PerancanganNya Adalah Yang Paling Baik

Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih diucapkan kepada admin jika confession ini disiarkan. Cerita ni takde la menarik sangat tapi sekadar perkongsian bersama.

Saya perempuan berumur 27 tahun. Alhamdulillah dari segi pelajaran memang cukup. Belajar dulu bidang lain tapi sekarang kerja bidang lain. Tapi bersyukur Alhamdulillah, seronok kerja sekarang. Lepas habis belajar, dekat setahun jugak la menganggur. Lepas tu dapat kerja kontrak kat universiti tapi untuk sambung belajar ke peringkat seterusnya memang tak mampu dah rasa. Otak penat, hehe..

Lepas habis kontrak selama setahun bersama-sama bermacam-macam masalah peribadi, kembali menganggur hampir 2 tahun. Ada la juga kerja butik lepas tu buat business online. Income dari tu dapat la menjejakkan kaki ke negara orang sambil tenangkan fikiran dan hati yang terluka.

Akhir tahun 2018 Alhamdulillah mula bekerja semula tapi sebagai promoter sahaja kerja 12 jam sehari. Gaji pula tak sampai seribu, huhu.. Sabar dan terus sabar. Time tu aktif apply kerja lain jugak sebab tak sanggup balik pukul 10 malam semata-mata utk bersihkan diri, makan dan tido. Memang tak larat nak pikir benda lain.

Rupanya Allah nak bagi rezeki yang sangat baik. Akhirnya selepas pergi interview beberapa jawatan kosong, dapat la tawaran dari satu syarikat ni. Agak besar dan famous di negeri saya ni. Masa interview untuk jawatan lain, tapi lepas boss tengok resume dia tawarkan jawatan lain bersama-sama seorang lagi calon. Akhirnya saya terima dan setuju.

Gaji permulaan juga tak sampai 1k tetapi kerja pagi sampai petang sahaja dan paling best lagi tempat kerja tu dgn rumah sangat dekat. Pergi kerja jalan kaki sahaja, 5 minit dah sampai. Kalau sebelum ni ayah yang tolong hantar dan ambil. Otw dia pergi kerja dan malam tu dia pergi solat dekat masjid berdekatan tempat kerja tu.

Lesen ada tapi tu la masing² tak harap sangat, haha.. Dan saya sendiri pun kurang suka drive sendiri. Serta bukan jenis suka keluar merayap. Jadi kalau nak ke bandar memang prefer naik bas atau teksi atau jalan kaki je sebab jarak dari rumah ke bandar dalam 15-20 minit jalan kaki. Sy jenis tak kisah sangat sebab time melancong ke negara orang tu pun buat backpacker style, jalan kaki 3-5 km sehari tu tiada masalah.

So bila dapat kerja dekat sangat dengan rumah, tak menyusahkan ayah, memang terasa hikmahnya kenapa tak dapat panggilan interview sebelum² ni. Ye bidang memang jauhhh dari yang belajar dulu tapi saya minat bidang saya kerja ni. Mungkin parent jenis yang suka berbusiness dan saya pun ada online business dari zaman belajar lagi.

Bertambah bersyukur sebab dapat boss yang sangat baik. Dia sanggup ajar saya dan partner (perempuan jugak) dari zero dan kalau ada buat salah pun dia takde nak marah depan pekerja lain. Biasa dia akan tegur dalam group WhatsApp yang ada kami je. So kami memang sentiasa alert supaya tak nak kena tegur, rasa segan la sebab boss tu memang sangat baik, huhu.. Even teguran dia takde nada marah pun tapi kami memang berusaha untuk elakkan.

Dari segi gaji pulak, bulan pertama sahaja bawah 1k. Bulan kedua dia bagi elaun sebab capai target. Masuk bulan ketiga ingatkan dapat la mcm bulan pertama, rupanya dia bagi sama je macam bulan kedua. Malah dia bagi lagi elaun tambahan.huhu.. Bersyukur sangat², tak sangka ditemukan dengan boss sepertinya.

Akak hr ada bagitau, once dia naikan gaji dia tak kan turun dah. Bagi saya dan partner memang bersyukur sangat tak dapat kerja yang diminta masa interview (kerja tu dapat partner yang jenis moody, staff yang dapat position tu stop selepas 5 hari masuk kerja sebab tak tahan). Perancangan Allah ni memang paling terbaik. Dapat boss baik, dan partner sekerja saya pun jenis satu kepala. Dari duit gaji tu tolak bagi duit kat parent, dapat la simpan rm500-rm700 sebulan. Sebab saya tiada komitmen loan kereta atau loan time belajar. Sy memang patut bersyukur la kan.

Umur 27 tahun ni dah ada calon ke? Itu masalahnya sekarang.haha.. mak pun dah kerap tanya soalan tu. Tapi boleh dikatakan dalam zone selamat jugak la sebab ada sorang lagi abang belum kawin. So sekarang semua aim dia, haha.. Masa zaman belajar ada la minat kat sorang ni. Satu fakulti tapi lain kos, tapi bertepuk sebelah tangan je la. Minat pun kejap je lepas tu berkenalan dengan seseorang ni. Dari berkawan sampai la ada perasaan gitu. Tapi akhirnya berpisah selepas maknya meninggal dan agak cliche sikit la arwah maknya tinggalkan wasiat supaya kawin dgn perempuan pilihannya. Drama air mata sangat la time ni, huhu..

Yela kenal 2 tahun dah masa tu. Dan dia pun nak tunaikan wasiat tu, memang berpisah je lah jalannya. Lepas setahun lebih dia cari balik, time tu tak kawin² lagi yang tadi beria nak kawin kan.huhu.. Bila mak ayah takde ni, lepas tu tinggal pulak pusaka macam², biasa la masing² boleh teka apa akan jadi. Ye hubungan adik beradik entah ke mana. Adik² yang belum berumahtangga ni mengharapkan abang² tapi dah masing² buat haluan sendiri.

Dipendekan cerita dia ni stress la kehidupan nya yang keseorangan. Kerja pun biasa² je. Time dia jaga arwah mak dia, dia terpaksa berhenti kerja. Time tu la kami kenal tapi time tu memang tak kisah pun keadaan dia macam mana, sebab dah sayang kan. Pfffttt haha.. Bila arwah mak dah takde, dia cari kerja mula hidup baru. Beli kereta idaman, ye la adik beradik lain dah berjaya, dia pun nak merasa. Okay la. Kerja dia pun memenatkan katanya tapi sebab komitmen utk hidup selesa terpaksa telan jugak la. Time get back ni saya masih menganggur.

Dah kenal lama sangat ni mesti la nak ke peringkat seterusnya. Kawan² pun dah ramai jadi bini orang, jadi mak orang. Alasan dia sama setiap kali suarakan pasal benda ni, family dia tak macam family saya, arwah mak dah takde dah tak macam dulu etc. Dipendekan cerita lagi awal tahun ni dia bagitau nak kawin, haha.. sabar dulu. Saya cakap kat dia, dia saja je kan cakap macam tu sebab serabut kot asyik gaduh bertengkar mulut. Dia cakap takde masa nak tipu. Dia cakap jangan halang perkahwinan dia, haha.. okay la so saya undur diri utk kali kedua. Sejak hari tu saya tak pernah ambil tau pasal dia. Saya putuskan segala bentuk komunikasi dengan dia.

Time ni dah cerdik sikit la, dah ada kerja yang bagus, kenapa nak persiakan semua tu hanya kerana hati saya remuk, kecewa. So saya lalui hari² saya dengan bahagia, dgn kerja yang menyeronokkan, bos yang baik, rakan sekerja yang sporting, adik² praktikal yang kelakar. Pejam celik pejam celik dah beberapa bulan berlalu. Saya masih sama, perempuan yang sama. Ada juga la mencari jodoh di laman² cari jodoh tapi tu la bukan jodoh lagi kan. Makin lama makin sayang dengan kerja saya, kehidupan saya menjadikan saya berfikir hikmah tak berjodoh dgn lelaki tu. Mana mungkin saya mahu melepaskan kerja saya ini kerana dia. Sebab itu la Dia pisahkan kami dulu kot. Dia dari negeri lain tapi saya suka negeri tu, suka loghatnya.

Tapi tipu la tak pernah teringat, tak pernah mengalir air mata kan. Otw balik kerja nampak orang tengah fogging teringat.haha.. sebab dia kerja tu dulu. Biasanya selepas solat maghrib nak sampai ke isyak tu terdetik, “Bahagia ke dia sekarang?” “Bahagia ke dia dengan pilihan dia?” “Jika dia tak bahagia, bahagiakanlah dia seperti mana yang dia impikan” “Bahagiakanlah dia meskipun bukan dengan saya dan berikanlah saya kebahagian yang dah ditakdirkan buat saya” sambil air mata mengalir tak yah cakap la, haha..

Bila adik beradik balik ramai² berkumpul, time mereka nak pulang tu mesti mak ayah, kita yang ditinggalkan ni sedihkan. Time tu pun teringat kat dia. Sewaktu awal² arwah mak dia takde, dia stay sorang² kat rumah pusaka tu. Time bulan puasa dia buka puasa sambil video call makan nasi kerabu, haha.. bila teringat balik, kalau saya ditempatnya adakah sekuat itu. Ye dia lelaki, dia nampak kuat tapi hatinya? Cakap telefon dengan dia, dia sedih, menangis tu dah biasa bagi saya. Bukan nak cakap saya cukup mengenalinya tapi setakat yang saya kenal, saya tak menyesal mengenalinya meskipun tiada jodoh di antara kami.

Bila teringat arwah mak dia, rasa berterima kasih sebab lahirkan dia, didik dia, besarkan dia sampai saya sempat mengenalinya meskipun saya bukan jodoh dia. Sampai sekarang saya simpan cita² saya ingin melawat pusara arwah maknya jika saya diberi peluang. Awal² dulu memang rasa nak benci dia setelah apa yang berlaku tapi hati saya tak mampu. Saya buat keputusan utk memaafkan dan mendoakan kebahagiaannya meskipun bukan dengan saya.

Dan saya? Masih sama, orang yang sama. Setiap hari ceria ditemani rakan sekerja, kucing² saya, drama² Korea kesukaan saya.haha.. Jujur, saya terpaksa bahagiakan diri saya. Saat kesedihan datang hmm penat la rasa dia, haha.. Saya pun tak tau macam mana pengakhiran cerita ini. Mengharapkan dia kembali memang tak kot, sebab terlalu banyak masalah dan halangan serta saya sayang kehidupan saya sekarang, saya sayang kerja saya, hehe.. saya harap jodoh saya ada di sekitar saya, kerja di bandar yang sama dgn saya. Dan office saya ni sangat dekat dengan balai bomba. Kawan² office memang dah muak dengar angan² saya nak abang bomba, haha.. Actually tu salah satu cara untuk hiburkan diri sendiri, berangan tak salahkan, haha..

Jadi dari bahagian dapur office tu memang nampak jelas la balai bomba tu. Selalu la duk terdetik, “Takde ke abg bomba yang single kat balai tu?” Haha.. Tapi saya sedar saya ni kerja biasa je, reti ukur baju di badan sendiri. Jangan risau. Itu angan² je la.hehe.. Impian sekarang nak bawak parent pergi bercuti ke negara yang saya pergi hari tu lepas tu nak beli gelang, rantai emas. Sebab hari tu baca confession yang bakal isteri dia minta hantaran gelang emas mahal.haha.. so saya nak usaha sendiri dapatkan apa yang saya nak. Saya nak happykan diri saya, tanpa mengharap dan membebankan sesiapa.

Semoga ada bahagia yang menanti saya dalam urusan jodoh. Seperti mana tajuk confession ni, perancangan Allah adalah yang paling terbaik. Jadi saya yakin Allah mempunyai rancanganNya yang tersendiri utk saya seperti mana Dia mengatur urusan rezeki pekerjaan saya. Jika si dia terbaca dan tahu saya si confessor ni, semoga kamu bahagia dengan pilihan kamu. Saya tetap orang yang sama seperti dulu. Hati saya tetap sama. Sayang saya tetap sama tapi sayangnya terpaksa mengalah ~ (ini lagu ye, hehe..) Assalamualaikum.

– Kesian

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *