Perasaan Cemburu Dengan Adik Beradik

Pertama sekali, terima kasih andai confession sis diluluskan. Minta maaf sebelum tu, kalau nukilan agak panjang dan maaf, sis selesa bahasakan diri ni sebagai Sis. Panggil sis Memey saja.

Sis ada 5 adik beradik. Semua belum kahwin, tinggal serumah dan semua sejantina. Beza umur sis dengan adik bawah ni 5 tahun, yang lain antara kitaorang setakat setahun, dua saja. Cukuplah tu sebagai pengenalan.

Masalah sis sekarang ialah sis cemburu dengan adik beradik sis. Semua adik beradik sis berjaya dalam hidup. Sorang tu berjaya dalam bidang pertanian dia dengan beberapa pekerja bawahan. Kira pangkat pengurus lah.

Seorang lagi, eksekutif kanan lebih macam seorang pemberi motivasi. Yang lagi satu pulak pekerja senior berpangkat pengurusan juga selain maju dalam bidang hartanah dan insurans.

Sis pula di sini hanya sebagai eksekutif kontrak dalam perkhidmatan pelanggan-bidang yang lari daripada yang sis minat dan tak berkembang untuk sis. Kenapa sis cakap tak berkembang?

Lebih 5 tahun dalam khidmat pelanggan dan situ jugala sis berterusan tanpa berkembang, hanya pembaharuan kontrak setiap tahun.

Tak ada kenaikan pangkat atau sebagai team leader, tak ada kenaikan gaji, Tak ada apa apa kejayaan yang sis boleh banggakan. Yang baiknya, soft skills yang bertambah baik dan lebih berpesonaliti.

Dan realitinya, sis malu nak mengaku sis dalam customer service pada keluarga sis. Malu sebab sis tak minat bidang ni, dan tak ada pencapaian tinggi yang sis dapat.

Sis lagi minat bidang sumber manusia tapi tak pernah berpeluang. Belajar pun bidang lain jugak. Kiranya, 360 darjah lari dari perancangan.

Walau begitu, sis tetap bersyukur kerana masih mempunyai kerja. Cuma sis bandingkan sekarang ni dalam lingkungan keluarga sis. Pencapaian peribadi. Kerana ia memberi kesan pada motivasi diri sendiri.

Harap pembaca faham. Jangan kata sis tak bersyukur pula. Sis usaha cari bidang lain, tapi tak semudah tu.

Once kita dalam bidang customer service, your opportunity will always be in the same circle. Pernah lah sis cuba untuk bidang HR, kebanyakan nak pengalaman atau kelulusan dalam bidang tu saja. Temuduga yang sis dapat semuanya bidang khidmat pelanggan.

Sis tak berminat dalam menjawab call ni. Ni pun kontrak sis tamat hujung tahun ni dan sis tak ada rasa macam nak sambung. Tengoklah macam mana.

Back to cerita adik beradik sis tadi. Bila kami berbual dengan saudara, sis paling benci soalan, kerja mana sekarang? Lepas tu baru soalan kahwin. Hehe.

Why? Sebab adik adik sis kerja best best. Bangga lah sebut masing-masing pengurusan. Sis kuli saja. Kontrak pula tu. Customer service pula tu.

Pembaca tolonglah faham. Bukan merendahkan bidang cutomer service ni tapi benda ni memberi impak untuk keyakinan diri sis. Sebagai motivasi untuk diri. Bukan sis nak ada perasaan berlagak, tapi sis nak ada kebanggaan dalam buat sesuatu yang sis suka.

Contoh orang tanya, kerja apa, kerja mana? Sis bangga dan lebih yakin menjawab sis kerja sebagai Human Resource atau di syarikat A yang stabil. Untuk motivasi diri sis sendiri. Bukan untuk riak.

Dan sebabkan sis malu dengan level sis yang jauh berbanding adik beradik, menjadikan kami macam tak ada connection atau chemistry.

Selalunya, kalau kita ada adik beradik ni, mungkin rapat atau kongsi cerita, bergosip sama sama, shopping, chill out even main game streaming sama sama ke.

Tapi sis tak macam tu. Antara sis adik beradik, sis rasa sis yang paling terasing dalam hubungan ni. Sis macam lone ranger.

Yang nombor 1, 3, 4 dgn 5 kongsi macam macam rahsia. Bercerita, keluar sama sama. Sis rasa macam terasing tambah pula faktor jarak umur dan minat beza buatkan sis rasa diri sis macam anak angkat pula.

Bukan diorang pinggirkan sis. Cuma chemistry untuk berbual, berkongsi cerita tu tak ada. Menyebabkan sis lagi bercerita dengan kawan kawan saja mengenai diri dan rahsia sis. Kawan sis tak lah ramai tapi ada lah yang boleh mendengar dan bergelak ketawa sama.

Sampai sis boleh cakap, kawan sis lebih mengenali sis dan tahu macam macam rahsia sis berbanding dengan keluarga sendiri. Sis orangnya jenis suka bergurau, attenttive listener dan lain lain.

Tapi dengan adik beradik sendiri, mereka nampak sis macam seorang pendiam dan introvert. Padahal nya tidak. Jurang tu macam tak boleh nak dirapatkan dah.

Sis nak sangat ada adik beradik yang rapat, ada connection yang bagus, termasuk sama sama ada perjalanan career yang bagus, tapi i dont know. Kalau dari career development, memabg sis tewas dan nak nangis dah fikir penyelesaian.

Redha saja sekarang. Kalau mengenai chemistry, sis dah cuba ubah cara bergaul dengan mereka, banyakkan bergurau tapi outcome dia masih menyedihkan. Sis masih berdoa pada Tuhan semoga benda ni tak menjadi parah.

Takut sampai ke besar, hubungan kami renggang dan perasaan cemburu tu lama lama jadi benci. Minta dijauhkanlah. Semoga ada sinar harapan buat kehidupan sis. Terima kasih.

– Memey (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *