Hai, aku adalah seorang pekerja dekat sebuah syarikat startup. Pekerja kat sini tak ramai pun, around 10 orang. Awal tahun lepas syarikat kami ada admin baru. Pada mulanya, macam okay saja si admin ni.
Tapi lama-lama keberadaan dia ini menyebalkan sedikit sebanyak hati aku ni. Semuanya bermula apabila aku perasan barang ofis dah lama habis, tapi dia tak beli-beli. Bila aku tanya dia, dia kata tunggu dapat duit dulu. Okaylah fine. Dia tak nak guna duit dia and claim after that. Takpa,aku faham. Yang buat aku berapi adalah apabila dalam satu meeting, dia bangkitkan isu ini. Dia cakap susahlah nak keluar beli sebab cuaca panas/hujan dan dia perempuan. Jadi kena angkat sorang-sorang. Aku cakap lah, takpa. Setiap bulan, seorang staff temanlah dia pergi beli kan. Dia kata susah sebab barang ofis pun dia urus, barang makanan kat patri pun dia urus. Jadi dia mencadangkan untuk kerja tu dibahagikan separuh separuh.
Aku memang mencarut je dalam hati masa tu. Tapi sebab ada bos kan, aku diam jelah. . Aku nak tanya korang, kerja siapa sepatutnya yang kena beli barang-barang ofis? Dia kan? Ha tapi admin aku ni merasakan kerja yang dia ada terlalu berat agaknya. Aku pun tak faham, takkan dia expect orang buat kerja dia? Tapi bos aku ni sayang dia lah agaknya. Dia kata takpa, lepas ni barang-barang ofis beli online je. Ha, kau rasa? Suka lah admin tu. Aku pulak macam tak kisah. Bukan duit aku yang habis pun. Biarkan lah syarikat ni yang menanggung kos penghantaran tu.
Lepas itu, aku pun sakit hati kenapa aku ada dalam meeting tu, ni masalah department dia kan?so aku pun cakaplah depan-depan, “bos, ni bukan department saya kan? Lain kali, saya rasa lebih baik jangan libatkan department lain. Saya buat meeting dengan team saya pun tak ada invite admin dalam tu.” Ha ambik kau, sunyi sepi bilik tu. Aku nampaklah muka bos aku tegang masa tu dengan si admin tu, tapi kisah apa aku. Bukan masa aku je terbazir, masa orang lain pun sama.
Lepas tu, dah tak ada meeting yang berkaitan hal admin. Baguslah dia dah faham orang lain tak nak fikirkan solusi untuk masalah dia haha. Diaorang meeting berdua je lepas tu. Oh before korang fikir ke lain, boss aku perempuan. So tak ada skandal ke apa dengan admin tu. kemudian ada kes lain pulak, company aku ni suka ambik intern tau. Bila intern start masuk, aku perasan flow onboarding tu tak smooth sebab tak ada siapa terangkan benda basic kat intern tu. Macam nak solat dekat mana, peraturan ofis, macam mana nak mohon cuti, claim duit minyak atau parking, kenalkan intern dekat satu ofis. Ala segala benda basic. Sebab bila aku nak training intern aku, aku kena bagitau benda-benda ni.sudahnya, aku kena buat checklist untuk admin tu. Aku suruh dia face to face terangkan kat intern, sebab benda ni ada jugak yang kena tunjuk dekat laptop. Tapi dia seboleh-boleh nak hantar mesej dekat WhatsApp je. Bila aku perhati, batch demi batch intern masuk keluar, makin dia lupa nak bagitau itu ini.Adui penatlah nak ingatkan benda kecik gini. pasni , apa-apa soalan aku suruh intern tu tanya admin je. setel.
admin ni pun satu habit dia yang aku tak suka adalah dia ni jenis passive je tau. Tunggu arahan. Aku ni akauntan tau, bukan admin pun. Kenapa aku yang aku bagitau itu ini, ingatkan dia. Bukannya dia tak ada pengalaman sebelum ni, aku dengar dia belajar pun bidang administration jugak. marker dah habis pun, aku kena bagitau. Nok, kau check lah tiap-tiap bulan inventory office. aku rasa mesti dia selalu tanya bos aku soalan soalan yang dia boleh fikir sendiri. haha biarkan bos aku merana. siapa suruh manjakan admin tu. baru-baru ni interns habis internship pun tak ada celebration sebab admin tu menunggu arahan boss. Boss tu kan busy. Jadilah initiator , “bos, nak saya beli pizza tak untuk celebrate intern?” tak ada common sense ke? aduhai nak.
Hari ni pula aku menyampah sebab bos aku bagitau yang mulai hari ni, aku kena start buat satu kerja kecil ni, lebih kurang macam managing document lah. Sebab apa, admin cakap susah since dia kurang informasi pasal dokumen tu. Korang, benda tu senang je. Bukannya dia kena menaip pun. Sudahnya kerja aku bertambah walaupun sedikit tapi tetap aku sakit hati. Namun bila aku teliti balik, takpalah aku buat kerja ni sebab flow kerja aku pun akan lagi laju sebab kalau dia yang urus. Asyik nak kena ingatkan je kan. Oh ya bila aku ingatkan dia, aku guna ayat baik-baik dan profesional je tau walaupun hati aku tengah mencarut sebenarnya
Kalau korang macam pelik apahal aku ni kerja asyik memantau kerja orang. aku akui aku ni perfectionist sikit. Bila flow kerja orang lain tu tak efficient, aku sakit mata tengok. Since company ni kecil je, memang aku selalunya diharapkan. Macam natural leader lah bila tak ada siapa step up untuk lead. Lagipun, dia seorang je admin.
aku tak complain dekat bos aku sebab buat masa sekarang, hal dia buat semua kecik-kecik je. Aku tak nak besarkan hal ni sebab nak jaga reputasi aku. Aku tak nak menconteng arang dekat muka sendiri sebab hubungan aku dengan semua orang baik je. Aku pun baru sedang dalam probation untuk kenaikan pangkat. makanya aku ambik keputusan untuk buat tak tahu dan tutup mata je. Sebab aku dah malas. Aku pun banyak kerja lagi nak buat. Lepas ni, aku dah tak ambik kisah pasal kerja dia. Aku takkan ingatkan apa-apa dah. Aku takkan guide flow dia. Kalau jadi apa-apa, aku makan popcorn sambil tengok bos aku kepanasan je. Kertas habis? Whatever. Intern tak ada pass parking? not my problem. Aku jadi initiator dalam department aku je.Cumanya kalau jumpa admin ni, aku still lagi ramah sebab hubungan social networking dalam company penting ya semua untuk dikekalkan.
Sebab aku tahu apa apapun , aku memang perlukan bantuan dia untuk kerja aku kadang-kadang. Jadi tak worth it nak bermasam muka. Aku pun kena professional bila bekerja. Kalau boleh sabar, selagi tu aku sabar. Tapi di masa hadapan, kalau ada benda mengarut dia buat yang dah menganggu flow kerja aku, haaa, mintak maap lah masa tu.Memang aku takkan hold back, ayat aku memang akan berkias perli je time tu. okay, lega dah otak aku meluahkan perasaan. terima kasih membaca. aku dah boleh focus kerja aku.
Salam Ramadhan mubarak
– Popcorn Caramel Penat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sebab tu aku dah tak minat kerja opis.Banyak manusia berperangai TAHIK dlm tu.
Banyak kaki ampu kaki cucuk kaki propa.
Bos pula biasanya syg staf baru.Staf lama gaji punya sikit susah naik.Staf baru beribu2 bayar tp tkde hsil..
Bos kepala bana
Staf juboq tahik.
Elok dua2 mampos dlm loji tahik