Assalamualaikum Semua.Terima Kasih saya ucapakan kepada admin sekiranya cerita saya ini dapat disiarkan.
Sedikit pengenalan diri.Nama saya Hazel, berumur 31 tahun dan bekerja di syarikat swasta.
Saya ingin memulakan dengan cerita Majikan saya dahulu ya.Saya telah bekerja dengan majikan saya selama 7 tahun dan sedikit pengenalan mengenai syarikat tempat bekerja saya ini.Kami mempunyai 1 Big Bos, 2 Assistants Bos dan 3 Staff.
Masalah timbul bila Big Bos suka buat kerja last minute dan selalu menyalahkan pekerjanya tidak bekerjasama bila tugasan yang diberikan gagal disempurnakan dengan baik.Selain suka menyalahkan pekerja persekitaran office yang sangat tidak teratur (walaupun sudah dikemas berkali-kali)menjadi punca file-file penting selalu sukar dicari. Selain itu, isteri Big Bos kami juga sangat suka menghantar anak-anaknya datang ke office untuk dituitionkan secara free oleh staff – menjadi serba salah sekiranya tidak mengajar tetapi keadaan ini sangat membuat staff yang mengajar menjadi tertekan.Mana lagi kerja berlambak / keadaan bising seperti taska.
Kedua-dua Assistan bos juga tidak memainkan peranan dalam menjalankan kerja dengan baik.Kedua-duanya suka menolak kerja kerja antara satu sama lain dan menjadi sasaran adalah staff (Additional work for the staff). Kudrat 4 kerat staff diguna pakai sehabis baik dan akhirnya yang mendapat imbuhan adalah kedua Assistant bos. Staff yang bertungkus lumus hanya tersenyum tawar dan makan hati.
Itu cerita mengenai Big Bos.
Seterusnya mengenai 3 staff (termasuk saya sendiri) Senior staff telah bekerja dengan company lebih dari 15 tahun, saya 7 tahun dan yang satu lagi 4 tahun. Walaupun pekerja ada 3 orang namun yang berfungsi hanya 2 orang.
Masalah Senior Staff pula mengalahkan Big Bos.Hari-hari datang lewat (Masa bekerja 8am hingga 5pm) Dia datang jam 10.00am – 10.30am HARI-HARI.Sampai office terus buka facebook/youtube/layan cerpen dan main handphone (Yang ini lebih dahsyat sebab handphone addicted) walaupun Bos berada dalam office senior staff ini tetap tidak peduli.Kerja tidak mahu buat/even telefon bunyi pun tidak mau membantu jawab panggilan walaupun terang-terang nampak rakan sekerja sedang sibuk dan jauh daripada telefon. tapi tengah bulan boleh pula advance mengalahkan orang terima gaji 1 bulan. Yang peliknya Bos kami tidak pernah mahu menegur sikap staff yang seorang ini.Kerja bertimbun diberikan kepada 2 staff sahaja.Yang seorang lagi tu cuma diberi kerja yang simple dan kadang-kadang tidak diberikan kerja langsung.
Saya selaku pekerja yang telah 7 tahun berkhidmat pernah berbincang dengan Bos kami mengenai sikap senior kami yang tidak mahu menghulurkan bantuan semasa kerja berlambak.Tetapi jawapan yang sangat tidak relevan bagi pihak saya yang bertanya “Saya (Bos) sengaja tidak memberi kerja kepada dia supaya dia sedar yang segala kerja telah dihandover kepada 2 staff” (Standard majikan tidak mau membayar pampasan sekiranya memberhentikan staff) tetapi Senior Staff ini lebih keras hati, dia sedar Bos sudah memberi hint dengan tidak memberi sebarang kerja dia masih tetap dengan pendirian dia untuk bekerja (sambil lewa) Senior staff ini juga berkata dia lagi laa suka sekiranya Bos tidak memberi dia sebarang kerja agar “LEISURE” time dia tidak terganggu.
Saya dan staff yang seorang lagi sangat tertekan dengan persekitaran office.Namun terpaksa bertahan kerana dengan ekonomi / komitment peribadi dan keluarga sangat tidak mengizinkan kami untuk sesuka hati berhenti kerja. Tetapi sentiasa makan hati dengan perangai Bos/Assistant Bos & Senior Staff.
Apakah pandangan/cadangan & nasihat pembaca mengenai permasalahan sebegini?
Terima Kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca.Maaf huraian ayat tidak kemas.
-Hazel-
– Hazel
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit