Nama aku Wani (bukan nama sebenar) umur aku 20 tahun.
Pada mulanya aku merupakan anak manja ayah aku. Mak aku seorang yang garang dulu. Setiap kali aku buat salah kecil mak aku akan pukul aku.
Setiap kali aku bergaduh dengan adik beradik aku, mak aku mesti pukul aku. Setiap kali aku dipukul, aku akan minta perlindungan dari ayah aku. Tapi ini tak bermakna ayah aku tak pukul aku.
Ayah aku sebenarnya lagi garang dari mak aku. Dia juga seorang yang panas baran.
Tapi disebabkan aku dibesarkan oleh ayah aku atas faktor mak aku berkerja. Hal ini menyebabkan aku lebih rapat dengan mak aku.
Dari aku berusia 5 tahun ayah aku dah selalu pukul aku. Dia sepak, lempang, terajang dan rotan.
Tapi sebelum aku masuk sekolah menengah aku anggap yang ayah pukul aku tu sebab salah aku. Ayah aku selalu paksa aku untuk dapat nombor satu dalam kedudukan peperiksaan sekolah.
Jadi kalau aku tak dapat memang aku kena sepak terajang. Kekadang bukan sebab aku tak berusaha tapi setakat itu sahaja kemampuan aku.
Ayah aku juga seorang yang mulut jahat. Dia selalu maki hamun aku dan hina rupa paras aku.
Disebabkan masa aku kanak kanak, aku suka bermain dengan alat solek. Aku pakai gincu atau pakai bedak. Kalau dia nampak, selalunya dia akan sama kan aku dengan binatang.
Sampailah aku menginjak remaja. Perangai ayah aku berubah. Dia makin kerap pukul aku.
Masa aku berusia belasan tahun. Ayah aku mula curang dengan mak aku. Aku sebagai anak perempuan pertama. Aku selalu jadi tempat luahan isi hati mak aku.
Walaupun mak aku selalu marah dan pukul aku, tapi mana ada seorang anak yang sanggup tengok mak dia menitiskan air mata.
Jadi aku ambik keputusan untuk bantu mak aku. Aku curi curi tengok telefon ayah aku. Aku berhubungan dengan teman wanita ayah aku.
Aku bongkar dekat semua teman wanita ayah aku bahawa dia dah berkahwin. Hal ini diketahui ayah aku.
Disebabkan dia nampak aku menghalang kegiatan dia untuk curang belakang mak aku. Dia anggap aku sebagai musuh dia. Dia makin kerap pukul aku. Sepak, terajang tu pekara biasa.
Sampai ada satu hari badan aku berdarah lepas terjatuh akibat diterajang ayah aku. Ada juga satu masa tangan aku berdarah akibat tercucuk paku dipukul ayah aku.
Yang paling teruk dalam hidup aku. Masa aku nak ambik percubaan SPM. Ayah aku nak bunuh aku. Dia kejar aku guna parang sebab nak tetak aku. Aku lari sebunyikan diri dalam hutan dengan sehelai sepinggang.
Esoknya aku tak ambik percubaan SPM. Aku larikan diri kerumah kawan aku selama seminggu. Puas mak aku pujuk rayu aku suruh balik.
Akibat kesiankan mak aku. Aku balik ke rumah. Tapi selepas dari kejadian tu. Aku mula bertekad dalam diri aku. Aku akan lindungi diri aku sendiri.
Ini bermakna aku akan pukul ayah aku kalau dia naik tangan kat aku lagi. Hati aku betul betul kecewa dan hancur.
Aku terlalu sayangkan ayah aku sebelum ini. Aku anggap dia pelindung aku.
Tapi hanya disebabkan perempuan lain iaitu teman wanita dia. Dia sanggup pukul aku anak kandung dia demi perempuan yang tak ada hubungan darah daging dengan dia.
Dari situ lah bermulanya detik aku bencikan ayah kandung aku sendiri. Aku jijik dengan dia.
Sampaikan aku rasa nak bercakap atau dengar suara dia pon aku rasa jijik dan menyampah. Aku kalau boleh tak nak dengar suara dia. Aku tak nak duduk satu ruang dengan dia.
Aku ingatkan dia dah berubah tak naik tangan kat aku lepas aku tak tegur dia dan buat hal aku sendiri. Rupanya benda sama masih berulang. Dia masih nak naik tangan kat aku.
Aku ingat tekad aku. Sebelum tangan dia hinggap kat muka aku. Aku pukul kepala dia pakai topi keledar sampai dia terjatuh ke tanah. Dia terkejut tengok perubahan aku.
Selepas kejadian tu berbulan bulan dia tak pukul aku. Sampai satu hari dia gaduh dengan adik aku. Dia lempar barang kat adik aku.
Aku pukul dia lagi sekali. Sampai sekarang aku rasa. Aku tak boleh tahan marah aku dengan dia. Setiap kali aku nampak dia nak naik tangan. Aku akan mula balas balik.
Sampai sekarang walaupun dia bercakap dengan aku tapi dendam aku masih ada dekat dia. Aku masih bencikan dia dan jijik dengan dia.
Mungkin perasaan ni akan berubah tapi aku rasa macam tak akan. Aku bencikan dia tapi dia ayah kandung aku. Aku tak tahu cara nak maafkan dia dan hilangkan dendam aku ni. Dia pon tak pernah mintak maaf.
– Wani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit
Cerita nie sma dgn crita kisah hidup sya msa zmn kanak2 dlu.Selalu kna rotan kna pukul sepak terajang dgn ayh kndung sndiri.Smpai la ke usia remaja…xtau mcmane cara nk maafkan dya…wlaupon dh kwin skrg tpi prasaan skit hti kecewa msih ad…xtau laa nk katakan benci ke apa..smpi nk duduk seruang dgn dya pon xmau..apatah lgi skrg nie tiap kli balik kg tu…salam dya…dya peluk cium pipi dn dahi…rsa serius xselesa lgsung…rsa geli sgt2 bila kna peluk ngn ayah kta yg dlu kaki pukul kta…smpi prnah rsa nk kna tikam ngn dya…mujur ada abg kndung je tlong halang…klau x…xtau apa jdi kt sya msa tuu…Allahu Akbar…dpt bapak panas baran bkn mudah utk kta hadapnya…kta diseksa sehabis habisnyaa…π₯Ίππ