Assalamu’alaikum..
Disclaimer: Confession saya lebih kepada bersifat umum. Ya, bukan semua camni. Tapi dari permerhatian saya, pengalaman sendiri/keluarga/kawan-kawan, support group, bacaan kes/berita etc.. Masyarakat kita makin lemah. Kaum perempuan dianiaya dalam diam. Stress, depression makin meningkat. Kenapa?
LELAKI/SUAMI
Zaman sekarang kita ramai sedia maklum lelaki sekarang susah nak cari yang berkualiti. Kesian tengok adik-adik yang beriya benar post tentang “bakal imam”, “bakal zauj”, eleh eleh.. belum duduk sebumbung lagi boleh lah sembang. Nanti dah kahwen belum pape dah confess keburukan pasangan masing-masing. Kahwin tak sampai setahun.
Saya kira lelaki “berkualiti” sekarang macam dah makin pupus. Tanggungjawab rumahtangga selalunya atas bahu sang isteri semata-mata. Isteri, sudah tentu dituntut taat pada suami. Kagum dengan confession tentang suami Aspeger lalu saya kenangkan, emosi sang isteri jarang-jarang orang nak bagi perhatian. Tengok kes cerai sudah lah. Kerapkali sang isteri di label “mental” dan seumpamanya untuk nafikan hak anak-anak.
Mana tak mental?
Anak lelaki sekarang dididik jadi boss. Jadi raja. Dia saja betul. Kena ikut cakap. Panas baran. Kena ikut dia punya malas. Ya. Malas. Lelaki malas, takpa. Perempuan pemalas? Terima la ejekan satu dunia. Hairan saya. Kenapa lelaki pengotor kira normal? (Nota: Saya tak menyokong perempuan jadi pengotor. Tapi penghinaan yang dapat amat teruk sekali sedangkan manusia boleh berubah. Kerana penghinaan beginilah, perempuan saja kena expect kemaskan rumah, cuci pinggan dan baju, setelkan laundry dan sebagainya)
Ingat tak confession En Fadhil tentang isteri yang baru dinikahinya yang berniqab tu? Tapi confessflaw isteri dia boleh tahan. Orang ramai pun pakat kutuk isteri En Fadhil tu dan yang kutuk pun sadisnya kaum perempuan sendiri. Kasihan, tak berpeluang bela diri malah dimalukan pulak oleh suami sendiri. Kalau encik tu pembersih sangat, bukan ke encik yang sepatutnya didik isteri? Ini takkkkkkkk.. Ingat kahwin dengan bidadari terus.. Perfect. Isteri tak boleh silap lansung. LANSUNG. Terus kena label derhaka. Kau kahwin dengan manusia ok. Manusia yang buat silap. Bukan bidadari syurga yang kau duk hadapkan tapi perangai sendiri tak semenggah, nak jejak kaki ke masjid pun susah, bacaan Quran nak dengar pun payah, hobby lalai tu tak tinggal tak sah. sheeshh.. Manusia perempuan yang anda nikahi ni boleh berubah sepertimana juga anda. Yang teringin ke syurga sepertimana juga anda. Tapi dicipta dari rusuk anda supaya anda boleh betulkan dengan lembut. Bukan dengan kekasaran. Berkasar dengan perempuan tapi ada hati nak bidadari. Camana?
MERTUA
Kenapa saya petik mertua?
Didikan para lelaki/suami ni datang dari mana kalau bukan dari ibubapa mereka sendiri? Kadang-kadang rasanya anak lelaki mereka dinikahkan supaya “tanggungjawab sang ibu BERPINDAH kepada sang isteri/menantu”. Maksudnya, anak lelaki tu terus-terusan dengan sikap sambil lewa, pemalas, tak bertanggungjawab sebab semua orang dah tolong setelkan. Malu ke tak malu?
Ini anak lelaki sendiri yang salah semua buat tak nampak. Kalau ada salahpun, isteri lah kena tegur. Kalau tak berubah juga tu salah sang isteri lah. Eh eh. Perangai dia dah macam tu 20-30 tahun.. expect berubah dalam masa 2-3 tahun. Itu pun kalau usia perkahwinan bertahan lah. Almaklum lah, banyak sangat masuk campur. Bukan mertua je.. campur plak dengan ipar-ipar jadi haru biru..
Ya, ini lah hakikat kebanyakan perkahwinan sekarang. Nafkah zahir seperti belanja bulanan tak reti-reti nak bagi. Kalau isteri bekerja sekalipun, bagi RM50 pun isteri dah cukup berterima kasih. Bukan nak kan duit sangat, tapi mengharap agar tak culas bab tanggungjawab. Nak kahwin sangat, nak ada anak sangat. Tapi nafkah zahir ke laut. Tau nak derma sperm je. Lepastu tugas didik/besarkan anak taknak sama-sama bagi perhatian. Lepastu kalau anak didera atau parent cuai, masyarakat akan salahkan siapaaaa?? YA. Mak mak saja. Macam la anak-anak ni boleh keluar sendiri dari rahim perempuan kalau laki tak buat kerja sama. Setahu saya cuma Maryam Alaihassalam je diberi keistimewaan camtu.
Sudah lah tak reti tanggungjawab.. lepastu tak tau limit hak masing-masing. Mak mertua pulak ada kuasa decision sepenuhnya kat menantu perempuan dan cucu-cucu. Sang suami ni jadi apapun saya tak tau. Mak mertua pulak tolong tentukan itu ini. Decide itu ini. Menantu perempuan pulak kena ikut arahan. Anak lelaki, yes, kena ikut cakap ibu mereka., tapi tidak menantu perempuan ya rakan-rakan. Jangan sesuka hati jatuh hukum dan aniaya anak orang lain secara halus. Wahai kaum mak mertua, anak lelaki anda, ya, kena ikut cakap anda. Tapi apa plan dengan isteri dan anak2 tu, biarlah anak lelaki anda sendiri yang decide. Biar dia jadi lelaki, jadi jantan. Lagi dictate, lagi lah anak lelaki jadi takde responsible. Jangan masuk campur. Sangat tidak sihat. Rumahtangga anak-menantu boleh retak sebab macamni. They smile in front of you sebab nak jaga hati.. tapi belakang bertikam lidah dan makin lama makin membenci. Syaitan suka sangat.. Sang isteri/menantu perempuan jadi mangsa. Jangan ya. Anda pun ada anak perempuan sendiri kan? :)
Tapi tak apa. Nak bagi sang suami berubah kepada lebih baik masih boleh. Ya, isteri boleh “didik” suami. Perlahan-lahan diiringi doa inshaAllah berubah, penyayang, dan lebih bertanggungjawab. Ini memang ambil masa.. dan kesabaran yang sangat ..serta privasi. Kalau duduk sebumbung dengan mertua memang susah sikit lah. Lagi pulak kalau mertua yang suruh (read: suruh), terutama waktu ketiadaan suami, padahal sang isteri masih ada ibubapa sendiri, keluarga sendiri. Mungkin sebab menantu tu boleh harap uruskan rumah mertua, masak, cuci dan sebagainya.. atau nak main dengan cucu-cucu. Ini lagi neraka. Silap sikit habisss.. Sang isteri ni, sudah lah hak sebagai isteri dinafikan suami. Silap-silap hak sebagai ibu pun dinafikan pulak oleh mak mertua. Tak bagi chance menantu perempuan didik anak cara sendiri. Habis kena ikut cara mertua.. Elok-elok boleh tenang kalau duduk dengan familly sendiri, jadi murung dan depress sebab sebumbung dengan mertua. Suami pulak ada takda.
Ingat ya, sang isteri ni, juga mempunya ibubapa. Juga mempunyai adik beradik dan keluarga sendiri. Ada rumah kampung sendiri. She used to have her own -free- life. Tapi dilepaskan semua itu dan masuk dalam keluarga suami. Taat kat suami (merangkap mertua sekali), jaga anak-anak, uruskan rumah — kalau suami tak tolong lagi kesiannya lahai. Kena pulak dictate dengan ibu mertua yang baru nak kenal menantu – didikan dan upbringing totally tak sama dengan ibu sendiri tapi menantu perempuan dah kena expect capai level sekian-sekian. Life yang dulu dah tak ada. So sekarang tanggungjawab semua seolah-olah atas bahu sang isteri sahaja. Suami?
Ehhh suami takpa. Lepas kahwin boleh teruskan hobby. Memancing? Main games? Lepak dengan kawan-kawan? Normal lah. Tak apa. Hal rumahtangga isteri tolong tengok. kannn kann.. Isteri tak perlukan hobby dah. Responsible baru banyak. Tak cukup dengan baby baby, bapak baby pon kena layan macam baby jugak. Macam mak dia layan dia lah. Isteri/menantu perempuan salah sikit, siap lah. Kalau tak kena sikit cucu-cucu pun automatik kesalahan tu jatuh ke atas sang isteri. Cuma kalau sang isteri pandai jaga/didik anak-anak.. budak ni nampak comel ka bagus ka.. ha, itu adalah sebab trait keturunan sang suami lah ya. Begituuuuu..
Tapi sang isteri/menantu perempuan tahan sebab sayangkan suami, demi anak-anak, dan ibu mertua tu ibu kepada suami yang dicintai. Sebab ingat pesan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk lebih banyak beristighfar dan bersedekah kerana di neraka ramai kaum perempuan (orang lelaki suka la guna hadis ni kannn?) Punya la rasa berhak ke atas perempuan sampai banyak kes pukul/keganasan rumah tangga dipandang normal sajaaa.. Barangkali akibat daripada sikap suami sendiri, ditambah dengan tekanan dari banyak arah menyebabkan sang isteri ramai hilang arah dan bertindak di luar batasan agama. Na’uzubillahi min zalik.
Dan, tentang hantaran sampai buat iklan viral samakan perempuan dengan kereta tu. Biasa saja kaum perempuan ni kena samakan dengan macam-macam barang (itu yang membenarkan iklan lelaki maki pukul bini tu kann).. Cuma saya kesal.. dalam sibuk nak highlight cari perempuan bagus-bagus, kita lupa, lelaki berkualiti makin pupus. Berapa banyak kes ibu tunggal yang belum jadi ibu tunggal pun, digantung tak bertali? Anak-anak jadi murung kesan daripada ibu-ibu yang mengalami stress dan depression?
Okay. Nak handle anak-anak pulak. Nak mula didik anak dari sekarang. Semoga kita semua menjadi insan yang tidak (lagi) menzalimi dan menganiayai orang lain dalam tak sedar. Maaf kalau tulisan saya mengundang perkara tidak elok. Semoga yang baik2 saja buat semua readers semua. Kepada isteri-isteri dan ibu-ibu muda di luar sana.. semoga kalian tabah dan terus bersabar. Sentiasa perbaiki diri dan contribute seikhlas hati. Pandang anak-anak dengan kasih sayang. Nasihat buat diri sendiri juga.
– Full of Flaw
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit