Perangai Perempuan

Nak hantaran tinggi. Konon sebab hidup dengan mak ayah tak pernah susah. Konon sebab nak tengok effort lelaki nak halalkan hubungan. Tapi bila laki mintak korang pandai masak, kata laki demand. Korang tak nak pulak tunjuk effort.

Demand lelaki gaji 10k baru layak kahwin dengan korang. Konon sebab maintenance bulanan korang mahal. Padahal muka pun awam. Badan pun kepam. Anak tudung pun seminggu sekali baru basuh. Lalu tepi pun dah boleh bau tengik.

Nak practicing muslim sebagai partner. Tapi kau pakai tudung pun lilit leher, baju sendat. Mekap tebal, pakai perfume. Solat pun kelaut. Ingat boleh dapat ke lelaki soleh sebagai suami?

Stereotyping. Kau kahwin main sauk je musibat mana-mana yang kau jumpa. Lepastu meroyan laki tak bagi nafkah. Dah tau laki kaki lepak, hisap gam, hisap dadah, ketagih game pergi kahwin.

Lepastu tak reti merancang, beranak ramai-ramai lepas kena abai mula la LeLaKi sEmUaNya Ta gUneWww

Tak habis2 share “dalam Islam suami yang patut buat kerja rumah, tugas isteri hanya layan suami”

Dalam Islam isteri wajib taat semua perintah suami selagi tak bercanggah dengan syarak. Tapi kau main keluar je tanpa mintak izin suami. Bila gaduh kemain tinggi suara. Yang tu tak nak pulak ikut Islam.

Tabarruj. Bila keluar kemain mekap, pakai perfume. Konon untuk confidence. Eleh, padahal kau mekap untuk orang puji. Dekat rumah takde pulak kau mekap? Padahal untuk suami kau kat rumah tu la yang kau perlu berhias

Gedik tak bertempat. Dah ada laki, sibuk lagi dengan artis korea siap oppa oppa. Ada yang siap “my love” la apa la.Dosa kau tahu tak? Kalau laki kau buat macam tu mula kau cop lelaki miang.

Pelik aku. Demand macam2 benda tapi diri sendiri tak cermin. Aku perhati yang suka berperangai macam ni golongan IQ rendah je.

Golongan professional, yang jawatan tinggi, pendidikan tinggi (bukan setakat masuk u pointer bawah 3.0) ni relax je tak menggelabah.

Yang melebih-lebih ni selalu yang bila dekat u pointer cukup2 makan, yang repeat paper, yang dressup lawa tapi rumah sewa punya kotor macam celaka. Atau golongan yang dah kerja tapi kemaruk BNPL untuk nampak kaya. Haaa golongan2 ni la.

Bukak la mata. Daripada demand macam2 baik muhasabah diri tu dulu. Perbaiki diri dulu. Benda baik akan datang pada orang yang baik.

– Mat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Saya setuju luahan ni.
    Daripada sibuk demand bagai2 kt orang lain. Baiklah tgk diri sendiri dan usaha jd the best of the best.

    Org yg sibuk nak perbaiki diri takda masa tau nak demand2 dari org lain dan fikir petty issues.

  2. hidup ni pilihan, kalau itu pilihan diorang, awak pon tetap ada pilihan untuk tidak memperisterikan gadis2 yg awak condemn tu. amalkan satu konsep ni dalam hidup “we are not everyone’s cup of tea” & there’s nothing wrong with that. kalau org mcm tu bukan cup of tea awak, maybe diorg adalah cup of tea lelaki lain. jadi, jalan je terus. diorang nak sedar diri ke tak ke bukan urusan awak.
    & percaya je satu benda ni yg Allah dah janjikan, diri kita ni cerminan jodoh kita la nanti. kalau cfs orang yang baik2, insyaallah jodohnya baik2 jugak. You cant change people but you can choose how to live your life.
    jgn membenci sgt, takut yg kita benci tu la yg dapat nanti.

  3. Banyak masa Mat buat confession semata2 nak meluah kebencian ye Mat..Mat takde cermin ye Mat. Balik baiki diri sendirilah Mat mcm yg cakap. Walk the talk. Jgn tau gebang menyalak ajee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *