Perangai Lecturer Pelik II

Hye kerusi here again, sambungan part lecturer perempuan pelik psycho dan nama saya masih lagi kerusi. 

https://iiumc.com/psycho-or-songsang-perangai-lecturer-pelik/

Saya baru baca semua yang meninggalkan komen dan pandangan masing-masing. Terima kasih kerana mendengar luahan hati kerusi yang sendu ni. Terima kasih juga kerana memberi opinion yang baik.

Pertama sekali kenapa ada confession untuk kedua kali nya ialah kerana saya ingin clear kan beberapa perkara.

Pertama ada yang memberi komen kenapa tak report perangai lecturer tu. Terima kasih kerana caring. Pertama sekali, saya sudah report semua perbuatan lecturer tu kepada pihak terlibat. Walaupun saya nerd pada awal nya tapi saya takda la nerd sangat. Mesti la saya report haha.

Yang kedua ada yang komen apa dia buat waktu saya tidur. Alhamdulillah dia tak buat apa-apa sebab lepas sedar dari tidur saya check semua diri saya alhamdulillah tiada yang memudaratkan.

Saya tak pasti sama ada dia letak apa dalam air saya yang saya pasti saya bangun lewat itu je. Yang memudaratkan hanya lah kena genggam lengan masa bergaduh dan meninggalkan kesan itu je lah haha.

Yang ketiga ada yang komen tak sia- sia jadi gundik dia eh kak seram pula aku baca. Saya bukan gundik dia saya hanya lah tempat untuk tune otak dia jadi baik sekejap itu pun belum baik rasanya.

Tapi kan saya rasa menyesal tak tampar balik muka dia. Tak tahu la kenapa waktu itu saya sangat akur dan takut pada dia. Dia actually menyeramkan waktu tu tapi sekarang saya rasa nak pergi tampar balik je.

Next, cuma saya tak rasa dia songsang. Sebab dia takda pula menyatakan hasrat suka pada perempuan. Yang dia selalu cerita tentang ex husband dia yang katanya pemalas dan culas nafkah.

Saya juga ada pernah bercakap tentang ingin jodoh kan dia dengan lelaki lain then jawapan dia agak berminat untuk kenal lelaki. So saya assume dia straight tapi psycho.

And yang mana doakan saya baik-baik dan tidak trauma semua tu, terima kasih atas doa kalian. InsyaAllah saya tidak trauma. Tapi ada la sedikit trauma untuk berkawan dengan perempuan. Sekadar kawan biasa sahaja. Sebab saya ni perwatakan tegas dan kasar. Tapi bukan macam lelaki.

So untuk avoid terkena benda sama jadi agak risau sedikit. Saya anggap benda ni pengalaman berdepan dengan manusia yang pelbagai perangai.

Lecturer tu i tak tahu nak ulas macam mana. Dia baik dari segi mengajar, belanja makan semua tu. Cuma dia kurang kasih sayang suami la mungkin. Itu yang aneh semacam tu.

Ada yang cakap dia songsang, i tak sure sebenarnya sebab saya ada google tentang perempuan attract perempuan tapi still lagi saya confused.

Saya ni kadang- kadang terfikir aku baik sangat ke dia jahat sangat. Tapi ada sisi dia memang sangat membantu saya terutama dalam pelajaran. Dia ajar saya dari A sampai Z.

Saya rapat dengan dia bukan tiket untuk dapat tips bocor. Dia sangat tegas. Sedikit tiada tips yang diberi. Puas sudah aku minta, macam-macam gaya memujuk last skali lain pergi nya hahaha.

Saya kesian sebenarnya dengan dia. Ada juga saya suggest dia jumpa doktor dan rawat mental dia tapi rasanya aku sekali pun perlu pergi jumpa doktor gamaknya.

Sebelum saya lost contact dengan dia, saya pergi minta maaf dan minta halal ilmu dan nasi yang dia belanja. Dia diam je, saya tak tahu apa jawapan nya. Yang saya tahu muka dia macam nak tampar muka saya je.

Dalam renungan mata dia tepat ke mata saya waktu tu, dia senyap je tak balas sepatah sampailah saya keluar dari bilik office dia. Very complicated untuk explain.

Saya harap adik-adik sedang belajar baik lelaki atau perempuan hati-hati. Jangan jadi macam saya, blur memanjang sampai kemuncak baru nampak apa niat orang yang sebenarnya.

Kalau nampak orang baik semacam dengan kita tu cepat-cepat tampo pipi. Jangan mudah tergoda dan terpedaya dengan tipu daya manusia. Assalamualaikum.

– Kerusi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *