Perantau Warrior

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya penulisan saya ini di luluskan untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca di luar sana. Saya cuma ingin meluahkan pendapat saya berdasarkan pengalaman saya sepanjang menjadi perantau warrior ini. Terlebih dahulu, saya ingin tegaskan disini bahawa penulisan yang akan di baca bukan lah ingin mencari keburukan tetapi cuma permasalahan yang selalu dialami oleh perantau warrior di perantauan.

Pertama sekali, izinkan saya perkenalkan diri. Saya mix sabahan hehe (Emak orang sabah tapi ayah orang kedah) tinggal di sabah sebelum ini tapi lepas sahaja SPM saya sambung belajar dan mencari rezeki di semenanjung. Alhamdulillah sudah 8 tahun saya merantau di negeri orang dan boleh dikatakan banyak juga pengalaman saya sepanjang menjadi perantau warrior ni.

Saya sudah mula merantau sejak berumur 18 tahun iaitu ketika sambung belajar ke UiTM Pulau Pinang. Sebelum tu saya tidak pernah berjauhan dari keluarga dan ini adalah pertama kali saya berdiri atas kaki sendiri. Terus-terang, pada mulanya saya “questions shock” bukan “culture shock” tetapi terkejut dengan pertanyaan-pertanyaan yang tidak masuk akal dan menggelikan hati sebenarnya.

Pertama, kalau di sabah dulu (zaman “high school”) kami selalu didengari dengan perkataan-perkataan ataupun dengan ungkapan “pelajaran di sabah adalah yang paling mundur sekali jika dibandingkan dengan semenanjung Malaysia”. Maksud orang-orang sabah ni kurang pandai dan tidak boleh bersaing dengan orang-orang semenanjung dari segi pelajaran mahupun teknologi . Tetapi, semasa di UiTM, mengikut pemerhatian saya ramai juga orang-orang sabah yang pandai siap jumlah yang dapat dekan adalah lebih kurang dengan orang semenanjung. Maafkan saya, di sini saya bukan nak burukkan orang semenanjung tapi saya cuma ingin membuat perbandingan secara positif.

Kedua, seringkali orang sabah akan ditanya dengan soalan seperti 1) Kamu ada IC kah? 2) Kamu pakai passport kah? 3) Sabah di mana? 4) kalau balik sabah naik sampan boleh sampai kah? 5)Macamana kamu masuk Malaysia? 6) Kalau pergi sabah nanti kami orang semenanjung tidak kena tangkap kah (disebabkan kes di tanduo) dan bermacam-macam lah lagi soalan yang tidak masuk akal. Tiba-tiba saya rasa macam perlu usulkan satu lagi extra kelas tambahan di semenanjung iaitu additional Geografi + Sejarah . Kenapa? Sebab soalan tuh semuanya pelik dan kelakar sebenarnya. Saya kasihan dengan orang –orang yang bertanya ni. Kata SPM 10A, mak bapak orang kaya selalu travel overseas, setakat London Paris tu macam pergi pasar seja tapi Sabah kau tidak tau di mana? FYI you all, dulu kalau pergi overseas kita kenalkan diri dengan I’m from Malaysia, orang luar tak tahu Malaysia kat mana Tapi bila cakap I’m from Borneo naahhh mereka tau Borneo itu di mana.Tapi itu dulu laa masa Malaysia belum terkenal lagi.

Ketiga, ajuk cakap orang sabah seperti “kau pergi mana bah” “belikan aku air buah bah boleh kan bah” setiap ayat akan diakhiri dengan “bah”. Untuk pengetahuan anda, tidak semua ayat diakhiri dengan “bah”. Rujuklah orang sabah yang terdekat dengan kamu untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Keempat, takut pergi sabah. Bila saya tanya, kebanyakan orang yang asal semenanjung takut untuk sambung belajar 2-3 tahun di sabah. Mereka takut untuk cari kerja di sabah. Alasan sebab jauh, tak boleh balik jumpa family, tak da apa di sabah, Sabah tak maju, tak da lrt monorel ktm, Mak ayah tak bagi dan bermacam-macam alasan lagi. Tapi orang-orang ini lah yang selalu bash negeri orang lain tanpa usul periksa. Mereka belum pernah jejak kaki ke sabah tapi mereka bermulut lancang mengatakan yang bukan-bukan seolah-olah setiap inci ceruk peruk di sabah mereka sudah jejaki. Come on people, keluar duit sikit, travel lah, tengok budaya dan cara hidup orang lain baru lah minda tu boleh berkembang. Kalau awak dah duduk tempat awak tu tak berganjak memang sel-sel otak takkan dapat berhubung. Hakikatnya, Sabah sekarang sudah maju. Tak percaya? Tengoklah sendiri now everyone can fly mahh.

Kelima,provokasi. Tetapi ni mungkin sama macam di sabah. Di semenanjung dorang akan kata “macam bangla la ko nih” tapi di sabah kami akan kata ‘macam pilak seja kau nih” begitulah.

Keenam, bilamana ada pergaduhan atau kes-kes yang berlaku selalunya perkataan pertama yang diorang akan kata “cina ke India?” why? Kenapa perlu tanya bangsa dulu kenapa tidak tanya seperti ada yang meninggalkah atau mangsa hidup kah apa kah anything selain tanya pasal bangsa dulu.

Akhir sekali, Melayu menjatuhkan sesama Melayu. Sepatutnya kita bersatu tanpa ada hasad dengki antara satu sama lain. Di sabah, tidak kira la melayu cina india bajau dusun kadazan apa sekalipun bangsa kami bersatu. Boleh pun duduk serumah tanpa perlu ada hasad dengki. Boleh bergelak ketawa sesama lain. Saya bukan nak bias, Cuma ini dari pengalaman saya sendiri sepanjang 5 tahun duduk serumah dengan orang-orang tertentu ini. Bukan semua orang semenanjung buruk, malah bestfriend saya sendiri orang semenanjung.

Saya rasa cukup la dulu luahan hati saya yang agak kurang baik penulisannya. Saya ingin meminta maaf dari hujung rambut ke hujung jari kaki sekiranya penulisan saya ini membuatkan pembaca-pembaca di luar sana terguris hati, terasa, dan seangkatan denganya. Saya terima segala komen dan teguran dari anda semua seikhlas hati. Yang baik datang dari Allah taala dan yang buruk semuanya dari saya sendiri. Assalammualaikum.

– -Perantau warrior

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit