hai..ada baca pasal confession yang serik nak ambik pekerja melayu tu..nak share jugak cerita kat tempat kerja aku ni..btw aku pon melayu..
aku kerja dekat HQ company yg agak besar la..cawangan satu malaysia ada.. lebih 22 cawangan..mula aku interview dekat anak syarikat.. tapi boss tengok ada diploma dia tukar pegi hq.. masa interview boss pesan..bukak 9.30 tapi kena datang awal pukul 9..rehat pukul 1..balik 6.30.. company aku ni chinese punya..tapi boss tersangat lah baik..selalu jaga kebajikan pekerja..dengar staff batuk ke selesema ke demam ke dia yg belikan ubat..low profile boss ni..sangat low profile..
bermula lah episod aku kerja..baru masuk kenal2 dgn staff lama..ada 4 staff melayu masuk sy 5..yang lain semua chinese (tak campur budak stor)..pelan2 sambil belajar hal kerja belajar jugak perangai2 staff ni semua..mula la dengar cerita tu cerita ni.. orang tu mcm ni org ni mcmtu..ada seorg kakak melayu ni cerita supervisor biased lebihkan chinese..kalau melayu ada je tak kena..lepastu suka marah melayu je..budak baru kan..aku iyakan lah..tapi dah nak dekat setahun kerja ni.. aku perhati je perangai sorang2..kenapa bos dan supervisor biased:
1. sebab bos baik..kau masuk sukahati kadang lambat kadang awal..balik awal..
kalau balik lambat tapi kira ot..sepatutnya balik lambat tu kira kau cover balik yang masuk lambat tu..bos tegur okay sekali dua lepas tu buat balik..sampai bos malas tegur..maybe sebab kau dah keja belas tahun bos pejam mata sebelah lah..
2. solat berlebih lebihan masa..haa faham ke..sepatutnya boleh je solat 5-15 minit.. tapi sejam kot kau solat.. sebab apa.. makeup tebal 10 inci..solat kejap je..nak make up balik tu yg berejam.. bos nampak sorang kakak ni tengah makeup dia tegur..sudah satu jam oo..akak tu senyum..tapi selepasnya dia up post dekat fb cakap tak suka kalau orang persoal pasal solat ni..what!! bos tegur kau makeup lama lah bukan pasal solat lama..
3. lupa diri..ini cerita dari side supervisor aku..supervisor aku chinese guy yang dah keja dekat company ni dari zaman kanak2 dia sampai sekarang dah berpuluh tahun..ada sorang akak ni lupa diri..dulu hidup susah sampai nak bankrup apa semua..bos tolong dia..kira dia pinjam duit dengan bos la..masa tu kerja rajin je..cuti weekend public semua sanggup tak ambik..orang cuti dia kerja..sekarang dah senang..hutang pon dah langsai..kerja sekejap cuti sekejap mc..yg paling banyak mc la..
lepas tu ada la staff lain cerita lagi.. yang supervisor ni memg sangat pilih kasih..dengan chinese je okay..kalau melayu duduk main fon dia tengking..kalau chinese dia bt x tahu je.. aku cakap dekat akak tu..aku tengok okay je dia..setakat ni tak pernah lagi aku kena marah. akak tu cakap tunggu la nanti.. okay aku tunggu..actually aku ngam la jugak dgn supervisor ni.. sebabnya aku sorang je bawah dia.. staff lain semua direct bawah boss.. aku jenis dia suruh buat apa aku buat..datang keja awal. balik sharp.. mc tak pernah lagi.. cuti jarang2 sekali.. lagi satu aku jenis kalau xda kerja aku gi tolong menolong abang2 stor tu..okay masuk bakul jap..haha..
bab chinese tak kena marah..sebenarnya tak juga. aku selalu je sembang dgn supervisor aku..selalu dia cerita perangai staff.. bukan dia tak marah. tapi sama macam staff melayu la dah marah buat tak peduli.. pasal cleaner pon ada.. cleaner masuk keja buat keja mop sikit sapu sampah sikit time solat zohor dia tibai megheluh dalam surau.. nak dekat 5 bangun konon penat keja punch card balik.. hari2 kot.. dia cakap dia tahu je.. tapi sebab bos buat tak tahu.
dan lagi akak2 ni selalu cakap bos suka lebihkan supervisor dengar je cakap supervisor. walaupon aku baru keja. tapi rasanya aku boleh pickup kenapa bos mcm tu. supervisor tu keja dari zaman dia budak2 kot. dari zaman bos company kecik tak berapa maju sampai sekarang dah senang dah ada cawangan merata. susah senang dengan bos. mcm mana aku tau..kan dah cakap aku rajin bersembang dgn dia. dia ckap dulu masa mula2 nak naik bos sendiri pernah jadi driver hantar barang dekat orang. so tak patut kot akak2 ni pertikai kenapa bos dengar cakap supervisor.
actually keja mana2 pon sama je. tapi based on aku punya experience dari keja2 sebelum ni dan keja sekarang melayu memang suka buat taik. dulu aku keja hotel senior melayu buli aku. dia buat semua boleh adik2 bawah tak boleh. senior india aku elok je perangai. bukan nak racist atau judgemental tapi kebanyakkannya gitu. kalau dapat staff melayu yang bagus memang sesetengah company takkan lepaskan diorang. kalau jenis perangai hantu memang kelaut jelah kau. kau keja sedar diri la kau tu dibayar gaji. jangan nak komplen lelebih sangat. tapi kalau kau keja bagus tapi still dapat bos perangai lahanat kau kirim salam jelah kat company tu.. mohon cari kerja baru.. okay dah sampai sini je.. supervisor aku memerhati je dari tadi. nasib takda customer sebab hujan lebat.. adios
– ano
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit