Perasaan Atau Masa Hadapan

Salam semua. Sebelumnya, saya nak minta maaf kalau penulisan saya agak berterabur sebab dah lama tak menulis.

Aku kenalkan diri aku sebagai Tulipa dan aku seorang perempuan yang berusia hujung 20an, orang Melaka. Mempunyai komitmen kereta dan tinggal bersama orang tua & beberapa orang adik beradik.

Aku mendapat kerja baru setelah memohon banyak tempat untuk beberapa bulan.

Pekerjaan aku yang sebelum ini banyak memberi tekanan dan terlalu penat kerana perlu berulang alik jauh daripada rumah dan bayaran gaji yang underpaid dan tiada apa2 benefit.

Alhamdulillah, gaji yang sekarang dan jarak rumah yang dekat telah menenangkan sedikit hati aku.

Dan dalam masa yang sama, aku bercinta dengan orang yang sebaya aku & kami perhubungan jarak jauh.

Keluarga masing-masing sudah kenal antara 1 sama lain dan kami mempunyai rancangan untuk bertunang pada tahun hadapan selepas dirisik beberapa bulan lepas.

Dan yang membuatkan down sangat ahli keluarga belah mak aku iaitu tokma dan makcik pakcik, sebelum ni bila aku tak ada pasangan, masing2 ingat aku ni tak laku, kerja nak cari duit je.

“Buat apa kerja? Perempuan nanti hujung2 duduk dapur jugak lah”

Bila aku dah dirisik,

“Sekarang harum, nanti dah kahwin tahi semua bila dah duduk campur!”

“Tak payah kahwin, cari duit je”

“Alah tak yah tunang, lelaki bukan sorang”

“Carilah orang lain”

“Suruh tukar cincin habib je”

“Betul ke dia tu ok”

“Kahwin ni ingat senang?”

“Huh kena duduk campur dengan mertua pulak tu” padahal makcik yang cakap ini pun duduk dengan mertua”

Aku rasa macam nak sergah semua sebab sepanjang dia orang cakap macam tu, aku punya serabut & tahan air mata ni dah sakit sangat hatinya weh tapi aku kenangkan mereka orang tua.

Sampai aku pergi bilik air, menangis takde suara untuk setengah jam. Itu AHLI KELUARGA SENDIRI tau.

Dia, aku kenalkan sebagai Kumbang dari Negeri Sembilan. Dia tinggal di sebuah kampung dan dikelilingnya adalah sedara mara.

Maksud aku, rumah mereka tidaklah jarak jauh mana dan kelompok keluarganya semua berada di dalam 1 daerah. Aku pula seorang perempuan yang duduk di bandar tetapi jauh daripada ahli keluarga yang lain (makcik pakcik) kecuali parents dan adik beradik aku.

Kumbang pernah memberitahu, jika ada jodoh kami, sanggup ke aku duduk campur dengan orang tuanya kerana Kumbang adalah anak bongsu dan tidak boleh tinggalkan rumah orang tuanya.

Aku cakap yang aku ok sahaja kerana kita tak tahu kedepannya macam mana. Dan ketika dirisik, orang tuanya menanyakan soalan yang sama kepada aku adakah benar aku mampu untuk duduk campur dengan mereka dan aku hanya mengatakan in shaa Allah boleh.

Tapi dalam masa yang sama, aku rasa macam tak adil pulak sebab Kumbang berkahwin, ahli keluarga semua dekat2. Aku? Jauh nun disana hmm.

Kumbang juga pernah cakap, bila dah berkahwin, aku perlu bekerja sebab siapa yang akan bayar komitmen kereta aku kalau bukan aku.

Dan aku memang akan bekerja walaupun aku sudah berkahwin tapi aku perlu bekerja di bandar kerana dari segi gaji & ekonomi sekarang, aku perlu fikir lebih jauh.

Tapi daripada segi lain2nya, dia sangat Alhamdulillah. Walaupun dia cakap suruh kerja tu sebab nak bayar komitmen, aku faham je haha. Sebab aku takkan mengharapkan suami untuk bayar komitmen aku sendiri sebab aku dah terbiasa untuk tanggung semua sendiri.

Kalau keluar berjumpa tu, semua benda dia yang bayar. Tak kedekut pun. (Risau orang cop dia ni kedekut, so aku cakap awal2 ahaha)

Dia ni juga orang yang sangat kontra perangainya dengan aku disebabkan itulah aku sayang sangat kat dia. Eee geli pulak ayat gini haha sebab dia seorang yang rilek dan pemalu, manakala aku ni adalah sebaliknya hehe.

Aku tak nak dah kenal orang lain sebab aku betul2 ikhlas dengan dia dan aku tersangat penat untuk kenal dengan orang baru lagi.

Tetapi bila berfikir balik, aku sudah bekerja dengan pekerjaan baru yang aku sangat sayang dan merupakan bidang kerja yang aku minat dan aku mempunyai impian untuk membeli rumah sendiri,

Tetapi aku perlu stay di syarikat yang sekarang untuk aku mengumpul duit kerana bayaran yang agak lumayan.

Yang menjadi persoalan untuk aku, bagaimana aku nak cakap dengan dia untuk kita tinggal di kawasan bandar berbanding di kampung jika kita ditakdirkan berkahwin?

Untuk hidup berkahwin dengan PJJ, jujur kami tidak mampu. Sebab itu, aku terfikir bagaimana aku nak bincang bab ini pada dia.

Orang tua aku tahu tentang kekeliruan yang aku alami sekarang dan mereka tanya betul atau tidak yang aku sayang dan jujur dengan Kumbang. Dan jawapan aku YA.

Mereka pun berkata, “kalau kau sayang, kau kena hadap benda ni. Dalam hidup ni, akan ada 1 masa yang kita akan susah sangat untuk membuat pilihan. Ini mungkin masanya”.

Tipulah kalau orang tua aku juga tidak risau jika aku duduk disana jika sudah berkahwin sebab mereka juga memikirkan ekonomi sekarang yang agak mencabar bagi kita semua.

By the way, aku jugak merupakan orang susah & bukan dari keluarga yang senang. Walaupun umur hujung 20an, jujur aku kata, aku tiada simpanan. Sebab tu dengan pekerjaan sekarang, aku nekad untuk menyimpan sedikit demi sedikit.

Habis diploma sahaja, semua benda aku buat tanpa bantuan duit orang tua aku. Inilah masanya untuk aku buat atau beli atau rasa apa yang aku inginkan ketika kecil tidak dapat.

Tetapi tiba-tiba dah nak tunang, aku jadi lost di situ apabila memikirkan kehadapannya dan mengenai perlu tinggal bersama orang tua Kumbang.

Sebab itu, sebelum bertunang, aku perlu berbincang mengenai hal ini & aku risau bila aku berbincang dengan Kumbang dan orang tua nya tidak membenarkan dia keluar daripada rumah mereka, bagaimana? Hm. Takkan kami perlu berpisah?

Ya, aku faham, korang mesti akan cakap rezeki ada dimana-mana, lagi2 selepas kahwin dan korang akan kata, buatlah solat istikharah.

Tetapi aku perlukan jugak pandangan netizen untuk cerita aku ni sebab bila aku baca penceritaan orang di IIUM Confession,

Bahagian komen semua majoriti banyak positif dan bagi jalan penyelesaian sebab mereka lebih tahu mengenai hal kehidupan kerana mereka lebih makan garam daripada aku.

Aku sangat berterima kasih kalau korang dapat bagi pendapat untuk cerita aku. Aku minta maaf kalau perangai aku macam kebudak-budakan ataupun tak serius bila dah nak dekat fasa perkenalan seterusnya. Aku dah buntu & tertekan sangat memikirkan semua nya. Hmm.

Terima kasih juga pada admin sekiranya cerita aku disiarkan.

– Tulipa Semboja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Adoii payah la dah setuju masa merisik tu nak duk sekali, pastikan bincang benda ni sebelum kahwin ye. Jujur je semua benda. Jangan sebab sayang sangat menyesal

  2. Awak bincang lah dgn c Kumbang tu, ajak dia dduk skali di bandar.. klaw nk blk kmpong, weekend pon bole, skrg dah bnyak hi-way, kejap je sampai.. kta kat dia, org lelaki lah yg perlu ‘merantau’ dan mencari rezeki di tempat lain, bkn hanya ‘berkepit’ bwh keti*k mak dia.. tp awk harus ingat jugak, hidup di bandar juga bnyak cabarannya, klaw nk sewa rumah, mahal, klaw mkanan mentah n dah bermasak pon slalunya mahal, sbb sewa kedai di bandar lbh mahal, so peniaga akn letak harga lbh mahal, lgi pon semua bhn2 mentah nk kna bli, lain la klaw dduk d kampong, cili api, pandan, serai, daun pisang, pucuk ubi dll suma amk blkg rumah jer.. mintak maaf, tp dlu sya pon dar kmpong, konon2 dduk di bandar gaji lebih mahal 2 ke 3 ratus dari di pekan kecil, tp ‘mentainance’ nk dduk bandar besar berlipat kali ganda, bkn je x dpt mnyimpan dt, silap2 kna buat ‘pinjaman’ plak utk tampung kehidupan.. klaw nk buat 2-3 kerja, bdn plak x larat.., ckap bole la, nk tanggung bdn kita jugak.. tp klaw dah lma2 bole ‘biasa’ kot.. tak taula, tp aq lbh ‘tenang’ hidup d kmpong, walau x mewah, tp aq rse lbh ‘serasi’, mngkin itu yg Kumbang rasa.. mcmne pon ikut la citarasa msg2.., kdg2 skali pikir, kita rse ok, tp realitinya, mngkin sebaliknya.. wallahu a’lam bissawab..

  3. banyak sgt masalah , better cari orang lain la awk.. bab duduk sekali dgn saudara mara dekat tu pun dah tahu akan jd masalah. dorang akan perhati je , salah sikit habis diumpatnye , sherammm. jgn risau psl kahwin , baik cari duit dulu.

  4. apa apa pun pentingkan diri sendiri dulu, baru fikir lelaki. life panajng lagi kumpul duit kumpul aset sendiri. then baru la settle down fikir kahwin. nanti esok lusa if ada masalah bercerai ke apa, susah awak. kita tak tahu masa depan mcm mana. and yes duduk dgn mertua tak wangi mana pun. percaya lah. nak dpt mertua yg baik tinggal sekali tu 1 dalam 1juta kot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *