Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca IIUM Confession.
Kalau dulu bila tengah belajar kita dapat soalan bila nak habis belajar dan bila nak kerja, bila dah habis belajar pula kita dapat soalan bila nak bekerja.
Bila dah mula kerja dan bina kerjaya masuk soalan, bila dah Alhamdulilah selamat mendirikan rumah tangga soalan anak pula.
Aku tahun 2025 ni Alhamdulilah genap 10 tahun berkahwin. Sebelum berkahwin aku dengan suami dah ada perbincangan hati ke hati tentang rumah tangga kami.
Contohnya 2 tahun ke hadapan apa plannya, 5 tahun ke hadapan dan 10 tahun kehadapan. Benda yang paling utama ialah anak.
Aku dengan suami lahir dalam keluarga yang ramai anak. Aku sendiri ada 9 adik beradik termasuk aku dan suami aku pula ada 8 orang termasuk dia sekali. Aku pula anak yang ke-4 suami aku pula anak yang ke-3.
Aku yakin kalau yang keluarga adik beradik ramai dan ayah kau sorang kerja dan mak suri rumah penuh masa tahu seksanya nak survive.
Kami pun sebelum berkahwin dah ada bincang benda ni dan selepas berkahwin pun sama. 2 tahun pertama kami decide as our honeymoon phase. Waktu ni nak berasmara dana, nak explore bermacam tempat atau benda yang kami waktu muda dulu memang tak dapat.
Bila orang tanya soalan bila nak dapat anak kami cuma jawab InshaAllah kalau ada rezeki. Tahun ke-3 berkahwin Alhamdulilah anak kami yang pertama selamat di lahirkan.
Belum sampai anak kami usia setahun. Mak ayah aku, mak ayah mentua aku, adik beradik aku dan ipar duai semua dah suruh tambah lagi satu. Padahal dia punya penat tu belum hilang lagi.
Waktu ni rata-rata adik beradik aku dah berkahwin. Along aku sendiri pun anak waktu ni dah 4 orang bayangkan baru 5 tahun lebih berkahwin dah ada 4 orang. Setiap bulan pula abang long aku wasap pinjam 100 atau 200 nak beli susu/pampers anak.
Padahal aku dah nasihat waktu dia anak dah masuk 3. Aku cakap “Long kau anak dah 3 kecik lagi. Jangan tambah dulu long tunggu lah anak sulung kau tu masuk sekolah dulu baru stabil sikit” tapi tak sampai berapa tahun dapat berita isteri dia mengandung dan tup tap bersalin.
Along aku ni kerja sorang gaji RM1300 sahaja waktu tu. Isteri suri rumah, sewa rumah nak kena bayar lepastu motor kereta punya monthly payment.
Along aku waktu tu cuma jawab “alhamdulilah rezeki” tapi sepanjang isteri dia mengandung hampir setiap bulan pinjam 100 atau 200 dan tak pernah pulang.
Bukan along aku sahaja adik beradik aku yang lain pun sama diorang anak ramai. Masing-masing cakap anak rezeki.
Tapi bila aku melawat tengok anak saudara aku makan tak cukup, pakai baju terkoyak rabak. Lepastu berkongsi makanan yang sikit tu sampai bergaduh hati aku remuk.
Walaupun aku marah dan geram dengan adik beradik aku. Tapi anak-anak saudara aku semua ni tak bersalah.
Rumah satu bilik anak-anak sedara aku terpaksa berkumpul dekat ruang tamu. Bila tengok tu rasa sedih bukan apa waktu aku kecik macam ni lah dulu kami adik beradi.
Aku ingatkan semua adik beradik aku bila dah lalui benda macam tu faham dan cuba ubah tapi hakikatnya tidak.
Suami aku pun alami benda yang sama. Adik beradik pinjam duit, anak ramai. Bila anak kami lahir, kami memang dah decide bagi dia selesa mungkin. Bila semua tanya bila dia nak ada adik lagi kami cuma jawab insya-Allah kalau ada rezeki.
Genap umur anak kami 3 tahun Alhamdulilah selepas kumpul duit dan banting tulang kami dapat beli rumah sendiri.
Waktu ni duit banyak habis nak renovate rumah walaupun penat dan banyak makan duit tapi berbaloi. Kami pun dah plan sekali khususnya dari segi kewangan untuk masa depan kami sekeluarga.
Waktu ni desakan keluarga suruh tambah anak jangan cakap memang kuat. Maklumlah adik beradik yang lain 2 tahun sekali paling kurang ada sorang yang timang cahaya mata.
Selepas anak kami 4 tahun Alhamdulilah selamat melahirkan anak no.2 waktu ni rasa hidup sempurna. Dapat anak sepasang, ada rumah sendiri dan kereta kami pula masing-masing dah habis bayar jadi dari segi kewangan aku dan suami dapat fokus 100% dekat anak-anak.
Rasa kelakar bila aku dan suami beli mainan tapi bukan fokus untuk anak-anak kami tapi lebih kepada kami mak bapak ni dulu tak pernah main benda ni jadi kami beli.
Aku ada ingat sekali ni balik kampung belah aku waktu beraya dengan anak. Saudara mara sembang cakap pasal aku punya keluarga ni ramai anak tapi asal aku baru ada. Sebab yang lain dah ada 4 dan 5.
Aku cuma cakap insya-Allah kalau ada rezeki tambah lagi. Tiba-tiba ada sorang sedara aku ni macam melenting. Dia cakap “untunglah kau boleh pilih nak ada anak ke taknak, aku ni dengan isteri nak anak sampai sekarang tak dapat-dapat”
Aku macam tersentak bila pula aku cakap taknak anak. Aku cuma cakap kalau ada rezeki insya-Allah. Rasa kelakar dan geram pula orang lain tak dapat anak aku ni pula yang di persalahkan.
Masuk 10 tahun mendirikan rumah tangga. Alhamdulilah aku ada 3 orang anak dan bagi aku dan suami ini limit kami. Kalau ada rezeki mungkin kami tambah lagi.
Tapi buat masa sekarang kami cuma fikir nak tengok anak-anak kami ni membesar depan mata dengan elok. Sekarang ni lebih kepada nak ‘secure’ financial plan untuk setiap sorang anak-anak kami.
2 tahun lepas kami upgrade kereta yang lebih besar sikit biar anak-anak selesa. Bahagian lain kami tak ada tambah apa-apa cukup lah hutang benda yang penting.
Adik beradik aku yang betul ikut aku cuma adik bongsu aku. Dia sorang yang dengar nasihat aku tentang merancang dengan betul.
Dia dah 5 tahun kahwin anak baru seorang. Sebab diorang plan nak beli kereta dan rumah Alhamdulilah awal tahun ni diorang dah ada kereta dan rumah. Dari kehulu kehilir bertiga naik motor akhirnya dapat beli kereta. Seronok sebenarnya tengok.
Adik aku dengan isteri dia tungkus lumus. Dari berpanas naik motor bawa anak ke sana kemari diorang dapat beli kereta. Awal tahun haritu pula call kasitahu dah dapat kunci rumah.
Aku nasihatkan dekat adik-adik dekat luar sana. Rancang betul-betul.
– Maisarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Setuju. Anak memang rezeki tapi kena ingat yang paling utama iaitu Anak adalah Amanah dari Allah. Kalau anak tak cukup makan, tak cukup pakaian, cuba pikir apa yg akan kita jawab depan Allah kelak?