Terima kasih kerana menyiarkan confession ni. Aku ni bukan budak iium dah ter jatuh hati dgn page iiumc.
Aku dah lama habis belajar. Sebelum aku habis belajar lagi,aku dah buat perancangan untuk masa depan aku. Aku nak sambung belajar dekat ipta sebab kos sara hidup yg mmbeban kan. Pinjaman ptptn yg tertunggak buat aku pening nk smbung degree dekat Ipts. Lepas tu nak sambung master.
Lepas graduation,aku dgn excitednya ambil MUET. Aku ni dah la lemah b.i. Mati juga la nk buat ulangkaji mcm spm dulu tp alhamdulillah dapat la juga aku band 3. Time tu aku punya confident level tinggi melangit(konon2 lepas la masuk ipta).
Aku apply upu. Aku apply pilihan pertama,kedua,ketiga course yang aku nak. Yang lain tu aku hentam je la pilih sastera ke,ape ke. Sementara tunggu result tu keluar,tiap2 kali solat aku berdoa supaya aku dapat sambung belajar. Cukup masa,results upu pun keluar. Tapi keputusan dia hampa. Aku tak dapat. Sedih dia jangan cakap la, klah putus cinta. Tp aku percaya ada hikmah semua ni,jadi aku buat la rayuan. Rayuan pun tak dapat.
Aku cuba lagi apply untuk uitm second intake tp keputusan dia tetap sama. Aku buat rayuan pun tetap sama. Time ni aku mula mempersoalkan kenapa,kenapa dan kenapa?? Aku sedih ya amat smpai pergi uitm shah alam,drive sorang2. Kalau aku ni orang selangor ke kl ke tak pe la jugak. Sampai ke uitm shah alam,aku pergi ke pejabat pengambilan pelajar kot (aku lupe nama dia,sorry). Aku tanya dekat staff tu “dengan CGPA 3.4,muet band 3,course blablabla masa diploma, course apa yang layak untuk saya apply for degree”. Staff tu cakap “semua course awk boleh apply”. Jadi aku ckp la “kalau saya apply course fizik pun layak ke??” Dia dengan muka malas nak lyn aku “boleh,semua boleh”. Dia ingat aku ni bodoh sangat ke? Dah tentu2 diploma aku tak ada kena mngena dgn fizik. Sipi2 pun tak ada. Aku tahan menangis je time tu. Aku pun ckp terima kasih cau la. Aku mmg sedih sangat time tu sampai drive balik rumah menangis. Keinginan aku nak sambung bljar lebih besar dari nak kahwin muda tapi tak ada rezeki.
Perancangan Allah adalah yang terbaik. Sampai sekarang aku masih cuba untuk apply beljar tapi belum ada rezeki. Tipu la kalau aku cakap aku tak jealous tengok kawan2 dah nak graduate untuk degree. Aku rindu zaman beljar,penat study nak dapatkan dean list. Study,tido,study,tido. Tapi tak apa Aku tak akan putus asa,mungkin lepas kahwin ada rezeki untuk aku buat pjj. kalau rezeki aku buat pjj aku grab tak lepas2. Mungkin. Oh ye! Allah gantikan rezeki beljar dengan rezeki kahwin muda. In shaa Allah tak lama lagi aku akan jadi isteri orang. Jemput datang ke majlis aku ye.
Kepada korang yang dapat sambung belajar tu, buat betul2. Tu rezeki korang.
-Nak Sambung Belajar
– FR
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit