Assalamualaikum, pertama sekali aku harap sangat admin sudi publish confession aku ni, nak bagi orang faham apa yg selama ni terbuku dalam hati aku ni.
Engkorang pernah terjumpa or berkawan dengan orang yg dalam hidup suka buat perancangan saat akhir? Mesti ada kan? Aku pun ada kawan or kenal orang yg tergolong dalam suka buat perancangan saat akhir.
Aku sangat tak kisah kalau orang yg suka buat perancangan saat akhir tu tak libatkan or attached dgn hidup aku, suka hati kau la nk buat apa yg kau suka, tapi once melibatkan aku and effect my time management memang menyampah tahap gaban. Aku boleh jadi singa masa tu jugak. Hahaha
Aku tau engkorang byk benda nak buat/fikir, aku pun sama, tapi bila kita dh bincangkan a few month before that activity should held on this date, exactly on this time, at this place, whatsoever, sepatutnya kau dah perlu ada perancangan, bukannya beberapa hari sebelum acara tu berlangsung kau boleh cakap kau tak tau macam mana, tak fikir lagi, at the end aktiviti tu berlangsung dengan cacar marba, paling sadis aktiviti tu tak jadi buat pun. Disebabkan apa? Disebabkan sikap perancangan saat akhir kau tu. Aku boleh buat perancangan, kenapa kau tak boleh? What point kite bincang awal awal kalau kau tak boleh buat perancangan siap siap? Bila aku marah, merungut kau pun ikut sekali nak naik hangin, kau kata aku mulut lancang, padahal puncanya dari kau sendiri.
Aku pernah kena dengan sorang member, masa tu nak balik cuti raya tahun 2014 tak silap, sebulan sebelum dah bincang baik punya nak balik kampung sesama,pukul berapa nak gerak dari rumah, dia dok cakap aku ok je, aku ikut kau je, walaupun takde kata putus lagi, aku positif jelahh, kan banyak masa lagi nk fikir. Lepas tu sehari dua sebelum balik aku update lagi dengan dia, dia boleh cakap tak fikir lagi, tak sure macam mana, jadi nak balik sesama ke tak, ok fine fine, takpe takpe, sabar sabar ada masa lagi nk fikir, aku tak nak mendesak orang, padahal hati aku dah ada kat kampung cuma jasad je tinggal kat sini.
Then tengahari pada hari sepatutnya balik kampung dia boleh inform tak jadi balik dengan aku, bg alasan nak tunggu family members dia yang lain sampai kampung dulu baru dia gerak balik, mau tak menyirap aku? Dah la orang sibuk nk balik raya, fikir jalan jem lagi, mak ayah sanak saudara dah bekumpul tunggu kita kt kampung sambil bako lemang, kau boleh rosakkan segalanya. Kalau kita tak bincang dari awal atau kau dh inform aku awal2 tak jadi balik sekali takpe jugak, takde lah aku sakit hati sangat di bulan puasa yang mulia ini. Masa tu tak fikir apa dah, aku maki hamun kt situ, membebel macam mak nenek, menyinga aku walaupun tengah puasa, terkulat kulat dia telan air liur, dah rasa bersalah, nak tak nak redha jela ikut aku balik sekali. Hahaha
Lepas kejadian tu, taubat nasuha aku nak balik dengan dia, gagah aku drive sorang sorang dari tunggu orang yang memeningkan kepala aku. So pada sesiapa yang terbaca story aku ni dan mengamalkan gaya hidup perancangan saat akhir, sila sila lah bawak berubah, kesian tau kawan kawan kau yg dah susun planning awal awal, consider sikit dengan orang lain, jangan nak ikut kepala kita je, harap orang lain faham kita, kawan ada seribu pun boleh larikk macamtu. Hidup ni perlukan perancangan, at least kena ada a few planning, let say plan A tak jadi, plan B ada menunggu kalau plan B tak success plan C siap sedia. Baru hidup teratur. Lecturer aku dulu ada cakap,kalau nak berjaya dalam hidup benda pertama yg ko kena ada ialah perancangan, bila hidup dah teratur ikut apa yang ko dah rancang, jalan menuju kerjayaan pun mudah.
– Bidayah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit