Perangai Penghutang

Assalamualaikum, kenalkan saya Ara, pembaca tegar IIUM Confession. Harini aku rasa geram jadi aku nak share sikit pasal pengalaman aku berhadapan dengan perangai penghutang ni.

Pertama sekali, aku ni tak pandang serong tau bab meminjam duit ni, sebab ada orang diuji dengan kecemasan dan mungkin benar-benar memerlukan mereka meminjam wang dengan orang lain.siapa kita nak judge kan.

Cuma aku naik geram dengan perangai penghutang yang aku gelarkan sebagai penghutang tak beretika, tak bertanggungjawab.

Aku pernah bagi pinjam duit jugala dengan beberapa orang. Tapi setakat ni semua perangai hampeh. Jadi aku sekarang lebih alert dan tak mudah percaya dengan so called ‘kecemasan’ yang dijajah oleh penghutang.

Penghutang pertama aku, aku jumpa masa mula-mula aku menginjak ke alam pekerjaan. Gaji masa tu gaji minimun saja RM990. Lepas tambah sikit elaun, ada la dalam RM1100. hidup pula di tengah bandar. Jadi boleh agak la berapa sangat yang tinggal kan.

Masa tu ada la kawan ni, memang kenal dekat situ dan agak rapat sebab memang terkurung dalam bilik pejabat dengan dia saja.

Aku ni hanya admin biasa, dia pula acting manager masa tu. Umur kami beza setahun saja sebab dia memanh dah lama kerja dekat situ, aku pula masuk lepas habis ijazah. Jadi kira gajinya lebih dari aku banyak jugalah.

Macamana aku boleh percaya dengan dia ni, sebab ada satu hari tu kami tersentuh bab hutang dan dia cakap dekat aku,

“Aku ni sejenis manusia yang takkan tenang selagi berhutang, aku memang kalau boleh setel hutang cepat”. So aku pegang kata2 dia tu semasa bagi pinjam RM500 dari duit simpanan kecemasan aku.

(jika dikira dari peratusan gaji aku waktu tu jumlah ni sangat banyak) masa tu dia dinaikkan pangkat jadi manager ke branch lain dan perlu bayar deposit rumah sewa. Aku pun bagilah pinjam dengan ikhlas dan penuh kepercayaan dia akan bayar tanpa dikejar.

Beberapa bulan lepas tu, dia masih senyap sedangkan masa meminjam tu dah berjanji manis konon bulan depannya dia pasti bayar.

Tak lama lepas tu, aku berhenti kerja dekat company tu sebab dah dapat posting dalam jurusan aku. Dapat posting jauh dari kampung dan memerlukan perbelanjaan deposit rumah dan lain2 perbelanjaan, sementara menunggu gaji pertama.

Gaji pertama ni biasanya akan tertunggak 2 ke 3 bulan sebab bahagian urusan gaji nak setel dulu macam2 urusan. Dengan struggle nak terus hidup sepanjang 2 bulan tanpa gaji tu, aku masih tak tuntut hutang sebab aku rasa masih boleh bertahan dengan simpanan sebelum tu.

Tapi kesenyapanku tak bertahan bila aku terlihat postingnya di medsos yang siap melaram ke saloon dengan caption ‘belanja diri dan my mom dulu’ lepastu diorg siap checkin hotel mandi pool posing2 gitu.

Masatu aku fikir satu saja, kenapa nak segan tuntut hutang kalau penghutang pun tak malu hutang tak berbayar tapi bergaya bukan main kan.

So aku tak tunggu, aku tagih dengan gigih. Susah juga nak menagih, padahal aku tolong dia dulu masa dia sempit. Bila giliran aku sempit dan betul2 perlukan duit, payah eh nak bayar balik.

Tapi Alhamdulilah lepas 2 bulan proses penagihan, berjaya juga aku dapat balik duit aku. Hahaha

Penghutang yang kedua ni kira teman rapat aka bff la. Yang ni susah sikit sebab kami ada emotional attachment lebih sikit la kan. Bff aku ni suri rumah with degree ye. Suaminya pegawai kerajaan.

Mula2 dia nak meminjam tu alasannya sebab online banking suaminya ada problem, so tak dapat transfer duit ke account yang dia nak guna buat payment barang yang dia dah booked.

So aku pun kesian la kan. Aku transfer la. tak banyak pun, dalam RM150 masa tu. Masa ni aku yakin la sebab yelah, bff kot. Dan ya, sangkaanku tepat. Dia memang bayar tepat2 seperti dijanjikan.

Bunyi dah menyenangkan sikit kan. Tapi itu titik permulaan aku jadi kaunter pinjaman wang SETIAP bulan dengan alasan ‘kecemasan’ yang berbeza2.

Aku sebenarnya tak kisah, biarpun suami aku dah start bising2 sebab dia cakap orang macam ni problem solving tarak. Nak senang saja.

Pinjam. Padahal ada banyak cara lain yang masih boleh dibuat selain dari meminjam. Tapi prinsip aku, selagi dia bayar on time dan tak culas, aku anggap saja la aku tolong senangkan urusan dia. Tak penat pun klik2 online banking tu, duit tetap dibayar semula. So no problem.

Tapi lepas beberapa bulan (dalam 5 ke 6 kali pinjam) dia mula tak bayar, tapi nak tambah hutang. Aku pun mula la tak sedap kan, sebab duit yang aku advance bagi pinjam ke dia tu, duit peruntukan shopping aku. Huhu.

Jadi tunggu dia bayar balik baru aku boleh la shopping barang yang aku dah usha2 sepanjang bulan sementara menunggu gaji.

Niat aku, mudahkan la dulu orang yang tengah kecemasan kan. Aku ni tak mati pun tangguh beli barang2 yang kurang penting.

Tapi bila dia tak bayar berbulan2, hmm murung juga la, tambah2 bila tengok dia selalu share tengah guna produk2 mahal yang aku sendiri yang bekerja ni pun berfikir 10x nak beli. Buat birthday anak dia pun mewah2 gitchuu.

So aku nekad dah tak nak bagi pinjam selagi hutang tertunggak tak bayar. Tapi ada sekali tu dia mintak RM100, nanti dia bayar sekali dengan yang tertunggak. Aku memang tak nak dah la.

Fikirkan hutang tertunggak tu berat juga dia nak bayar sekaligus berbekalkan income suami dia tiap bulan. Aku cakap takde duit lebihan bulan tu.

Pastu selang sepuluh minit dia mesej tanya. RM30 ade tak? Hmm. Simpati lagi. Sound sangat desperate kan. So aku pun bagi la. Kot2 betul2 kecemasan. Later aku dapat tahu dia desperate sangat tu sebab mak kutu dah tagih bayaran bulanan kutu yang dia join.

Dia join banyak group kutu sekaligus, so hujung2 bulan sama juga la komitmen tinggi. Tujuan kutu ni sebab tak nak bayar sekaligus jumlah yang banyak untuk beli sesuatu tu, tapi kalau join kutu pun ada 4 5 sebulan? Hmm.

Start dekat sini aku dah sakit hati. Sedangkan aku nak beli barang kategori kehendak, aku allocate certain amount untuk sebulan.

Kalau barang kehendak tu melebihi nilai yang aku allocate tu, aku tangguh la tunggu peruntukan next month sampai cukup. Tapi dia pula siap beli girdle dan pants harga kayangan tu.

Hmm. Jadi kiranya smpai hari ni, banyak jugala dia tertunggak, tapi ni dah bulan keempat dia diam tanpa berita. Hahaha. Tapi aku jujur ok saja, dah ready nak halalkan pun. Tapi tula, kepercayaan aku dah dirobek. Takdak dah bagi lepas ni.

Ni pulak kawan aku yang ketiga. Dia dah ada pinjam dengan aku dalam 2k gitu. (sebelum kejadian bff aku meminjam).

Tapi masa tu dia memang kecemasan la, dia eksiden langgar kereta mewah, so aku bagi la pinjam sebab aku rasa aku ada kapasiti untuk membantu di situ, so why not. Pastu tak pernah usik lagi hutang tu, tiba2 mesej cakap dia nak kawen, tapi kewangan tak mengizinkan.

Kalau tunggu sampai kewangan stabil, sampai ke sudah tak kawen, katanya lah. Jadi dia nak minta pinjam lagi 3k. Tapi tengok2 dia post dekat medsos dia, siap dinner dengan gf dia dekat kapal cruise tu. Aku pun x pernah lagi pergi. Huhu

Yang ni memang aku tak bagi la. Cuma aku cakap la baik2 yang aku nak reserve duit untuk kecemasan. Tiba2 pulak aku terpalit dalam urusan jodoh dia. Adoila. Malas la nak cakap lebih.

Yang ni baru versi aku hadap, banyak lagi kisah penghutang yang menggeramkan dan agak lucu dari orang-orang terdekat aku. Tapi kang jadi novel pulak.

Aku tak tahu pengalaman orang lain dengan penghutang macamana, tapi bagi aku orang yang suka meminjam2 ni atas alasan ‘kecemasan’ kena tengok betul2 sebelum bagi.

Selalunya bukan betul kecemasan pun. Tapi dah jadi habit bagi certain orang. Bak kata suami aku, malas nak fikir problem solving lain. Pinjam saja senang. Soal bayar balik, ada rezeki bayar la.

Aku bukan nak menidakkan rezeki, tapi kalau kau ni golongan makan gaji, sepatutnya lagi mudah kau nak tetapkan limit spending kau. Sebab yela, tiap bulan tambah tolak duit yang masuk sama saja.

Jadi spending tu agak2 la. Ni tak, spending tak plan elok2.macamla next month tiba2 gaji kau lebih seribu dua kan. Rezeki tak disangka2 memang ada kalau Allah nak bagi. Tapi takkan tiap2 bulan berharap ada rezeki tak disangka2 kan.

Aku pun gaji bukanlah besar sangat. Tapi simpanan kecemasan ni memang aku jadikan simpanan wajib tanpa kompromi setiap bulan. Siapa tahu di masa hadapan kita diuji.

Maka sediakan payung sebelum hujan. Aku dah rasa dapat gaji minimum saja tiap bulan, tapi simpanan kecemasan tu tetap aku wajibkan tak kira la serendah rm20 pun.

Asal ada ikut kemampuan. Dan prinsip aku, kalau aku takdak cash di tangan, maksudnya aku belum mampu nak memiliki certain benda tu terutamanya barang-barang dalam kategori kehendak ni.

(Kereta dengan rumah tak termasuk yer. Aku pun golongan marhaen saja. Hihi) tapi kalau baju nak melaram ke emas ke.. skincare ke..apa2 la.

Memang aku guna prinsip tu.kalau betul2 nak guna, aku dah set berapa bulan reserve saving untuk membolehkan aku dapat beli barang tu CASH tepat pada bulan yang diperlukan.

Dah panjang sangat pulak. Tu jela perkongsian aku hari ini. Saja menulis sebab dah due date orang tu janji nak setel hutang.tapi senyap tanpa berita. Hehe. Ok bye. Asalamualaikum.

– Ara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *