Assalamualaikum, salam 1 Malaysia..Salam buat admin..Tolong hide profile yer. Hari ini saya rasa terpanggil untuk meluahkan sesuatu yang rasanya agak lama terpendam..Maaf kalau2 luahan saya menyinggung perasaan. Tetapi seharusnya diambil ikhbar. Luahan ini tiada kena mengena dengan kehidupan di kampus sebab saya sudah lama tinggalkan dunia pelajar tetapi sy memilih IIUM utk medium sesi luahan sebab saya tahu IIUM ramai pengikut.
Saya berpengalaman hampir 15 tahun dalam dunia kejururawatan kalau termasuk kolej dah 18thn. Selama sy menjadi jururawat ini ada sesuatu yg sy rasa seolah2 menjadi tingkahlaku(attitudes) ataupun perangai kpd komuniti kita. Selalunya berlaku kepada pesakit yg memerlukan rawatan serta tinggal lama di hospital.
Ingin sy bertanya apakah peranan ahli keluarga dalam menjaga pesakit di hospital.
1. Adakah anda membantu pesakit dlm menjalani kehidupan seharian dan berusaha utk melihat pesakit segera sembuh.
2. Sekadar peneman pesakit tanpa memberi sebarang input utk membantu pesakit menjalani kehidupan seharian.
3.Untuk monitor kerja jururawat, mengarah jururawat buat itu ini dan membuat aduan.
Saya bekerja di hospital swasta yg bertaraf bintang2..Saya juga berpengalaman bekerja di hospital kerajaan. Selama saya bekerja di hospital berbintang2 ini, ada sesuatu yang ingin saya tegaskan dan tekankan. Terutamanya melibatkan pesakit yg perlu tinggal lama di hospital iaitu peranan penjaga terutamanya ahli keluarga dalam memastikan kebolehsembuhan pesakit dan tahap kebersihan bilik pesakit.
Di hospital tempat saya bekerja, kami hanya menawarkan ‘Single bed’ bermakna pesakit tidak perlu berkongsi bilik dgn pesakit lain. Maka berduyun-duyunlah ahli keluarga yg akan menumpang tinggal bersama dgn pesakit. Alasannya sebagai peneman tetapi sebenarnya sebab hospital kami sangat selesa. Sekiranya sama2 membantu pesakit alhamdulillah. Tetapi kebykkannya sebagai pemerhati dan menjadi pengarah. Sekiranya kerja itu memerlukan khidmat professional jururawat maka kami tiada masalah membantu pesakit dan ahli keluarga. Tetapi sekiranya perkara itu adalah benda basic yg x perlu msk kolej kejururawatan pun boleh buat..ianya mmg benar2 menguji tahap kesabaran kami. Terutamanya bab kebersihan.
Sy tdk faham kenapa ahli keluarga lebih2 lg yg beragama islam tdk mampu memastikan kebersihan bilik pesakit tetapi turut sama menjadi penyumbang kepada kekotoran. Pesakit memanglah dah sakit, tidak mampu utk lakukan. Tetapi ahli keluarga pula hanya pejam sebelah mata. Makan bersepah2, barangan pesakit tak tahu kemas. Pakaian dan sampah merata2 termasuk pakaian penjaga. Bila kami sebagai jururawat ini menegur maka mulalah ahli keluarga memandang sinis dan ada yg siap berckp..”Kami bayarkan”. Tiada gunanya wang berjuta tetapi adab tiada! Tolong jangan jadi bangsa pengotor. Bkn masalah kerja jururawat ataupun tidak, tetapi sekiranya anda tidak mampu bantu pesakit untuk sembuh, sekurang2nya bantulah jaga sama tahap kebersihan ruang dan diri pesakit. Perlu diingat jururawat bukan amah. Ada pesakit atau ahli keluarga ingat kami ini amah, tugas mereka hanya panjangkan jari telunjuk dan arahkan kemas itu dan ini. Fokus kami kepada perawatan pesakit, selain dr itu ianya hanyalah tugas sampingan yg kami lakukan utk membantu pesakit yg tdk mampu menguruskan dr mrk sdr. Takkanlah ahli keluarga yg cukup sifat pun perlu kami uruskan.
Anda belum cacat, jadi manfaatkan anggota tubuh badan terutamanya kaki tangan anda untuk sama2 membantu. Setiap hari housekeeping akan dtg kemas, masuk tengahari bilik dah jadi mcm alam flora. Ada yg siap pesan jangan sentuh barangan mereka, tetapi bilik dah macam pusat pelupusan sampah. Bila ditegur siap ugut untuk komplen ke pihak atasan. Belum lagi kami ceramah, kita orang islam kenalah jaga bab2 kebersihan. Perkara asas dalam agama. Ini belum dikira lagi pesakit yg siap angkut anak beranak 7 keturunan dlm bilik. Subhanallah..Puas kami sebagai jururawat terangkan, hospital tempat merawat bukan homestay! Anda perlu ingat lebih ramai pelawat lebih terdedah anda dgn jangkitan. Hospital juga bukanlah taman asuhan kanak2, sebab itu kebykkan hospital meletakkan polisi kanak2 di bwh umur 10thn tidak dibenarkan melawat kerana kami tidak mahu anak2 anda mendpt jangkitan yg sedia ada di hospital. Tetapi masih ada yg tidak faham atau pura2 tak faham. Ataupun disebabkan tiada siapa nak jaga anak2. Paling menyedihkan bayi bawah satu tahun pun turut diangkut tinggal di hospital.
Bab nak membantu pesakit, jangankan kata nak tolong cuci berak..Nak tolong sikat rambut atau ambilkan minuman pun kena panggil jururawat. Mula2 memang ramai yg tunjuk seolah2 prihatin dgn keadaan pesakit tetapi bila jururawat mula memberi tunjuk ajar tentang perawatan di rumah sekiranya pesakit pulang, banyak pula yg hilang atau pura2 sibuk. Terutamanya kalau pesakit2 yg x mampu menguruskan dr sdr.
Walau bagaimanapun kami masih bersyukur ada juga ahli keluarga yg benar2 faham tugas dan tanggungjawab mereka. Terima kasih kerana memahami tugas dan tanggungjawab kami. Saya percaya sekiranya anda memudahkan tugas seseorang maka Allah juga akan memudahkan tugas anda. Sekian, wassalam.
Yang benar,
Misi X.
– Misi X
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit