Perasaan Atau Memang Aneh? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/perasaan-atau-memang-aneh/).

Salam semua. Alhamdulillah saya ada update yang telah mengangkat beban kat bahu dan jiwa saya.

Setelah hari-hari saya push suami saya untuk confront sebab dah habis limit sabar akhir-akhir ni, finally suami saya confront bapa dia melalui WhatsApp supaya berhenti ganggu saya.

Sejujurnya masa saya share confession saya, saya rasa sangat tepu dan hopeless.

Saya tunggu confession saya keluar supaya saya boleh baca feedbaack yang boleh bantu saya selesaikan masalah tu dengan cara paling bernas. Berhari juga ambik masa untuk confession saya keluar.

Posting tu released Isnin malam. Pada pagi Isnin tu, suami saya bagitau dia dah confront bapa dia. Masa tu hati saya terus rasa lapang. Rasa macam ya Allah ni yang aku nak dia buat. Bukan suruh bergaduh dengan bapa atau keluarga sendiri tapi just suruh cakap stop ganggu saya.

Suami saya terus straight to the point apa yang dia dah tau bapa dia buat kat saya, apa bukti yang saya simpan, dan apa saya cakap saya akan buat kalau tak stop. Suami saya juga highlight kat bapa dia yang semua tu adalah sexual harassment.

Masa saya geram kat suami, saya memang cakap jangan sampai saya mengamuk biar semua orang tahu and reveal number bapa mertua saya kat public supaya dia pula kena harass.

Bapa dia reply minta maaf tanpa deny satu pon listed points dan cakap benda-benda tu semua takkan jadi lagi.

Tamat di situ.

——————————————–

Lepas posting saya released dan saya baca komen-komen. Saya rasa lega bila perasaan saya tu di validated.

Terima kasih yang share cadangan-cadangan dan harap cadangan tu dapat juga membantu orang lain juga yang tersepit dalam keadaan sama. Terima kasih juga atas doa semua. Semua yang baik-baik kembali kepada kalian dan keluarga kalian.

Saya faham juga ada yang marah saya dan suami sebab tak ambik tindakan lebih awal. Sebab kalau saya baca cerita tanpa kenal family background pon saya akan bagi reaction sama. Memang saya pon marah suami kenapa susah sangat nak buka mulut, cakap jelah jangan kacau saya.

———————————————-

Character yang bapa mertua saya carry memang orang takkan expect apa dia buat. Memang family man sangat. So anak-anak sangat respect bapa dorang. Kalau takde bukti mungkin orang tak percaya.

Saya tak pasti kalau bapa mertua saya ada history miang dengan orang lain ke apa memang suami saya tak pernah reveal benda-benda macam tu.

Basically adik-beradik suami saya ni jenis anak-anak soleh la boleh dikatakan. Dengar cakap mak ayah, tak tinggi suara, jarang melawan. Daripada melawan, baik dorang diam. Adik beradik yang diajar adab dengan mak ayah. Tak burukkan mak ayah.

Bila jadi kejadian yang suami saya kena confront kelakuan bapa dia yang sangat diluar nalar tu dia jadi jem dan speechless. Sama berat apa yang saya rasa masa first time saya nak bagitau suami saya. Sebab tu saya cakap saya faham dia tersepit tapi saya nak juga dia cakap sendiri.

Sebab tu juga saya punya reaction tak aggressive. Anak-anak dia sendiri xpernah tinggi suara, xkan saya nak menjerit dan maki hamun. Itu yang ada di fikiran saya masa tu.

————————————————–

Kenapa jadi berat hati nak bagitau mak mertua, sebab dia pon carry beban dia dengan masalah kesihatan smua. Jadi memang saya ni tak jumpa cara nak bagitau macam mana kalau sendiri-sendiri. Takot pula tetiba kena heart attack dan marah saya balik.

Cadangan yang suruh buat-buat tanya depan-depan orang tu sebenarnya terlintas juga kat fikiran saya, tapi tak terbuat sebab saya automatik akan jadi diam, mengelak dan mode berjaga-jaga kalau dia ada.

Dengar cerita sahaja vs ada dalam keadaan tu memang sangat-sangat jauh beza. Reaction kita takkan sama dengan apa yang sepatutnya kita buat.

Bila awkward, terus jadi kejung, bila kejung tak kan ada reaction langsung. Saya tak reti nak explain tapi itu banyak terjadi kat saya masa tu. Sebab tu saya nak tau kalau ada orang pernah hadap perkara sama, apa yang dorang buat bila jadi benda macam tu.

————————————————–

Benda ini tak jadi dari awal perkahwinan, awal-awal normal je takde pelik-pelik. Selepas beberapa tahun dan kami dah ada anak baru dia start jadi pelik. Tak tau lah kenapa tiba-tiba dia boleh start jadi merepek macam tu.

Saya bersyukur sebab lepas saya bagitau suami, dia memang tak paksa saya g rumah mertua saya dan faham kenapa saya hanya salam MIL saya.

Suami saya pernah juga tegur kenapa taksalam bapa mertua saya, masa ni saya belum bagitau dia apa yang jadi, tapi lepas saya bagitau, dia dah faham.

Kami memang tak pernah tidur rumah mertua saya dah tahun-tahun kebelakang ni tapi saya tak pernah halang suami saya tidur di rumah mertua kalau dia nak.

Dia hanya bawa saya untuk ziarah dan makan-makan. Memang suami saya ambil langkah tak tinggal saya sendirian kalau balik rumah mertua untuk elak benda merepek.

——————————————-

Saya harap memang betul-betul dia stop ganggu saya dan berubah lepas ni.

Semoga tiada siapa dalam hidup kita semua kena hadap benda-benda macam ni & kepada sesiapa yang tengah hadapi benda sama, saya harap ada jalan keluar juga sebab benda ni sangat memenatkan.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan dan memberi cadangan..

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *