Perang Dengan Kakak Ipar II

Untuk part I, (https://iiumc.com/perang-dengan-kakak-ipar/).

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada IIUM Confession kerana sudi menyiarkan cerita saya.

Saya fikir cerita saya tak akan disiarkan memandangkan sudah lebih seminggu. Rupanya banyak betul orang confess dalam IIUM Confession.

Tujuan saya menceritakan hal kakak ipar sebab banyak yang kecam cerita “kakak ipar fake”. Sebab adik² abang duduk di rumah abang. Saya nak tahu juga kalau rumah tu ada sedikit harta dari famili saya.

Apa pendapat netizen pula. Tambahan, kami tak ganggu abang kami dengan menghantar dan mengambil kerja setiap hari. Adik² pula dalam confession tu (kakak ipar fake) tak membantu dalam mengemas rumah.

Kak joyah pula seorang yang sangat rajin. Dia sangat suka mengemas. Jadi tak ada isu tak tolong. Saya pula, cuma barang je yang duduk di rumah abang. Tuan punya barang tinggal di rumah sewa.

Cuma sekali sekala balik rumah abang. Mak ayah saya walaupun masa tu strok. Tak duduk di rumah abang lama². Ayah suka pindah².

Kejap² dia akan pergi rumah kakak no.1 = kak jenap. Kejap² dia minta mak bawa dia balik kampung dia.

Kejap² dia minta balik rumah asal (hujung benua). Tempoh duduk rumah orang cuma 1 minggu je. Adik bongsu saya yang baru habis SPM sampai serik nak ikut. Katanya dah macam pelarian.

Akhirnya dia memilih duduk sendiri di rumah asal. Kak joyah terpaksa duduk sebab dia dah dapat kerja kerajaan di tengah benua. Gaji pula kecil. Belum mampu nak menyewa.

Saya faham, salah saya sebab tidak menceritakan semua. Risau juga kalau bosan membaca jika terlalu panjang.

Hasil membaca komen² netizen, lebih kurang 85% tidak suka ada orang luar tinggal serumah dengan mereka, dan menganggap penumpang sebagai parasit. 10% natural. 4% menyalahkan abang saya. 1% menyalahkan kakak ipar.

Walaupun banyak komen mengecam saya. Alhamdulillah. Saya tenang membaca dan kadang² tergelak kecil. Cuma ada 1 komen yang pada saya agak biadap bila ada yang kata ayah saya dah MATI.

Seeloknya, gunakan perkataan meninggal. Walaupun maksudnya sama, guna perkataan itu biadap pada saya. Komen² biadap yang lain, saya tak ambil port. Biasalah, jabatan netizen.

Ada komen netizen yang mencabar saya duduk dengan mertua cukup la hanya 6 bulan. Jawapannya, saya dah pernah duduk dengan mertua.

Masa tu time PKP, company saya dan husband kerja collapsed. Kami sama² tak berkerja. Jadi menumpang kasih sekejap dengan mertua.

Time tu PKP1, 6 bulan tak boleh keluar rumah. Ingat lagi kan? Lepas PKP1, kami cepat² keluar dari rumah cari kerja. Bukan tak selesa, tapi malu dah besar panjang masih dimakan suap. Saya happy je duduk dengan mertua.

Mertua sangat sporting. Saya pon selalu ambil hati mak mertua dengan menolong di dapur dan offer carikan uban. Hubungan dengan adik ipar saya pon baik.

Pernah la beberapa kali kena sound setepek dengan adik ipar. Tapi saya tak ambil hati. Tahun depan adik ipar nak duduk dengan kami suami isteri. Saya okey je.

Kalau netizen tak setuju rumah korang ada ibubapa. Lain pula kisahnya abang ipar saya. Dia dah ada rumah. Tapi suka duduk dirumah bapanya.

Diangkut semua anak bini ke rumah bapa mertua (bapa dialah). Bapa mertua pula rimas sebab prinsip dia, anak² dah berkahwin patut berdikari sendiri.

Untuk isu kecil seperti mengajar buat sambal belacan. Secara tersiratnya, cerita ni nak menunjukkan mak saya cuba nak berbaik dengan menantu. Mak saya cakap mak dah cuba nak buat kakak ipar macam anak sendiri. Dan cerita itu bukan berlaku di pasaraya.

Tapi di dalam rumah. Kakak ipar senyap² larikan diri. Tau² je mak cakap² sorang kat dapur. Last² mak saya settlekan semua masak tengah hari. Kakak ipar hilang tak muncul² dah.

Kes duduk dalam kereta pula. Disunatkan sang suami mengutamakan ibabapa. Hal ini saya pernah terbaca kisah duduk di belakang unta.

Tak ingat kisahnya bagaimana. Tapi intipatinya begitulah. Nabi suruh isteri nabi duduk dibelakang.

Saya bukan suka² benci kakak ipar. Dah banyak kali saya pujuk dan marah mak supaya terima kakak ipar seadanya.

Memandangkan dah lebih kurang 5 tahun abang kahwin (masa masih duduk dirumah abang, kini dah lebih 10 tahun) masih tak boleh nak berbaik.

Memang mak saya tak suka dia. Tu satu hal. Tapi kakak ipar pon tak nak cuba ambil hati mak saya dari awal kahwin lagi.

Buat pengetahuan korang, husband saya pon bukan menantu pilihan. Tapi dari awal kahwin husband saya dah cuba ambil hati mak saya.

Kini mak saya dah sayang husband saya. Abang ipar suami kak jenap pon mak saya sayang. Sebab dia jenis ringan tulang. Suka membantu ketika ayah saya sakit dulu.

Walaupun abang ipar pernah buat taik (lepas ayah dah meninggal dia buat hal), mak saya masih sayangkan dia.

Memang komunikasi kami teruk. Itu disebabkan abang saya tak suka dengar kami cakap. Kalau kami cuba nak meluah. Dikatanya kami mengungkit.

Dia akan menjerit dan marah kami semua. Dalam group whatapp pon dia dah keluar. Tak da angin tak da ribut, dia block saya baru² ni. Sebab tu lah saya rasa nak meluah kat IIUMC.

Soal duit deposit rumah. Kami tak pernah anggap pon tu rumah ayah kami. Abang pula tak sempat bayar hutang sebelum ayah meninggal. Jadi duit tu sepatutnya difaraidhkan. Tapi tak tau macam mana, abang cakap dah settled.

Soal hantar abang ke kampung. Memang salah makayah tak bincang atau pujuk abang. Tiba² je hantar. Saya walaupun masih sekolah rendah. Saya tahu lah sikit² ceritanya.

Sejak abang ‘menjawap’ masa ayah marah abang. Ayah terus minta pendapat atok dan nenek untuk hantar abang ke kampung.

Mereka berbesar hati nak terima abang. Mak saya nangis² nak pisah dengan abang. Walaupun dah masuk sekolah menengah.

Tapi mak cakap, terpaksa demi masa depan abang. Bila mak dan ayah lihat sendiri, kawan² abang dulu semua tak jadi ‘orang’. Mak ayah makin yakin pilihan mereka tepat.

Abang sendiri ngaku yang dia dah jadi ‘orang’. Cikgu sekolah rendah abang pon kagum abang berkerjaya. (Ini menunjukkan, kenakalan abang diketahui pihak sekolah juga).

Ikutkan saya boleh je ignore famili abang. Tapi, saya sedih. Kenapa famili kami jadi macam ni?. Berpecah belah, makin teruk lepas ayah meninggal.

Kesian ayah kat alam sebelah sana. Belum lagi soal harta. Lagi panjang kisah. Ikutkan, saya nak cuba selesaikan masalah ni. Tapi tak nampak cara dah. Saya dah givup. T_T

Pengajaran dari kisah saya ni. Sebagai lelaki, besar tanggungjawab dia. Lagi² ada ramai adik² perempuan. Dah berkahwin, kena pandai bermain tarik tali. Jangan jaga sebelah pihak. Sebelah lagi diabaikan.

Terima kasih sudi baca sampai habis dan sudi memberi komen. Sekian. (Mungkin korang pon tak sudi untuk ada yang ke3)

P/s: ini tak dikira mengumpat ye sebab korang tak kenal saya dan tak kenal pun siapa kakak ipar saya.

– Juwita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *