Assalamualaikum. Harap confession ini dijadikan iktibar. “Ibu boleh lahirkan 5 orang anak, tapi belum tentu kelima-limanya boleh menjaga ibu”. Inilah yang terjadi dalam keluargaku.
Kami asalnya duduk di bandar dan terpaksa berpindah kerana ingin menjaga datuk dan nenek. Nenek pun dah meninggal dunia tahun lepas jadi kami menjaga datuk sementara beliau masih ada.
Permulaan ceritanya begini, seminggu sebelum berpuasa, Mak Uda kata nak buat kenduri sambut bulan puasa.Orang yang pertama balik dua hari sebelum kenduri adalah keluarga Paktam. Aku pun kemaslah apa yang patut sebab tetamu datang nampak rumah bersepah apa pula. Bila dah siap kerja tiba2 Maktam cari aku , aku hulurkan tangan untuk salam tapi sebaliknya dia mendengus marah. Rupanya marah pasal tilam di bilik diorang nak tidur. Last sekali dia cakap “Ni mesti kerja mak ayah awak yg pindahkan”. Kena juga aku tadah telinga tapi dalam hati aku dah menangis.
Bila da ramai sedara mara balik, ada yang tanya “Cukup ke lauk dalam peti ais?” Memang tak cukup untuk makan ramai2. Lauk ikan 3 ketul je yang ada. Kesian ayah aku. Lauk ikan tu dia suruh aku masak asam pedas, jadi rezeki orang lah nampak gayanya. Apa yang aku nak katakan kat sini ialah apa salahnya kalau diorang balik bawa buah tangan? Ini semua nak harapkan kita yang ada di kampung. Ayah pun bukan berduit sangat. Jadi kami satu family pegi cari lauk dah akhirnya makan kat luar.
Time kenduri dah habes baca Yassin, ada sambutan hari jadi Datuk yang ke 92. Adik beradik ayah aku ada 7 orang, dan ayah anak yang bongsu. Semuanya ucap selamat hari jadi, bagi hadiah apa semua. Tapi bila giliran ayah aku, dia tak bawa hadiah. Benda first dia buat, dia peluk datuk aku dan kata “Selamat hari jadi yang ke 92, ayah. Moga dipanjangkan umur dan murah rezeki. Doakan kawan sekeluarga panjang umur dan murah rezeki serta dapat jaga ayah sampai hujung nyawa”.
Aku menangis. Terharu. Alangkah bertuahnya ayah dapat jaga ibu bapa. Sanggup balik ke kampung semata mata nak dapat pahala Allah. Aku pandang adik beradik ayah yang lain. Semua bagi hadiah. Tapi boleh ke diorang buat macam mana ayah aku buat?
Habes daripada majlis, ada pula yang nak balik awal. Katanya ada kenduri di Penang. Time suruh jaga datuk, banyak betul bagi alasan, tapi kalau bab orang lain, kena punctual. Begitu juga sedara mara yang lain. Bila suruh bersedekah kepada ayah sendiri, katanya duit takde padahal berkepuk dalam akaun bank banyak duit. Nak bersedekah dengah ayah sendiri pun tak boleh. Esok bila dalah akhirat , duit tu juga yang ditinggal. Tak bawa masuk kubur.
Dipendekkan cerita, macam yang aku cakaplah. Ibu boleh lahirkan 5 orang anak tapi belum tentu diorang dapat jaga ibu sendiri. Aku kecewa dapat bapa dan mak sedara ada perangai macam ni. Sampai bila lagi nak menongkat dunia?
Kadang2 bila kami nak berjalan jauh, nak tumpangkan datuk ke rumah sedara dalam beberapa malam sebab kami selalu sangat duduk di rumah. Sesekali nak juga berjalan jauh. Tapi sorang pon tak boleh diharap. Katanya nanti runah bersepah, datuk banyak songeh. Haihh, nak masuk syurga Allah ni senang je. Kita je yang tak nak.
So bagi korang yang baca confession ni , hargailah ibu bapa anda selagi diorang masih hidup. Bagi sesiapa yang mengalami situasi sama macam aku, bertabahlah. Allah pilih kita sebab kita dapat lihat hari2 tua mereka sehingga mereka tiada. Masa tu rasa puas sangat sebab masa hidup, kita dapat jaga, beri apa yang mereka nak.
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit