Perangai Gegadis Single

Aku perempuan, umur menghampiri angka 3 dalam dua tahun lagi. Memang kalau ikotkan umur-umur ni orang da fikir hal kahwin hal rumahtangga hal anak-anak. Tapi aku masih lagi struggle dengan sikap sesetengah manusia yang kurang bertanggungjawab disamping kurang kesedaran sivik, meskipun umur lebih dari aku. Apa yang aku nak ceritakan disini tak ada kaitan hal nenek-nenek, makcik pakcik bertanya hal bila nak kawen ye.

Disebabkan aku masih single aku menyewa dirumah gegadis single lah. Alhamdulillah pada mulanya semua okay dalam rumah tu, memang la masa mula-mula masuk tu keadaan rumah tu agak Nauzubillah sikit, tapi aku dengan ADIK-ADIK dalam rumah ni cuci sental berus dari lantai ke dinding sekarang rumah tu da nampak la rumah berpenghuni.

Empat bulan kemudian masuk dua ahli baru (umur lagi tua dari aku) dalam rumah tu menjadikan jumlah penghuni kepada lima orang. Dan pada mulanya jugak ahli-ahli baru ni nampak rajin, selalu kemaskan rumah, sental bilik air. Aku haruslah gembira. Sekurang-kurangnya tugas dalam rumah tu sama-sama digalas. Sebelum tu, aku tak da OCD (Obsessive-Compulsive Disorder), cuma nak keadaan yang bersih, sejuk mata memandang, selesa nak beribadah. Kebersihan pun kan Ibadah.

Sayangnya keadaan tu tak bertahan lama. Sebulan je, kemudian bermulalah episode baru. Adik-adik yang berdua tu Alhamdulillah bukan yang pengotor, masih tolong aku kemaskan rumah etc, cuma dorang jarang ada dirumah, selalu balik kampung. Tapi sekurang-kurangnya walaupun dorang kemas sekali sekala dorang tak menyusahkan dan menambahkan beban aku nak cuci rumah.

Berdasarkan pengalaman-pengalaman aku tu, ni aku terpanggil nak buat ala-ala garis panduan untuk dihadam oleh bakal-bakal penyewa.

1. Sampah. Wahai adik dan kakakku sayang, seandainya anda menyewa dan berkongsi rumah tolonglah jadi bertanggungjawab dengan sampah korang. Buang la sampah tu ke tong sampah besar sekali sehari, sebelum tidur ke. Untuk makluman tong sampah besar kat rumah aku ni tak jauh pun, depan pintu rumah ja, tak sampai sepuluh tapak dah sampai. Ini aku balik kampung seminggu, seminggu kau tak bawak keluar sampah dari rumah.Kenapa aku kata seminggu tak buang. Sebelum balik aku da buangkan, dan letakkan plastic beg baru, plastik beg yang samalah yang ada disitu bila aku balik. Malah ditambah dengan empat (bukan satu) plastik baru sebab yang tu da penuh dan tak ada inisiatif nak buang. Buka je pintu dah boleh bau sampah semerbak rumah tu- aku tak tahu macamana deria bau kau boleh tahan bau tu. Tu belum kira sampah yang terjatuh ke lantai sebab dah penuh pun korang sumbat jugak.

2. Sinki dapur. Aku faham dengan zaman ekonomi sekarang, masak adalah cara untuk berjimat. Aku faham, aku pun buat benda sama. Tapi da lepas pakai sinki, tolong la buangkan sisa-sisa makanan tu tuang dalam tong sampah- kemudian tolong baca balik point nombor 1. Pastu kau nak bising sinki selalu tersumbat kan, kang kau yang aku sumbat dalam lubang sinki tu!

3. Pinggan mangkuk. Pinggan mangkuk periuk belanga tolonglah jangan tinggalkan dalam sinki, hormat lah ada lagi tiga/empat orang lain nak pakai sinki yang sama. Seminggu kau balik kampung, kau tinggalkan semua sisa pinggan mangkuk kau dalam sinki dengan harapan ada orang tolong basuhkan. Kena ingat dalam rumah kita tak ada orang gaji tau. Dan bukan sekali kau buat hal sama, berkali. Kalau sekali aku pun tak akan rasa sakit hati, tapi aku akan basuhkan je. Dan satu lagi aku perasan, semua perkakasan dapur tu berminyak, nampak sangat kau basuh sebagai syarat je. Adoi. Orang lelaki lagi pembersih dari kau ni aku rasa. Bila da basuh kau tak reti pulak nak angkat yang dah kering ke rak pinggan, kau susun je tepi sinki tu sikit lagi nak cecah bumbung.

4. Lantai dapur. Tolong la kutip/sapu lantai dapur tu kalau dah kau jatuhkan segala mak nenek yang kau guna tu. Ini aku melangkah masuk dapur ada karot, sawi, kobis, bawang atas lantai. Kalau kau nak tanam sayur nak jimat, tolong la beli tanah tanam dalam pasu, takkan tumbuh sayur tu atas simen.

5. Dapur memasak. Tolonglah lap selepas pakai. Ini kau tumpahkan minyak suku liter atas tu dan biarkan je kat situ. Minyak mahal sekarang, apa kata kau kaut dan guna balik minyak tu. Itu belum kira ada tumpahan tepung, kicap, sos, cili dan sebagainya. Pastu kau nak bising kenapa dapur tu api perlahan, haruslah dia tersumbat dengan sisa-sisa kau tu.

6. Lantai rumah (general). Tolonglah cuci sekali sekala takpe. Aku memang jenis tak boleh nak jalan kalau tak sapu lantai sekali sehari. Kalau ye pun kau tak nak tolong aku sapu/mop, jangan la korang menyusahkan kerja aku. Aku tengah sapu dengan gembiranya, tetiba kau dengan tanpa rasa bersalah pergi pijak tempat aku tengah sapu dan tanpa rasa bersalah kau jalan kehulu kehilir sambil tersenyum – psycho aku rasa. Then, part sikat rambut, aku baru je nak duduk merehatkan diri lepas sapu sapu rumah, kau bole sikat rambut depan mata aku, dan terus keluar rumah sambil meninggalkan senggenggam rambut bertaburan atas lantai yang baru disapu seminit yang lalu. Haih, terus aku rasa rambut aku jadi lurus keatas macam Trojan!

7. Peti sejuk. Da namanya peti sejuk kongsi, tolonglah hormat pengguna lain. Ini kau beli barang banyak-banyak, tapi akhirnya busuk tak pakai sampai berkulat. Aku juga kena kutip buang. Kang aku terbuang yang tak sepatutnya kang kau marah kan. Nak diingatkan, peti sejuk tak sesuai nak bercucuk tanam, apa kata kau cuba cara hidroponik, InsyaAllah subur sayur kau.

8. Bilik air. Sekali sekala tu ringankan lah tangan sental bilik air, Ini sampai naik kulat, licin nak memijak. Aku pernah sengaja biarkan bilik air tak bercuci nak tengok kalau kau ni ada inisiatif nak cuci, tapi akhirnya aku jugak kena cuci.

9. Kebersihan in general. Rumah sekarang memang tiles dan simen. Tak ada masalah nak pakai selipar dalam rumah, tapi jangan lah dah pakai keluar dari rumah, lepas tu tanpa bersalah kau pakai dalam rumah. Kotor kan. Nanti nak solat entah kotoran apa yang korang bawa masuk tu. Sesekali basuh la tapak selipar tu, ini hitam sampai lekat kat tiles putih tapak kasut tu.

Akhir kata, tolonglah tanamkan sikap bertanggungjawab sikit dalam diri tu. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri. Kau mudahkan kerja orang, Allah mudahkan kerja kau. Pegang konsep tu je. Harapnya confession ni sampai la ke hati-hati ahli rumah aku tu. Kira cara terakhir dah ni, aku da tegur cara baik, aku siap minta tolong untuk kemas rumah, aku da cuba teknik orang putih ‘Lead by Example’, aku gunakan cara sinis, tapi masih tak berjaya. Aku rasa untuk umur sekarang dah tak sesuai nak tegur-tegur sangat, aku faham tu, sebab nanti korang akan termalu sendiri. Tapi tolonglah ada rasa bertanggungjawab sikit. Lagipun korang pun da biasa duduk rumah sendiri, dah kahwin dah pun. Takkan selama ni laki korang yang buatkan semua diatas kat korang?

– Ally

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit