Perangai Puaka dan Kifarahnya

Salam, wahai pembaca semua. Nama aku Zakiah (bukan nama betul). Di sini ingin aku berkongsi al-kisah yang berlaku betul-betul di depan mata aku ketika aku masih bekerja di sebuah syarikat swasta beberapa tahun dulu.

Semoga boleh dijadikan iktibar dan pengajaran pada kita semua.

Pada tahun 2005, aku bekerja di sebuah syarikat ni yang mempunyai lebih kurang 40 lebih tenaga kerja yang kebanyakannya berkemahiran didalam bidang komputer seperti programmer, pereka grafik, fotografi, videografi, penulisan dan sebagainya.

Aku bekerja di syarikat itu selama lima tahun. Dari tahun pertama ke tahun ketiga, aku cukup seronok bekerja di sana disebabkan jenis kerja yang aku memang suka dan rakan-rakan sepejabat yang memang baik dan happy-go-lucky,

Dan tak kurang juga segelintir yang suka bergosip dan berperangai agak toksik. Tapi, aku anggap itu normal lah. Boleh dikatakan hampir semua syarikat ada pekerja sebegitu.

Ada masanya kami ketawa bersama, bergurau dan ada masanya juga bergaduh, masam muka…lepas tu, berbaik semula. Serupa macam adik-beradik dalam keluarga yang besar.

Walaupun kami ramainya muda-muda dan perangai agak gila-gila di tempat kerja, tapi, kami masih mengamalkan budaya kerja yang baik dan sentiasa mengikut deadline kerja yang ditetapkan.

Tiba lah satu hari tu, big boss nak hire sorang ni yang agak berumur (lingkungan awal 50-an) untuk menjadi ketua dalam unit aku. Boleh dikatakan, jadi immediate boss aku lah. Aku bakal report segala kerja aku pada dia.

Big boss kata, personnel ni seorang yang sangat berpengalaman dan dia nak kami semua belajar dari dia. Kami masih muda…still ‘green’ dan sedar kami perlukan bimbingan dan perlu menimba byk lagi ilmu dari orang yang lebih senior dari kami.

Aku namakan dia ni Kak Mai lah (bukan nama sebenar, of course).

Pada beberapa bulan pertama tu, kami dapati Kak Mai ni sangat lah baik. Sangat prihatin, bercakap pun ada lenggok lemah lembut gitu, tidak lokek ilmu dan pemurah sebab dia selalu belikan kami semua (yang sentiasa sengkek) ni…hehe… nasi lemak pagi2.

Kadang-kala dia bawakkan mihun goreng berbungkus-bungkus ke pejabat. Kami ni dengan tanpa segan-silu berbondong-bondong lah dtg ambik dari atas meja dia.

Kadang-kadang, boss-boss kecik pun (2nd level management pun hinggap) sebab sibuk sangat pagi2 dah mesyuarat, sampaikan tak sempat breakfast.

Workstation Kak Mai ni sebelah workstation aku. Nature-of-work atau keperluan bidang kerja kami di-unit ni, memang kena kerap berinteraksi dengan orang lain…

Call sana, call sini, jumpa orang sana sini untuk mendapatkan maklumat dan sebagainya. Kena banyak ‘networking’ lah, pendek kata.

Tak sampai setengah tahun Kak Mai kerja situ, dia mula menunjukkan perangai yang sebenar. Her true colours.

Kami selalu perasan yang kakak ni suka bersembang. Bersembang bukan sekejap pulak tu. Siapa yang rajin layan, memang masak laa.

Ramai pulak jenis yang baik2 kat pejabat tu, so ramai jadi ‘mangsa’ nya ajak bersembang. Rajin melayan.

Ketua HR, atau so-called pegawai kaunseling kami yang selalu mendengar permasaalahan kami pun kerap jadi mangsa sembang Kak Mai ni.

Mamat tu memang baik sangat. Dengan kami pun dia tak pernah marah-marah, sentiasa senyum je.

Kalau kami semua yang muda-muda ni ada masalah; masalah duit ke, psl kerja ke, boypren ke, girlpren ke, tak puas hati dengan boss besar, tak puas hati dengan polisi syarikat ke…apa-apa lah…dia ni lah tempat kami mengadu.

Rahsia kami sentiasa disimpan baik oleh HR manager ni.

Tapi, kami mengadu pun takde lah sampai berejam-jam duduk hinggakan menganggu kerja harian. Kami paham, mamat ni pun banyak kerja berlambak.

Ok, berbalik pada Kak Mai ni. Hari-hari kami nampak dia duduk dengan HR Manager, entah apa yang diceritakan. Kami semua boleh nampak mereka bersembang sebab semua bilik pejabat di syarikat tu berdindingkan kaca, kecuali bilik big boss yang berdinding dan berpintukan kayu.

Dari luar, kami boleh nampak jelas muka mamat HR tu mcm bosan…hahaha…dan terkulat-kulat duduk.

Kak Mai ni juga suka bersembang ditelipon pejabat lama-lama. Bercakap dengan kuat pulak tu. Seolah-olah dia pastikan satu pejabat boleh dengar. Bangga agaknya lah.

Mula-mula butir percakapannya elok je, so kami yang lain di sekelling tak lah kisah sangat, walaupun agak hingar-bingar satu pejabat dengan suara dia.

Dan ramai diantara kami yang guna earphone buat keje, jadi mungkin ada yang dengar atau buat-buat tak dengar…tak tahu lah.

Tapi, yang jadi mangsa terdekat…aku ni yang duduk betul2 sebelah. Hiruk-pikuk dengan ketawanya yang mengilai satu hal, kadang2 tu…sampai mencarut-carut! Ini bab yang tak tahan sgt.

Segala macam benda yang tak senonoh keluar dari mulut Kak Mai ni. Kadang2, aku beranikan diri juga tegur dia. Dengan cara aku lah.

Contoh; “Ishh Kak Mai, malu aaa orang dengar”.

Dia buat dekk je dan sambungkan perbualan. Seperti mencurah air ke daun keladi. Dia tak malu ke pada budak-budak laki yang kat pejabat tu, yang rata-ratanya muda-muda dan belum berkahwin (pada masa tu)? Oh, by the way, Kak Mai ni dah berkahwin ye.

Tapi, perkataan-perkataan sebegitu rupa tak sepatutnya keluar dari mulut seorang perempuan…tambah lagi, yang dah berusia. Dan juga, yang sepatutnya jadi mentor kami.

Dia juga selalu bergossip buruk tentang orang lain. Dia burukkan orang ni, orang tu. Entah aku ni pun mesti tak terkecuali. Whatever.

Lantaklah. Dapat pahala free aku hari2.

Ada satu masa tu, entah apa yang aku telah buat pada dia, aku tak tau. Tak pasal-pasal dia jaja cerita buruk pada yang lain-lain sehinggakan semua rakan2 pulaukan aku.

Yang dulunya baik dan rapat sangat dengan aku pun termakan kata-kata nista Kak Mai. Aku tahu hal ni sebab salah seorang yang masih baik dengan aku bercerita tentang apa yang Kak Mai burukkan dibelakang aku.

Dia kata aku ni tak nak layan dia bercakap la, aku ni tak berkelayakan la dalam bidang kerja aku (padahal aku ada degree kot!), tak reti buat kerja la, ingat diri macam bagus laa… dan macam2 lagi dia burukkan aku.

Aku cuma mampu mengucap, ‘Astaghfirullahalazim’ sepanjang kawan aku bercerita.

Bila balik rumah, aku cuba ingat2 balik apa benda yang aku pernah cakap kat Kak Mai yang buat dia panas hati sangat pada aku.

Kawan baik aku tu tadi cakap, peduli kan lah makcik tak sedar diri tu…buat apa nak layan, dah memang perangai nya buruk macam tu.

Semua orang tak betul. Yang dia sendiri tak cerminkan diri, buruk perangai, sampai mencarut2 dalam pejabat!, rungut kawan aku lagi.

Yang menyedihkan lagi, sebelum tibanya Kak Mai di syarikat itu, rakan-rakan sepejabat yang bertahun-tahun dah kenal aku dan berkawan lama pun mula pandang aku dengan pandangan yang serong; macam pandangan tak suka.

Bila berbulan-bulan dilayan sebegitu oleh rakan-rakan sendiri, lama-lama aku pun jadi separa murung. Kerja dah tak seronok macam dulu2.

Ye lah, byk masa kita dihabiskan di pejabat berbanding di rumah. Family aku jauh di negeri lain. Aku pun duduk sorang time tu. Belum kahwin.

Dari duduk di-apartmen sorang melangut tgk TV, baik habiskan masa di pejabat dan habiskan yang perlu. Hujung minggu pun aku akan datang untuk selesaikan kerja. Aku enjoy bekerja. Sekali sekala je aku lepak dengan geng2 kat KL.

Aku cuba sembunyikan dari big boss tentang apa yang berlaku. Tapi mungkin ada mata-mata (spy leman) kat office tu yang bagitau boss tentang macam mana aku dilayan, sejak kehadiran Kak Mai ni. So, mungkin cerita aku ni sampai ke telinga dia.

Hinggakan, pada satu hari tu, big boss tiba-tiba tegur aku. “I know what happen around the office. You don’t worry. Just hang in there, Zakiah. You’re a good worker and a diligent one. As long as you do your job well, it’s going to be okay. Just ignore what people say”.

Aku pun terkejut. Selain dari kawan baik aku, aku takde lah bercerita dan mengadu nasib pada rakan2 di pejabat. Mungkin, kesedihan aku terlalu teruk, sampai terserlah di wajah. Aku pendamkan perasaan.

Pada masa aku tgh kemurungan tu dan nak ubatkan hati, setiap kali aku balik rumah dan sejurus lepas solat aku bermunajat dan meminta pertolongan dari Allah Yang Maha Esa. Doa aku selalunya begini;

“YA Allah, aku tengah dalam kesedihan. Engkau tahu apa yang berlaku pada aku dipejabat. Aku difitnah sehingga semua orang pulaukan aku.

Ya Allah, jika betul aku bersalah, tunjukkanlah apa kesalahan ku, tetapi jika hamba yang bernama (aku siap sebut nama Kak Mai) tu sengaja untuk memburukkan aku untuk menfitnah aku, Engkau kembali kan lah kejahatan tu pada dia dan tunjukkan pada kami semua siapa yang bercakap benar”.

Tiap2 kali lepas solat atau lepas baca ayat-ayat mathurat dan manzil, aku berdoa begitu. Aku serahkan segala-gala frustration, kesedihan pada Allah sampai menangis-nangis. Hiba sesangat dirasakan.

Nak dijadikan cerita, terjadilah satu kes ni. Yang agak besar lah impak nya.

Terdapat seorang lagi boss; aku namakan Tuan Ocen lah…sama mid-level management dengan Kak Mai ni. Satu hari tu dia ada terbuat silap.

Pada aku kesilapan tu kecik je tapi, sebab dibesar-besarkan dan digembar-gemburkan oleh Kak Mai, jadi kecoh la satu ofc. Sehingga sampai ke telinga big boss.

Big boss mengamuk dan terus panggil meeting.

Sebelum tu, sesama kami ni cuba jugak cover kesilapan Tuan Ocen tu setakat mampu supaya tak sampai ke pengetahuan higher management dan big boss. Kami boleh selesaikan sesama sendiri.

Tapi, si kecoh Kak Mai ni yang suka menjaja cerita siap ‘print’kan kesilapan yang dibuat oleh Tuan Ocen dan bawak kertas tu dan tunjuk pada semua orang.

Ada dikalangan kami yang tak berapa layan cubaan Kak Mai ni untuk memburukkan Tuan Ocen. Dia siap gelak-gelakkan lagi tentang kesilapan tu. Evil sangat kan??

Yang paling kesiannya, Tuan Ocen tau siapa yang buat kecoh-kecoh ttg dia. Tak lain tak bukan, Kak Mai kiter tu. Tuan Ocen ni agak berusia juga, lebih kurang usia Kak Mai. Awal 50-an gitu.

Dalam meeting, big boss bising dan membebel. Kami semua duduk terdiam. Aku ada jugak bersuara dan cuba untuk defend Tuan Ocen tapi, usaha meleset. Hahaha…. kena marah lagi ada. Dan ada dua tiga orang lagi yang mencuba bagi penjelasan on behalf Tuan Ocen, tapi gagal jugak.

Yang si Kak Mai evil ni siap sengih-sengih lagi dalam meeting tu. Rasa nak ditampo je muka dia time tu.

Keluar meeting, Tuan Ocen jadi sugul dan sedih sangat. Hari esoknya terus bagi surat letak jawatan.

Kami ni semua cuba sedaya upaya pujuk untuk dia tarik balik surat letak jawatan tu tapi Tuan Ocen dah nekad. 24 hour notice plak tu. Dia kena bayar syarikat balik, sebab langgar kontrak! Dia sanggup.

Kami yang lain pun turut marah dan sedih atas kejadian yang menimpa beliau. Pada kami dan staff2 lain, kesilapan itu boleh di-betulkan.

Besides, nobody’s perfect.

Masing-masing mesti ada buat salah (tak besar pun, kesalahan kecik mesti ada) ketika bekerja.

Kami agak Kak Mai ni lah yang menghasut boss sampai boss bengang mcm tu sekali. Sangkaan kami tepat sekali!

Sebulan lepas kejadian tu, keadaan di pejabat kembali seperti biasa. Masing-masing sibuk dengan performance sendiri. Aku pun dah naik menyampah nengok muka Kak Mai, tapi, masih berbuat baik pada dia, sungguhpun sambil mengetap gigi. Geram. Aku layan tak layan gitu.

Orang tua kan. Taknak lah jadi kejadian kwang ajar. Aku pun bukan jenis begitu. Tapi, ikutkan hati aku memang aku nak bagi se-das, dua das kata-kata pedas pada dia.

Akhirnya, terjadi lah satu peristiwa yang terjadi pada Kak Mai sendiri. Ini lah mungkin yang dinamakan kifarah kot. Ditengah-tengah dia sibuk bersembang sana sini di ofc tu dan menjaja keburukan orang, terpampang lah kesalahan dia sendiri diatas medium cetak yang kami buat.

Dia sebagai boss unit kami yang sepatutnya bertanggungjawab untuk vet thru semua final mock-up, press release dan lain-lain bahan cetakan sebelum dihebahkan pada umum.

Font material tu dah lah besar! Takde alasan yang boleh kata, dia tak nampak. Kami yang orang bawahan ni cuma bertanggungjwb tentang penulisan sahaja, untuk sebarang copyrighting dan tagline, Kak Mai yang selalunya buat sendiri.

Disebabkan dia terlalu konfiden dengan kerja dia, atau mungkin dia ingat kami ni semua tak layak nak go thru kerja dia agaknya…dia akan terus hantar ke pereka grafik atau terus pegi ke printer sendirian.

Tanpa melalui kami dulu. Kalau dia tak terlalu bongkak atau sibuk jadi rumour monger kat pejabat, mungkin dia boleh perasan kesalahan yang dia telah buat.

Allah. Masa tu aku pun panic, semua jadi panic. Big boss bila tau, mengamuk lagilah orang tua tu. Kami semua serba salah nak buat macam mana. Kami cuma mampu berbisik sesama kami didalam unit yang sama dan kalau boleh tak nak bercakap sangat tentang kesilapan tu.

Tapi, bila big boss dah mengamuk, satu ofc jadi kecoh…dah tak boleh nak buat apa dah.

Last2, Kak Mai ni malu sendiri. Tapi, tetap masih nak menegakkan benang yang basah. Kami tak de pun bercerita tentang kejadian tu sesama sendiri.

Dengan sengajanya dia cakap kuat-kuat supaya semua orang dengar ketidakpuasan hatinya. Dia tujukan pada siapa, kami pun tak tahulah. Dia selalu kata ayat-ayat begini,

“Aku tahu lah sapa tak suka aku kat ofc ni, you all janganlah nak bermuka-muka”.

“Nak gelakkan aku buat salah…haa…time ni lah korang nak gelak!”.

Aduh. Kena rasuk ke apa makcik ni? Kami yang lain semua diam je, tak jawab apa2.

Bila dalam meeting, dia buat-buat sedih depan big boss siap nangis-nangis. Berminggu-minggu lah dia berdrama macam tu; kejap nangis, kejap menyindir, kejap masam muka tak tentu pasal dan tak nak bercakap pada sesiapa…

dan, kejap dia bagi fake smile kat kami semua. Macam psaiko pun ada ek…Macam perangai budak kecik pun ada. Nak raih simpati atas kesalahan dia buat sendiri pun ada gaya nya ni.

By that time, semua di-ofc tu dah cukup masak dengan perangai meluat Kak Mai ni. Rakan-rakan aku yang sebelum ni menjauhkan diri, semua sudah kembali baik pada aku. Ramai diantara mereka yang mengaku bahawanya mereka sebenarnya ter’makan’ kata-kata Kak Mai ni.

Diaorang minta maaf sungguh-sungguh pada aku. Aku dah lama dah maafkan sebenarnya. Aku pun dah redha, ini ujian Allah pada aku.

So, diaorang buat mcm mana pun kat aku time tu, aku serahkan segala-gala pada Allah. Bila aku buat mcm tu, hati jadi tenang. Tak stress.

Allah berkuasa atas segalanya, termasuk lah bagaimana nak handle orang yang sangat toksik seperti Kak Mai ni. Aku kata balik kat diaorang,

“Ye, memang aku sedih korang buat aku mcm tu, tapi aku percaya Allah lagiii berkuasa dari segala-galanya. Yang batil akan keluar juga”.

Rata-rata di pejabat tu, ramai budak muda2, ada yang baru lepas grad, ada yang baru 2-3 tahun masuk alam pekerjaan. Ada juga yang dah berumur dan mempunyai pengalaman 20 thn kerja.

Walaupun aku bekerja dalam syarikat tu baru 5 tahun, tapi sebelum tu aku pernah bekerja ditempat lain, jadi ada lebih kurang 8-9 tahun pengalaman aku sudah berada di alam pekerjaan.

Tapi dari segi bidang aku masa tu memang masih dikira mentah lagi. Kami kebanyakannya cuma tumpukan pada kerja masing2 mengadap komputer.

Selalunya, kami hanya berbual diluar waktu kerja sahaja. Tak sempat pun nak bergosip bagai, disebabkan workload yang terlampau banyak.

Kak Mai ni banyak juga workload tapi entah bila dia buat kerja. Mungkin kebanyakan kerja nya di buat dirmh, agaknya. Sebab kalau di ofc, separuh hari dia boleh habiskan untuk bersembang dan mengganggu kerja orang lain.

yang lain-lain tu malas nak bergaduh masam muka dengan Kak Mai ni, takut jadi bahan atau target untuk dia kutuk. Begitu lah pendapat aku.

Big boss rasanya memang tahu perangai buruk Kak Mai ni tapi dia pun…sama ada tak boleh atau tak nak buat apa2. Seolah2, dia takut pada Kak Mai ni atas pelbagai alasan.

Mungkin Kak Mai ni lagi senior dari dia, atau mungkin kah juga big boss ni ada egonya juga, tak nak mengaku salah kerana ambik Kak Mai ni sebagai staff.

Boss mana yang nak mengaku kesalahan sendiri depan staff. Betul?

Big boss selalu ingatkan aku untuk ‘tolerate’ perangai Kak Mai. Masalahnya, dia senang la cakap. Dia duduk dalam bilik, yang kami di luar ni yang jadi mangsa bahan Kak Mai ni.

Diakhirnya episod tadi tu, Kak Mai sendiri yang letak jawatan lepas kejadian tu. Tapi, dia kena serve notis 3 bulan. Dia letak jawatan atas dasar malu la kot. Mungkin dia sendiri rasa pressure. Atau, rasa bersalah…entah lah. Frankly, I don’t care.

Itu lah sedikit sebyk kisah pengalaman aku melihat dengan sendiri kifarah yang berlaku didepan mata. Secara jujur aku cakap, walaupun perangai Kak Mai ni buruk sebegitu, aku percaya dia ada sisi baik nya. Dia juga pemurah. Rajin belanja kami makan.

Rajin bagi nasihat pada kami yang muda2 ni. Mungkin dia jadi ‘diva’ sebegitu sebab nakkan perhatian ke, atau simply a case of… kurang kasih sayang dari family atau husbandnya sendiri.

Kami di-ofc plak kena hadap pe’el erratic dia tu.

Diharapkan berubah perangainya dan menjadi lebih baik sebelum dipanggil Allah satu hari nanti untuk ke negeri Abadi-Nya.

Moga kita dan keturunan kita semua dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah dan munafik sebegitu.

Sekian saja sharing saya.

– Zakiah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *