Perasaan Anak Bongsu

I anak bongsu daripada 6 orang adik beradik perempuan. Bila sebut je semua perempuan mesti orang akan cakap, “bestnyaaa ada geng” “untunglah boleh share baju kasut semua”.

Ye memang semua tu betul.. Seronok sangat ada ramai orang kakak lepastu kita pulak yang bongsu tapi tipulah kalau kata tak pernah teringin nak rasa ada abang tapi lupakan jelah sebab mustahil.

I lahir dengan jarak yang agak jauh dengan kakak kakak. Kakak kelima yang dikenali sebagai A beza 6 tahun dan akak sulung beza 17 tahun. I lahir masa dorang dan besar dan ada kerja masing-masing.

Masa tu semua busy dengan Universiti dan kerja jadi masa kecik I tak rapat sangat sebab yelah kita tak faham apa yang dorang bincangkan tu so whatevah la masa tu I just buat hal sendiri.

Masa I umur 7 tahun my parents pegi haji so kakak kakak la yang jaga I. Ajar I koyak calendar setiap hari, ajar I cara nak call my mum sampai bill phone melambung wuhuuu.

Tapi bila dah remaja, I makin rapat dengan dorang sebab kitaorg ni perangai crack dan gila gila. Tapi masa tulah dorang pun dah mula bina kehidupan sendiri nak ada keluarga sendiri. Sedih tu ada cuma tak terasa sangat masa 3 orang akak pertama kahwin sebab alaa 3 downs 3 to go. I still ada geng single sisterrr.

Tapi rasa sedih tu makin terasa bila 2 orang kakak I akan kahwin tahun ni 2020 (sorang awal sorang akhir tahun). I was like “THEY LEFT ME ONE-BY-ONE”. I rasa sedih sangat selalu menangis..orang akan cakap I ni over, I emo tapi dorang tak tahu yang benda ni ganggu I sampai ke tahap depress. I menangis sorang sorang sampai mata bengkak. I tak kuat nak terima kenyataan ni.

I jenis tak keluar dengan kawan kawan sebab masa tu I dah ada “KAWAN”. Yes my sisters is my friend. I tak pernah rasa boring. I tolak ajakan kawan kawan sebab I nak keluar dengan kakak or teman kakak pegi mana-mana. I jadi sangat sangat rapat dengan kak A (akak kelima).

We do a lots of things together, go shopping together, habiskan duit together, keep each other secret and also we used to raya berdua (bcos other single sis kena kerja) while yang lain tengah #rayarumahmertua. But when she said that shes getting married, I lost I sedih I just cant.

I akan menangis bila bayangkan benda tu berlaku. I rasa dorang selfish sebab akan tinggalkan I. I sedih bila fikir yang sebelum ni dorang akan dahulukan I but after this dorang akan dahulukan husband. Kalau sebelum ni bila cuti akan keluar dengan I tapi after this tak lagi dah (i mean not just us macam dulu).

I rasa sedih bila fikir yang lepasni siapa nak layan kerenah I nak bawak I jalan jalan, I nak beraya dengan siapa (selain parents), I nak main makeup makeup dengan siapa pagi pagi raya, nak berebut cermin macam dulu. I just cant.

I tak tau nak kumpul kekuatan tu dari mana untuk terima kenyataan ni. Sampai satu tahap I rasa macam nak sambung study tempat jauh jauh supaya I jarang balik rumah so that I takkan rasa rumah tu sunyi.

Tapi sekarang I sedar yang kita kena cari kehidupan masing-masing dan sesuatu tu takkan kekal jadi milik kita. Dan I percaya yang Allah dah tetapkan sesuatu yang indah untuk kehidupan I. Sebab kata orang selepas hujan datangnya pelangi ;)

Doakan I terus kuat untuk terima kenyataan ini dengan hati yang redha dan gembira serta hubungan kami sekeluarga akan terus erat sampai bila-bila.Semoga dijauhkan daripada apa apa yang di overthinkingkan tu.

– Baby (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *