Assalamualaikum. Masa aku taip confession ni, aku tengah marah campur bengang. So mintak maaf la kalau ada yang rasa bahasa aku ni kasar. Harap admin approve la, biar rakyat malaysia ni ada kesedaran bila baca confession aku ni.
Aku paling pantang, bila jumpa jenis manusia yang bawak kereta macam orang gila. Kau tahu tak kau tu menyusahkan aku? Membahayakan orang sekeliling kau waktu tu? Tadi aku otw balik rumah dari kelas. Jalan nak balik rumah aku tu, kawasannya berbukit bukau, ladang sawit, dan jalan dia macam ular kena palu dan stoned. Dan disitu double line ye semua. Maksudnya apa? Ye betul, dilarang memotong. Tapi nak jadikn cerita,aku dah nak sampai ke punghujung jalan yang macam ular kena palu tu dimana, dari satu line menjdi dua line. Okey aku terus la rapat kanan, sebab dalam 50meter ade simpang tiga dan aku nak masuk la simpang tu. Tak semena-2, ada la satu kereta ni, dia punya gelojoh nak tercirit kot, pegi potong aku dua line ke kanan. Kau tahu maksudnya? Die potong aku, dan masuk line paling kiri jalan, dimana kereta dari arah bertentangan datang. Aku terkejut panda weh. Aku dah bisa kene potong, tapi ini gila! Macam mana kalau masa tu tetiba ada lori keluar, langgar kau? Tak ke aku yang trauma sebab jadi depan aku. At the end, kereta tu pun masuk simpang yang sama aku nak masuk. Fish!
Yang ke dua, ni dah banyak kali jdi dekat aku. Aku naik highway, aku bahagia duduk lorong tengah. Speed aku dalam 90km/h. Bagi aku laju dah tu. Tak semena mena, datang la satu kereta toyota alphard, dok bagi beam dekat aku. Kau nak memotong, pegi la kanan pandai. Kau bagi beam kat aku, kau ingat aku nak berganjak ke? Lagi slow aku bawak. Lepas tu pandai lak potong, tapi lane kiri. Hahahahha. Lepas tu aku cuba la nk usha driver tu, halamaaak. Pandang gua tak puas hati la beb. apa-2 pun padan muka. Kalau kau emergency, duduk lane kanan la saudara saudari cikebom cikebom. Lane Situ kau nak bagi beam tak da orang nak marah sangat. Kecuali orang tu tercabar, ha dia marah lah.
Yang ni salah satu pantang aku. Aku pantang bila aku tengah cari parking, nak cepat pulak tu, lepas tu jumpa manusia, parking depan parking lot kosong. Korang faham tak perasaan tu? Apa masalah kau kak? Berdosa ke kalau kau masuk je dalam kotak parking tu? Ha? Kalau buat macam tu, lepas tu ada orang tunggu dalam kereta tak pe. Ini dia tinggal, pegi kedai makan, masuk kedai runcit. Aku sakit jiwa weh. Boleh gila tahu tak psal paking ni. Satu lagi hal, yang paking macam orang tak de pedoman. Kotak paking tu dah elok-2 diorang lukis, ruang dia, nak paking lori pun lepas. Tapi kenapa kau yang bawak axia, pegi paking atas line diantara dua kotak paking tu ha genius? Lagi sakit hati, ada seketul manusia yakni driver, tengah tunggu dalam kereta tu. Main fone. Tolong la betulkan parking tu.
Tolong la jangan buat aku gila hanya kerana paking. Nak menangis weh jumpa umat macam ni. Ada la sekali dua aku turun kereta pegi ketuk tigkap cermin spesis macam ni, suruh betulkan paking. Yang pasti muka kena banyak sinyum. Dalam hati allah je tahu. Rase nak seret je muka dia dekat paking box tu. This happened almost everyday. Aku pernah menangis tau sebab hari tu, aku nampak tiga kereta bodoh paking amek 2 spce prking sekali which is equal to 6 parking lor! End up aku terpaksa park jauh dari ofis, dan jalan kaki. Dah la lambat masa tu. Nasib baik bos tk masuk lagi.
Ni last, aku ni bawak kereta keluaran malaysia je. So one day tu, aku otw balik kelas, baru habis exam. Aku duduk lane kiri. Then sebelah aku kereta audi. Dekat jalan aku lalu tu, ada satu tempt, memang kona baring lutut cecah jalan. Memandangkan aku dah biasa lalu situ, so aku bleh la maintain speed aku dan control stereng, dah dalam masa yang sama aku mendahului audi tu. Tiba tiba, audi tu pecut potong aku.leps tu masuk depan kereta aku, dan slow done. Motif? Tercabar ke bang kelisa potong audi? Hahahha.
Tapi kan, aku selalu perasan, macam mana angkuhnya kereta2 seperti (some of them only, bukan semua ya) honda, lancer, satria neo, audi, merc etc, yang jenis enjin pompang meletop2, yang ade vitec la mivec la ape la, potong kereta lain dan main cilok2 Membahayakan orang tahu tak? Da la tukar lane tiba tiba. Signal tak bagi. Memotong belah kiri. Kereta tu, kalau hutang lagi, tak payah berlagak kebal sangat k. Sekali allah tarik nikmat kereta selesa tu, nangis la bang. Mostly aku tengok perangai macam ni, yang umur dalam libgkungan 20 ke atas. Teruja kan, excited. Bawak kete power, ade NOS, tounge ear semu. Aku la sepanjang 4 tahun lebih dapat lesen P, baru 2-3 kali je aku hon orang. Maaf la kalau ada brader dan kakder yang bawak kereta yang aku mention kat atas tu, tetiba butthurt . Ape yang aku tulis dekat atas tu, merujuk kepada driver yang berperangai seperti itu sahaja. So klau korang terasa, mohon beringat la sebelum kena. Sebab ayah aku pun bawak merc & aplhard, tapi bertimbang rasa bila di jalan raya. Sekian.
– Aku bengang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit