Perangai Suami

Assalamualaikum semua. Aku dan suami kahwin pada usia yang agak muda. Kami kahwin masa tu aku final year dekat universiti, suami aku pulak yang merupakan senior aku, masa tu baru je habis belajar dan baru2 je dapat kerja.

Atas sebab2 tertentu, kami dikahwinkan cepat2 masa tu.

Tahun ni, usia perkahwinan kami dah pun masuk 6 tahun, dan dikurniakan 2 orang anak. Suami aku orangnya baik, penyayang, suami & ayah yang baik.

Suami dari awal perkahwinan lagi memang biasa bantu aku uruskan kerja2 rumah, sampai bila kami dah ada anak pun dia banyak bantu uruskan anak2.

Bab duit2 pun dia takde masalah, bukan jenis yang berkira dan kedekut. Hinggakan kami bila balik kampung pun, sedara mara termasuk mak aku dan mak mertua aku mesti akan puji sifat suami yang rajin dan pandai uruskan anak2.

Cuma masalah rumah tangga kami sekarang, yang hanya aku sebagai isteri yang tahu, adalah suami aku yang rajin uruskan kerja rumah tapi sebenarnya pemalas keluar bekerja mencari nafkah.

Pada awal2 perkahwinan lagi aku dah nampak sisi gelap suami aku yang ni. Suami aku seorang yang susah nak bangun pagi. Dari awal2 perkahwinan dulu sampai sekarang, memang tak berubah.

Nak kejutkan dia bangun pagi2 sangatlah susah. Ada hari2 yang dia memang dah tetapkan pendirian yang dia takkan bangun pagi tu sebab dia rasa terlalu mengantuk, so dia takkan bangun walau macam mana aku kejutkan dia sekali pun.

Kalau aku kejutkan jugak, akhirnya kami akan bergaduh pagi tu. Dan disebabkan tu, awal2 perkahwinan dulu dia selalu tukar2 kerja. Semua sebab dia selalu ponteng kerja sebabkan dia taknak bangun pagi.

Bila kami berbincang secara baik, pasal masalah dia yang selalu berhenti kerja, ada saja alasan dia kenapa dia berhenti kerja. Boss tak bagus lah, gaji sikit tak setimpal dengan kerjalah, HR langsi berkira claim lah.

Padahal aku tahu, punca utama dia adalah sebab dia selalu ponteng kerja je.

Sampailah kali keempat (tak silap aku) dia berhenti kerja, masa tu lama dia menganggur kat rumah sebab takde rezeki kerja lain.

Masa tu aku dah nak bersalin anak pertama kami, dia sudahnya buat kerja sendiri, e-hailing, yang mana tulah kerja hakiki dia sampai sekarang.

Aku masa tu sokongkan je, sebab bagi aku orang macam dia ni mmg tak boleh kerja dgn orang, biarlah dia kerja sendiri dgn masa yang flexible.

Tapi masalahnya, dengan masa yang tak flexible tu lah buat dia tak berdisiplin. Suami aku akan kerja ikut mood. Kalau dia rasa dia rajin nak pergi, dia keluar lah. Kalau dia malas keluar rumah, tak kerja lah.

Suami aku memang orangnya jenis suka terperuk kat rumah. Melepak jumpa kawan2 jarang sekali, dalam setahun ada lah 2-3 kali.

Ceritanya, dah masuk 6 tahun perkahwinan pun aku tak nampak apa2 perkembangan pun dalam keluarga kami.

Suami aku keluar kerja bila perlukan duit, Contohnya minggu depan 1 haribulan, jadi dia kena bayar rumah sewa dan kereta, jadi dia akan pulun kerja selama seminggu atau lebih untuk kumpul duit lepas bayar rumah sewa.

Ibaratnya kais pagi makan pagi. Tapi kalau bernasib baik, mode rajin dia masih on walau lepas dia dah settle commitment rumah dan kereta, dia akan terus bersemangat pergi kerja. Ada duit lebih sikit2 bolehlah buat simpanan.

Tapi bila dah sampai mode malas dia datang dia akan melepak je kat rumah seminggu dua tak berkerja. Duit belanja rumah masa tu?

Habiskan duit simpanan yang dia simpan masa dia kerja mode rajin haritu. Cycle kais pagi makan pagi ni ulang2 je sampai sekarang.

Dulu masa setahun dua perkahwinan aku suri rumah je. Tapi sebabkan aku tgk perangai dia yang macam tak boleh nak harap tu, aku carilah kerja jugak.

Gaji aku takdelah besar mana, cukup2 buat belanja aku sendiri, taska & sekolah anak2 dan kereta aku sendiri. Kadang2 barang2 rumah ada juga aku yang beli termasuk bil2 utiliti, kadang2.

Senang cerita sebenarnya, bab kewangan keluarga banyak juga aku tolong cover utk dia.

Pun begitu, gaji aku sorang tak cukup banyak untuk bayar commitment bulanan. Aku ada buat simpanan sikit2. Tapi simpanan aku yang sikit2 tu tak pernahnya berjaya jadi bukit sebab aku kena cover dia.

Lagi2 waktu PKP dulu. Kadang2 simpanan aku tu la buat bayar bil2. Jugak bila perlukan duit sejumlah besar sedebuk, aku sebagai isteri aku fikir, siapa lagi nak tolong dia kalau bukan aku.

Contohnya bila dia perlukan duit untuk renew roadtax & insurance kereta, atau kereta rosak kena repair.

Aku fikir, kalau aku tak tolong nanti dia tak boleh kerja. So terpaksa lah aku tolong dgn harapan lepastu dia berubah rajin keluar kerja yang sudahnya sama juga.

Masalah lagi satu aku harapkan kat dia untuk uruskan anak2 sementara aku keluar kerja. Jadi bila mode malas dia tengah on, anak2 jadi tak ke tadika & taska sebab dia malas bangun pagi dan keluar rumah.

Bagi aku aku nak anak2 aku pergi tadika, jumpa orang buat aktiviti, belajar benda baru daripada terperuk kat rumah tengok tv tengok tab.

Ini baru anak aku tadika, kalau anak2 aku dah sekolah nanti macam mana pula? Takkan bila cikgu tanya kenapa tak pegi sekolah semalam anak aku nak jawab sebab ayah saya tak bangun pagi.

Kalau masuk bab2 anak ni kadang2 nak je aku surrender. Rasa nak je aku berhenti kerja biar aku sendiri yang uruskan anak2.

Bab duit tu, aku sampai fikir nak jadi apa pun jadilah. Sisi gelap dia yang ni aku takde cerita siapa2 pun walau pada mak aku, atau mak dia sebab bagi aku ni aib dia.

Dah banyak kali dah aku bincang dengan dia pasal ni. Kadang2 aku rasa fed up juga. Tapi jugak kadang2 bila aku tengok sisi baik dia, itu je yang buatkan aku berharap dia ada perubahan, sampai sekarang masih berharap sejak dari 6 tahun lepas.

– Anne (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *