Salam admin. Terima kasih sebab siarkan confession saya.
Intro: perempuan. Berkerjaya. Berkeluarga. Bengang.
Saya bekerja dengan sebuah syarikat swasta. Maka perlulah ada mesyuarat sana sini untuk uruskan projek merata.
Cakap macam besar sangat bisnesnye. Bukan nak crita pasal bisnes. Pasal perangai orang yang aku jumpa dalam pada berbisnes dan bermeeting ni.
1-lewat hadir mesyuarat
Kalau ye berpangkat pon. Ingat orang lain tak ada kerja yang nak kena siapkan ke?
Lagi sadis kalau yang berpangkat tak seberapa pun buat perangai ni.
2-kerja sambil lewa
Adui la…..
Memang gaji kau jalan. Gaji orang lain jalan jugak. Tapi kenapa tenaga tak nak sumbang? Orang lain kena cover bahagian kau sebab buat kerja lewat dan tak berapa nak senonoh. Kerja ramai2 buat boleh siap cepat. Dengan syarat orang camni masuk group lain.
3-dalam meeting paling bising tapi habuk pun tiada
4-dalam meeting paling senyap. Pun turut berhabuk juga.
Korang fikirkan lah sebab point yang dua tu macam adik beradik tiri.
5-suka pass kerja pada orang lain
6-suka menyibuk nak buat kerja orang lain
Dua point yang ni pon comel2 belaka. Kerja sendiri tak siap nak sibuk2 part team lain.
7-orang yang teguran dah diberi tapi masih tidak perasan perlukan pembetulan diri.
8-orang yang tahu perlu perbaiki diri. Tapi pilih untuk tangguh perubahan. Yang ni memang kadang2 paling win. Malah caro sek2 ni.
9-yang pilih untuk luahkan kat iium confession
Saya tahu saya pun mungkin ada perangai macam ni kadang2. Tapi kalau kita semua sedar yang benda2 macam ni boleh elak untuk melancarkan projek. Sekaligus melancarkan kehidupan serta kurangkan stress kawan2 sekerja.
Sama2 insaf plis……
Terima kasih sudi baca.
-tipah-
– Tipah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit