Perancangan Kewangan Untuk Nikah Ringkas

Assalamualaikum wbt buat pembaca page ni. Terima kasih admin sudi membaca (sama ada disiarkan atau tidak)

Memandangkan zaman sekarang adalah zaman orang nikah muda dan simple, jadi saya hanya ingin menyenaraikan beberapa tips atau mungkin cadangan perancangan kewangan buat mereka yang mahu bernikah (akad nikah) dalam majlis yang simple. InsyaAllah share share je.

Sebelum berkahwin sama ada simple atau mewah, rancang lah perbelanjaan sebaiknya. Jangan hanya teka meneka bajet anda supaya tak terlajak berbelanja nanti. Jika mahukan yg mewah mungkin tak jadi masalah kerana bajet anda semestinya besar kan? Bagi yang ingin mengadakan majlis seringkasnya, senaraikan bajet anda dan kumpul wang anda melebihi anggaran bajet.

1. Mas kahwin – untuk negeri negeri yang dah ditetapkan mas kahwin nya, rasanya dah boleh korang save kan duitnya. Bagi negeri yang tak ditetapkan mas kahwin, janganlah terlalu murah atau mahal. Mungkin rm100 dah cukup je (berbalik bajet korang lah kan kalau nak lebih, lebihkan lah. Tak rugi pun tambah seratus dua lagi untuk isteri sendiri hehe)

2. Pakaian – Bab pakaian ni, kena lah betul2 berlandaskan bajet ye. Kalau korang nak buat majlis simple tapi time nak pilih baju nak grand2 pulak (terutamanya perempuan haha). Zaman sekarang semua dihujung jari je. Korang boleh search je kat facebook dan instagram banyak baju nikah yang murah. Preloved pun boleh (for sure masih cantik sebab bekas pengantin pakai sekali je). Silap silap korang boleh dapat satu set rm200 je tau. Hehe. Post je di group group facebook yang jual barang preloved insyaAllah rambang mata korang pilih nanti. Bajet max rm300.

3. Cincin – Okay, ni tugas lelaki. Anda yang perlu keluarkan bajet untuk cincin ni ye. Cincin belah rotan zaman sekarang pun dah rm300 ( i cant do anything lah pasal ni sebab harga emas makin tinggi). Lagi untung kalau korang atau family korang jenis terima je korang beli cincin silver couple rm100 tu. Jimat sangat yang tu.

4. Bayaran kadi dan saksi – Rm200

5. Makanan – Pihak perempuan lah yang akan uruskan bab makanan kerana majlis akad nikah semestinya dibuat di tempat tinggal si perempuan. Ni pun korang boleh search di group facebook untuk cater makanan murah (ikut nasib dan bajet lah). Janganlah pulak pegi minta catering nasi minyak lauk daging masak hitam bagai. Yang tu memanglah harga sampai rm10/pax kan. Jika ada saudara yang buat catering, lagi mudah dan best. Makan dalam rumah atau kat masjid je. Bajet untuk makanan ni rm300 (anggaran rm3/pax untuk 100 orang)

6. Penginapan – Yang ni just kalau berjodoh dengan orang jauh je. Kalau orang dekat, tak perlu fikir bab ni. Cari homestay lah jangan pulak cari sebiji hotel. Nanti dorg datang 10 orang, berhimpit dalam bilik hotel tu pulak. Bajet rm70-200 bergantung nasib dan kawasan tempat tinggal anda.

7. Hantaran – Option je yang ni. Sebab ada family yg nak juga ada hantaran walaupun kita cakap nak simple. Kat sini saya anggarkan 3 berbalas 5 je okay. Sewa bekas hantaran je rm15 sebekas. Tak perlu beli bekas hantaran, bukannya korang nak guna lama pun. Sekali je. Nanti adik beradik korang nak kahwin, mestu dorang nak guna bekas lain pulak kan. Barang hantaran tu korang share lah membeli. Contohnya beli jam couple rm50, set perfume lelaki perempuan then ambik sorang satu untuk letak sebagai hantaran. Jimat kan? Anggaran rm400 untuk kedua dua pihak.

Okay itu sahaja berdasarkan apa yang basic je untuk yang nak nikah simple2. Haha. Ini semua berdasarkan perancangan peribadi saya sendiri je. Share kumpul perbelanjaan. Baru memudahkan. Yang penting, tak perlu banding-bandingkan majlis korang dengan majlis orang lain. Yang buat majlis simple, tak perlu canang di media sosial yang korang paling hebat sebab berjaya buat majlis termurah. Yang buat majlis grand, jangan tayang lebih-lebib dan jangan membazir wang, makanan dan perhiasan hanya untuk sehari majlis je.

Nasihat saya, jika perancangan korang tak dipersetujui keluarga sebab dorang nak majlis yang sempurna (means ada khemah ada catering ada baju cantik dan wang hantaran), korang boleh slowtalk dengan dorang. Jangan sampai gaduh hanya sebab nak dorang tak setuju dengan “usaha memudahkan urusan kahwin” korang tu. Ingat, keluarga lagi penting dari pasangan korang yang belum halal tu. Tak semua family boleh terima perkahwinan tanpa adat ni. Korang juga kena ingat bahawa tak semua adat adalah berlawanan dengan agama. Jadi kalau tak berjaya pujuk, terima lah bahawa jodoh korang masih lambat. Mungkin memang belum masanya untuk korang kahwin lagi. Just live your life happily dan kumpul duit secukupnya. Masa anda tetap akan tiba. Kahwin bukan sebab nak berlumba lumba kawan korang ramai dah kahwin, tapi kahwin bila diri korang betul betul ready nak jadi isteri, ibu dan ahli keluarga untuk keluarga orang lain.

Mohon doakan saya dan pasangan bakal berkahwin tak lama lagi. Moga moga urusan persiapan kami dipermudahkan dan kami berjaya tempuhi alam rumahtangga. Terima kasih.

– Jojo

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit