Perangai Lesser Muslim

Lately ni masa aku kat ofis, ada dua tiga benda kelakar pulak dah berlaku.

1. Orang department lain rupanya dok ambik stock pantry kitorang. Kabinet ‘pantry’ tu kat depan workstation bebudak department aku kot. Patutlah aku kerap jumpa plastik biskut ditinggalkan je dalam cabinet. Dok bising dengan staff sendiri, pada hal staff orang lain yang ambik. Dah, terus kunci cabinet tu.

2. Pakaian suci tapi hati dia tak suci.

Motif ni sebenarnya nak bercerita yang perkara yang kedua tu.

Sebelum ni aku memang neutral pandangan terhadap orang. Semua orang ada diorang punya good days and bad days. So give and take, interaction sesama kita mungkin good response or bad response.

Aku pun ada gak buat perangai response cam hanat kat orang lain dalam sedar atau tak sedar kot. Bagi aku, kerja is kerja la. Don’t take it personal. Tapi orang lain-lain jenis kan?

Pada aku, apa kau ada dan apa kau pakai, itu pilihan sendiri mengikut suka dan kemampuan diri sendiri. You being religious pun, is your personal choice. Betul kan? Sendiri yang manage benda-benda tu. Dan aku tak nak samakan sebab dia seketul, dia nak sama meratakan semua orang ni macam dia.

Sebagai pekerja yang bertanggungjawab, bagi aku, adalah basic untuk buat perkara-perkara ni tanpa disuruh:

1. Pick up staff lain punya unanswered calls.

2. Tolong ambilkan pesanan dan tolong sampaikan pesanan tu.

3. Bantu outside calls dapat ke tuannya.

Sebab, benda-benda ni la yang akan buat pelanggan rasa selesa nak call kita. Macam kita jugak. Call la kompeni A seharian. Kita dah naik hantu, main tekan je option department, no extension semua pun tak de orang jawab bila pada hal, boleh je member sebelah meja tu jawabkan kata orang tu MC ke, cuti ke apa. Tak payah nak buang masa sesiapa. Ko pun nanti takde sakit telinga dengar talipon berbunyi tak berenti kan?

Tapi rupanya Anis berkira. Mampus dia takkan angkat call orang lain. Internal ke, external ke, mampus la takkan dijawab. Jadinya mampus dia takkan buat kerja lebih dari apa yang dia rela.

Dia akan pilih task dan refuse nak buat kerja seperti mencari info, walaupun perkara tu mintak laporan kewangan syarikat sendiri dari Finance ni untuk complete sesuatu submission. Internal kot tu, bukannya mintak kau pergi MOF. Siap tanya pukul berapa dia boleh terima input tu. Itu kan sebahagian dari tugas Anis, tapi mengapa kau berkira?

Bila Anis kena ajar sesuatu, dia merentan. Dia akan memberikan ayat-ayat yang macam dah tak sabar nak let go tasks tu. Nak let go sambil cuci tangan laju-laju. Tapi tahap laju dia adalah orang yang dah buat kerja tu bertahun-tahun vs orang lain yang zero knowledge langsung.

Jadi bila orang refer kepada dia tentang proses, jawabnya (herdik balik tau sebenarnya), “Buat je la macam yang dah diajar,” letak phone. Point ni, malas aku nak explain sebab aku rasa benda ni common sense. Orang lain tak boleh ajar selain dari kau, Anis. Dan selagi kau tak ajar dengan betul, orang tu tetap akan kembali refer kepada kau. Kau tolak la cemana pun. Janganlah kedekut ilmu.

Ketika ada sesuatu majlis/acara, macam tak pernah dibelanja makan. Hadap sangat. Aku sebenarnya tak tahu dimana keperluannya untuk rasa diterima masyarakat dengan dibelanjakan oleh masyarakat itu. Korang paham tak? Macam takde harga diri. Macam orang kena bertanggungjawab bagi dia gembira dan rasa diperlukan. Contoh, ada kerja tender tak selesai tapi pergi ikut majlis keagamaan anjuran ofis sebab it’s more religious. Tak paham priority tu kat mana.

Kompeni cover sikit perbelanjaan makan kat kantin. Selagi boleh Anis akan kumpul kad staff lain untuk tampung makan dia. Staff lain tak kisah, janji amount tu digunakanlah. Tapi rupanya Anis turut guna amount tu untuk tampung order lauk-pauk untuk bawak balik sebagai makanan malam keluarga. Rasanya macam itu bukan ke lebih dari apa yang kau mintak? Menghalalkan kecurian sesuatu ke tak macam ni?

Kalau ada meeting, order makan pun terlebih sikit. Sebab nanti boleh tumpang makan sekali walaupun tak join pun meeting tu. Kalau tidak pun, reki order meeting jabatan lain sambil nak rasa-rasa sekali pada hal itu bukan hak kau pun.

Lepas tu Anis dijentik Tuhan. Ada perubahan dalaman kat ofis. Maka semua orang salah, semua orang mempermainkan perasaan dia, semua orang lain bermasalah. Macam tu. Barulah ketika itu aku betul-betul nampak.

Belakang-belakang berdesup-desup jarum mencucuk, pelekehkan orang dan kemudian duduk tepi nak jadi penonton. Nak tengok apa jadi, bincang komentari macam pengacara program bola sepak. Menipu information, tukar statement – jahat. Bagi aku, ni geng makcik onion yang tahap paling low class. Kenapa kena menipu, kenapa kena jadi saksi palsu, kenapa perlu fitnah orang lain?

Aku tak tau… Aku tak hadir dalam keluarga yang ada religious background. Aku pasti yang tak semua keluarga yang religious akan ada hasil macam Anis. Holier than thou. Aku tak paham sebab aku tidak dibesarkan dalam environment lidah bercabang, sombong, ego, kedekut, batu api, mencuri, menyusahkan orang. Sangat membuatkan aku tertanya apa perbezaan ni sebab moderate Muslim vs more Muslim tapi more Muslim is lesser Muslim. Korang paham tak maksud aku?

Aku luahkan ni pun sebab aku kecewa sangat dengan jenis-jenis Anis yang toksik ni. Ya, aku guna nama Anis sebagai reference je. Jangan salahkan pulak Anis lain yang kau kenal. Kesian sebab mereka tak berdosa, setakat aku pinjam nama je.

Macam ni je lah. Kita hidup jangan aniaya orang. Bila kita susahkan orang, sulit rezeki kita. Bila ikhlas kita bantu orang, mudah jalan kita. Buat apa la nak hidup selfish, pentingkan diri sendiri, sentiasa tak puas hati dengan orang, rasa tinggi diri. Sampai bila pun diri kau tu takkan settle. Tu antara sebab mengapa rezeki kau mahal seperti kau tak berjumpa jodoh lagi, stuck ditakuk yang sama lagi, kereta asik rosak ke apa lain macam tu.

Dah tak tau dah apa nak cakap. Cukuplah kau rasa tak puashati dalam diri kau, tak perlulah kau hasut orang lain. Sebab kalaupun kau pakai batu-batu simen litup diri kau tu pun masih tak terlindung isi hati kau yang hitam. Sesungguhnya kau kena review submission kau sebagai seorang Muslim tu semula. Because nobody is ever better than anyone else.

– Lewlian (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *