Perangai Perempuan

Assalammualaikum dan salam Ramadhan.

Terima kasih admin sebab siarkan luahan aku. Tak banyak aku nak luahkan. Ini lebih kepada persoalan kenapa kau jadi begitu….

PEREMPUAN, AURAT & PERANGAI

#1
Kau pakai baju besar, kaki kau berstokin, tudung kau labuh, kau ajar agama di sekolah. Aurat kau tutup sempurna. Tapi kenapa kau suka pandang serong pada perempuan lain yang tak pakai baju macam kau? Kenapa mulut kau ringan nak hokum perempuan lain? Hanya kerana perempuan lain tu tak macam kau.
Kau tahu kau dah riak takbur dengan pakaian kau? Kau tahu pengakhiran kau macam mana? Kau tahu syurga mana kau akan masuk nanti? Kau tahu perempuan lain tu akhir dia macam mana? Kau nampak neraka mana dia akan masuk nanti?

Kenapa kau jadi begitu? Kau tak takut apa Allah akan buat kat kau nanti? Hanya asbab mulut kau.

#2
Kau dah kawin. Kau sayang suami kau. Kau sanjung ayah kau. Kau kongsi kebahagiaan rumahtangga dan keluarga kau kat laman sosial dengan cara berswafoto, bergambar sakan. Tapi kau tak jaga aurat kau. Kau pakai baju pendek atas punggung. Seluar ketat. Tudung singkat nampak dada. Kau bangga dengan #tilljannah. #sayasayangsuamisaya. #myfathermyhero.

Kenapa kau jadi begitu? Hidup kau jauh lagi. Jangan tanya kenapa Allah uji kau macam-macam kemudian hari. Kau yang tak jaga hubungan kau dengan Allah. Hanya sebab kau nak jaga penampilan kau untuk pandangan manusia. Tapi pandangan Allah, kau tolak tepi.

Bila kena tegur, kau marah. Kau masam muka. Kau rasa orang lain tak layak masuk campur urusan kau. Salah ke ajak kau masuk syurga sama-sama? Salah ke nak bagi kau gembirakan suami dan ayah kau? Salah ke nak minta kau tambah pahala dan jadikan asbab suami dan ayah kau masuk syurga?

#3
Kau dah kawin. Kau ada mentua. Kau ada ipar duai. Tapi kau tak hormat mereka. Kau layan mentua kau acuh tak acuh. Kau layan ipar duai kau lebih kurang. Kau kawal suami kau. Kau suruh suami kau ikut cakap kau. Kau lebihkan keluarga kau. Kau ada anak. Kau tak suka mentua kau mesra dengan anak-anak kau. Mentua kau kecewa. Kau tahu, tapi kau tak peduli.

Kau ada anak. Kau ingat anak kau tak buat kau macam mana kau buat kat mentua kau? Jangan suka sangat. Janji Allah itu pasti.

Jangan bimbang. Doa aku sentiasa laju untuk kau dan perempuan lain tu semua. Doa aku agar kau semua berubah. Berubah jadi lebih baik semestinya.

Semoga Ramadhan ini jadi pemudah cara untuk perubahan kau, aku dan semua.

– Katrina

– Katrina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit