Peranan Ketua Keluarga

Assalamualaikum semua.. aku da baca confession sebelum ni yang berkaitan keluarganya yang pengotor. Disebab kan macam lebih kurang dengan hidup aku, aku pun nak cerita jugala.. Hidup aku dan macam mana aku boleh ubah sifat aku.

Family aku sederhana je tp bab kebersihan kurang sikitlah. Tapi takdelah seteruk yang confessor sebelum ni cerita, kalau aku jadi dia aku pun tak tau nak buat apa. Huhu.. Keluarga aku ni bapak aku dalang nya haha. Memang tak pernah mengemas dan suka buat sepah. Dari kecil aku tak pernah tengok bapak aku mengemas walaupun sikit. Baju da pakai campak je mana nak. aku pernah terbau bau baju bapak aku busuk ya amat, sebab masa tu aku pilih-pilih baju kotor nak basuh, jadi terpkasalah bau dulu setiap baju. Da bapak aku ni suka campur-campur baju bersih dan kotor campak-campak je kat lantai. Lepas da terbau baju tu aku da takda nak pilih-pilih baju semua baju yang bapak aku campak aku basuh je semua..

Tabiat bapak aku yang lain ialah suka sangat simpan makanan tak habiz dalam peti ais. Maksud aku bukan makanan yang patut disimpan la yang bapak aku simpan. Contoh bapak aku makan nasi dalam pinggan dengan lauk. Ok lepastu ade tinggal suku tak habiz dalam pinggan tu bapak aku bole letak sekali dengan pinggan tu dalam peti ais katanya sayang nak buang. Yang pastinya bapak aku tak kan makan balik dan kalau da lebihan bapak aku memang tak kan adalah orang nak makan. Aku nak buang tak bolela depan bapak aku kang dia kecik hati. So kalau dia tak ada memg aku buang jela pejam mata kadang-kadang terpksa buang dengan pinggan-pinggan sekali sebab makanan tu da melekat keras ni kes bapak aku letak kat bahagian freezer.aku kalau mengemas peti ais sehari suntuk baru siap. Macam-macam bapak aku sumbat dalam tu.

Kalau bab masak memang sebijikla macam confessor sebelum ni cerita. Bapak aku suka sangat masak tapi ya Allah azab nak kemas balik daput tu boleh buat kepala aku mendidih. Dulu-dulu aku dengan adik aku tukang kemasnya. Semua barang campak-campak je. Kari, gula, garam tumpah buat tak tau ja. Air-air aku rasa bapak aku ni siram air kat lantai kot. Lepas masak je mesti banjir dapur tu melekit-lekit dengan segala cili, remph ratus jatuh. Pinggan mangkuk yang guna untuk masak ye bukan untuk makan pun berlmbak kat sinki. Ditambah lagi dengan periuk hangus kerak kuali. Aku tak tau macam mana bapak aku masak, Sebab kalau dia masak aku memamg tak nak tengok , tak sanggup. Sampai kadang-kadang tu aku siap cakap kat bapak aku tak payah masaklah, aku lagi rela tak makan dari kena kemas. Bapak aku masak time hujung mainggu tak keja tak pun ikut mood dia kadang-kdang balik keja dia masak. Dia memang suka sangat masak dan suka bagi orng rasa dia masak sebab biasanya orang akan puji bapak aku masak sedap. Makin sukala bapak aku. Yang penatnya anak bini nak mengemas.Nak kata mak aku tak masak, mak aku masak je tapi tetap bapak aku nak masak sebab dia suka.

Belum lagi bab tandas, bilik, ruang tamu semua kalau nak cerita memang tak habiz. Mak aku mengemas juga tapi kadang-kadang sampai da tak larat da disebabkan sikap bapak aku. Kami adik beradik pun sama. Kemas jugak tapi bila da tak larat kami biajela. Bapak aku pula jenis tak boleh ditegur, dia akan mengamuk, jadi masing-masing pun biarkan jela. Aku pun dari kecik memg tak pernah tahu cara mengemop, menyental dan kerja-kerja pembersihan yang berat. Aku Cuma tahu apa yang mak aku buat jela.Kalau orang datang rumah memang tak bersepah sebab sebelum orang tu masuk kitorang humban sume barang dalam bilik.

Tapi tu cerita dulu. Aku pun da berkahwin dan jodoh aku dengan lelaki yang sangat pembersih.Benda ni yang banyak merubah kehidupan dan mind set aku. Aku ingat lelaki ni memang tak reti mengemas dan pengotor sebab benda tu yang aku nampak kat bapak aku. Tapi rupanya tidak. Sejak kahwin ni rumah aku tak pernah bersepah. Awal-awal dulu aku malu jugala dengan suami aku. Yelah selama ni hidup dengan mak ayah, jadi aku da biasala sangkut je baju mana-mana. Beg letak je kat mana-mana. Tuala da pakai sangkut je kat kerusi. Mungkin dulu aku rasa semua benda tu perkara biasa sebab tak ada orang yang tegur. Suami aku pula seminggu sekali dia akan mop 1 rumah. Masa awal-awal dulu dia pernah suruh aku mop aku pun mop jela tak tau cara yang betul lepas tu suami aku ambik balik mop kat aku dan mop balik dia tunjuk dekat aku cara yang betol. Beg –beg aku dia sediakan tempat penyangkut khas.stokin, segala benda yg dalam-dalam semua ada tempat khas dan dipasangkan siap-siap. Tuala pun tempat khas. Senang kata sume benda ada tempat khas nya sendiri. Pasal membebel jangan ceritalah kalah mak aku mebebel kadang-kadang sampai menangis aku ni depan dia. Bila dia tengok aku nangis dia akan diam dan pujuk aku balik. Dia selalu cakap dia tak marah, dia cuma tegur je. Aku jenis suka sangat simpan benda-benda yang tak penting macam bekas makanan lut sinar. Benda-benda ni kalau suami aku yang kemas dan dia jumpa dia akan humban semua dalam tong sampah. Tau-tau bila nak pakai da tak ada da. Taulah aku kerja suami aku.Banyak lagi benda yang aku belajar dari suami aku. Lantai tak pernah melekit kalau ada sikit air pun hasil ranjis-renjis tangan ke suami aku da bising.Tempat masak tak ada sikit pun minyak tumpah. Kalau terpercik tu lap cepat-cepat. Kain lap pun kalau da kotor suami aku akan buang je. Lap dapur, lap tangan, lap tempat basahan semua kain lain-lain. Semua benda ni aku tak pernah diajar pun dulu. Aku tak ada nak salahkan mak aku pun sebab tak ada buat semua ni dulu mungkin mak aku pun da tak larat dan biarkan je sebab sikap bapak aku yang memang da tak bole dibendung langsung.Nak ditegur pun tak boleh.

Bila aku renung-renung dan pikir-pikir balik sifat pengotor ni sebenarnya berasal dari sifat keluarga juga. Yang aku perhatikan atuk nenek iaitu mak bapak kepada bapak aku sebijik perngai macam bapak aku mungkin lagi teruk. Kalau aku balik kampung raya, adik aku sampai tak nak tidur sanggup berjaga dan duduk je sebab banyak nya binatang-binatang macam lipas, cicak,semut, lipan,tikus berkeliaran kat rumah. Adik aku siap cakap rumah nenek aku tu zoo.Cadar, selimut memang tak pernah berbasuh. Dapur berkulat-kulat dengan makanan tumpah bersepah. Jadi memang tak hairan kalau perangai bapak aku macam tu sebab dia da terbiasa dari kecil. Mak aku pun sampai tak sanggup da nak kemas sebab tu aku rasa mak aku buat ala kadar je.

Aku pun perhatikan mak ayah mentua aku. Memg sebijik la perangai suami aku. Dapur tersusun je. Ruang tamu, bilik tidur semua kemas dan bersih walaupun rumah kampung yang kecil je.Walaupun suami aku lelaki aku perhati dia balik kampung tetap tolong mak mentua aku buat kerja rumah. Dekat rumah pun suami aku banyak sangat tolong aku. Kadang-kadang bila da penat kerja lepas masak aku tak sempatla nak lap-lap dapur dan susun pinggan-pinggan sebab da tertidur penat lagi-lagi sejak aku mengandung ni, lagi pula aku pun bekerja, lagilah rasa penat.Tapi bila aku bangun pagi je dapur da bersih semua benda da disusun bersih. Ya Allah aku tak tau nak gambarkan macam mana bersyukurnya aku dapat seorang suami macam ni. Barula aku rasa perasaan seorang isteri kalau suami nya membantu. Secara tak langsung aku pun rasa kesian dekat mak aku yang tak pernah rasa macam mana suami bantu buat kerja-kerja rumah. Perasaan tu walaupun kita penat kita takkan rasa nak marah atau sakit hati pun walau seharian letih disebabkan suami sama-sama tolong.Malah kita semakin cuba untuk baiki diri kita dan belajar lagi untuk menguruskan rumah tangga. Jadi kepada suami, bakal suami, ayah, bakal ayah tolongla bantu isteri anda. Memang penat jadi seorang perempuan menguruskan rumah tangga. Tolang la bantu. Hilang penat dan letih isteri bila suami sama-sama bantu dan bertimbang rasa. Kepada semua ayah dan bakal ayah pula yang ada anak dan bakal ada anak tolong jangan dikriminasikan jantina anak. Anak lelaki dan perempuan tetap sama tanggungjwab. Semua mesti diajar mengemas dan sebagainya. Bila anak-anak ni kahwin nanti dia pula akan teruskan legasi ni tidaklah jadikan perempuan ni macam hamba. Benda-benda ni la yang mengurangkan kasih saying sebuah keluarga bila lelaki anggap semua kerja tu adalah kerja perempuan sahaja. Jadi tugas sebagai ketua keluarga tu penting sangat disamping isteri yang akan membantu. sikap yang da sebati memang sukar nak diubah jadi selagi boleh ubah-ubah lah bermula dengan diri kita sendiri.

Terima kasih sudi baca.

-puan anggerik-

– -puan anggerik-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit