereka.
Bila mereka ada masa, pandai pandai lah mereka jenguk kita. Apabila kita baik dengan menantu, ingat la mereka akan dua kali ganda baik dengan kita.
Kita yang bakal menjadi mertua ni juga perlu bertimbang rasa. Jangan memaksa dan meminta minta duit dengan anak menantu. Kita perlu tahu komitmen mereka tinggi.
Itu la sangat penting nya kita menabung dan melabur duit dari sekarang untuk kegunaan kita masa tua. Seboleh nya kita rancang kewangan kita agar tidak menyusahkan anak dan menantu kita.
Bukan nya tak boleh minta duit dekat anak menantu tetapi kita kena faham sekarang taraf kehidupan makin meningkat.
Apabila taraf kehidupan semakin meningkat, sudah pasti duit yang banyak diperlukan. Kalau anak menantu mampu, sudah pasti mereka akan memberi kita duit tanpa kita minta pun.
Apabila sudah mempunyai menantu, tolong la doakan kebahagiaan anak dengan menantu. Sentiasa doakan anak dengan menantu kita dimurahkan rezeki. Jangan la dengki atau cemburu dengan menantu.
Sentiasa la bersangka baik dengan menantu. Layan la menantu kita seperti anak kita dan sebolehnya jangan sesekali masuk campur hal rumahtangga anak menantu.
Nasihat juga kepada anak2 yang lain supaya tidak menjadi ipar yang derhaka. Biarkan la anak menantu uruskan hal rumahtangga mereka.
Kita memberi nasihat apabila mereka meminta nasihat dan berilah nasihat yang bernas dan tidak berat sebelah terhadap menantu.
Sekian dari saya yang bakal menjadi mertua kepada seseorang. Mertua baik pasti menantu sayang.
– Ashley (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit