Perasaan Dilabel Playgirl

Aku perempuan umur 26. Single but unavailable.

Selalunya confession kat sini sebut pasal perempuan cepat perasan. Setiap kali ada yang post macam tu, komen dia mesti lebih kurang gini.

‘Lelaki tolonglah jangan baik sangat dengan perempuan tu kalau tak mahu kahwin dengan dia.’

‘Lelaki jangan bagi harapan palsu, please!!!’

Dalam confession tu, jelas-jelaslah bahawa lelaki dianggap sebagai jahat.

So aku pun tergerak hati nak citer masalah aku jugak. Sebab aku pun ada masalah yang lebih kurang sama. Cumanya dalam kes aku, lelaki yang selalu tuduh aku ni tak jujur dan suka bagi harapan palsu. Haha nampak tak kat sini. Sebenarnya lelaki pun ramai je yang senang perasan.

Sebelum-sebelum ni, bila aku baca confession yang menuduh lelaki bersalah sebab bagi harapan palsu, aku rasa macam ayat tu ditujukan pada aku. Hakhakhak

Seriously, ada je sebenarnya lelaki yang cepat perasan. Banyak je aku jumpa. Maknanya dalam kes aku ni, mungkin akulah kot yang dah bagi harapan palsu tu.

Tapi kan, seriously aku akan terpinga-pinga bila orang tuduh aku ni playgirl. Sebab dalam kes-kes yang jadi pada aku, aku pun tak tahu tang mananya harapan palsu tu. Aku memang berkawan dengan ramai lelaki, tapi kawan perempuan aku lebih ramai. Dan kawan-kawan aku yang lelaki, majoritinya tak tahu nama facebook, twitter, wechat, phone number, bla bla bla…

Maknanya, kitorang tak pernah chat personally. Betul-betul akan berinteraksi pun waktu ada urusan penting. Sebab aku jenis yang tak reti nak sembang-sembang kosong. ‘buat apa tu, dah makan ke belum, hari ni sarapan apa etc, etc.’ Aku tak reti semua tu.

Bagi aku, itu dah membuktikan yang aku berkawan memang sekadar berkawan. Tang mananya aku bagi diorang harapan?

Kes pertama.

Lelaki ni tua enam tahun dari aku. Ada kerjaya, ada rumah sendiri, kewangan stabil, ada beberapa buah rumah dan kereta yang dia beli untuk disewakan pada orang, dalam masa yang sama dia juga ada beberapa buah cawangan restoran western food. Dan dia masih bujang.

Okey, dalam kes dia ni, aku anggap dia tengah desperate je kot. Bukan betul-betul suka aku pun. Ye la kalau umur dah masuk 32 tapi tak kahwin-kahwin lagi, mesti la orang keliling mendesak sampai dia stress. Terutama mak ayah dia.

Aku jugak menganggap, dia ni seorang yang terlampau sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa nak berkawan dengan perempuan apatah lagi nak cari pasangan. Kebetulan masa tu aku ni antara beratus regular customer yang selalu singgah kat kedai dia.

Aku pun tak tahu sejak bila dia menyangka aku ni sukakan dia. Kalau korang tanya sejak bila dia target nak buat aku ni bini dia, lagilah aku tak boleh nak jawab. Sebab selalunya bila aku pergi kedai dia, dia akan layan aku sama je macam customer lain. Dia bergurau, usik-usik.

Normal la tu kan? Kan?

Aku plak memang jenis yang perangai budak-budak. Happy go lucky n childish punya pasal sampaikan orang tak percaya umur aku 26. So setiap kali dia sakat aku, aku layan je la macam mana aku layan kawan-kawan aku. Dia suka label aku dengan gelaran ‘budak kecik’, aku pulak selalu gelar dia ‘sombong’.

Asal pergi kedai dia je, mesti aku sapa dia gini, ‘hai, sombong!’

Dia pulak akan jawab, ‘hai, budak kecik! Pi makan calci-yum banyak sikit.’

Normal je semua tu kan? Tak boleh dikatakan ada berlakunya sebarang transaksi emosi kat situ.

Tup-tup satu hari ni, dia kata nak ikut aku balik kampung, nak jumpa bakal mak mertua.

Aku pun apa lagi, memang aku bantai gelak jela. Aku jawab gini.

“Jom, jom!”

(Member-member aku marah siot bila diorang tahu aku kata gitu.)

Masalahnya, aku memang aku tak boleh nak anggap serius pun benda-benda macam tu. Sebab dia cakap macam tu dalam nada yang gurau-gurau. Lagipun dia memang jenis yang tak pernah serius bila bercakap. Even sampai sekarang pun aku masih tak nampak tang mana yang seriusnya dia. Aku anggap dia memang jenis yang suka gurau gitu dengan semua customer.

Dalam setahun lepas tu, aku kena tukar department. Masa aku tengah sibuk siap-siapkan barang masuk kotak, dia tanya aku nak pindah ke mana. Aku jujur jela jawab.

Tetiba dia mintak nombor fon dengan nama fb aku. Aku buat don’t know je sebab aku tak rasa perlu pun berborak sampai ke dalam fon bagai. Terserempak kat kedai then sembang-sembang macam biasa pun okey kan? Aku pun tak tahu nak sembang amende nanti kalau dia chat.

Dekat sepuluh kali jugaklah dia mintak nombor fon. Dia kata, lepas ni dah tak dapat jumpa aku lagi.

Kebetulan pekerja dia ada kat situ. Pekerja dia menyampuk,

‘nak tolong hantar dia balik kampung pulak ke?’

Yang dia pula pergi ngangguk. Masa tu jugak dia ajak aku kahwin. Masa nilah baru aku start rasa ada benda yang tak kena. And tak lama lepas tu, heboh dalam kalangan kawan-kawan dia yang aku ni bakal isteri dia.

Masa tu aku jadi macam…

What????

Berminggu-minggu jugak aku stress dengan gelaran yang orang-orang kat kafe tu bagi pada aku. Kekadang tu kalau dah extreme sangat aku punya menyampah tu, aku boikot terus kafe tu. Sanggup pergi beli makanan kat luar lagi. Haha

Pekerja dia jugak tak tahu yang aku dah reject dia. Mungkin dia sendiri yang tak nak bagitau. Takut malulah tu, takut jatuh ego.

So, tak habis-habis la diorang duk panggil guna gelaran yang aku tak suka tu. Sudahnya, disebabkan nak mendiamkan mulut pekerja-pekerja dia tu, bila diorang usik aku dengan gelaran ‘girlfriend wan’, aku tengking diorang kat situ jugak. Brutal aku kan? Kahkahkah

Sejak tu diorang dah tak berani sebut lagi pasal tu. Aku pulak bagitau terus terang pada dia yang aku tak ada apa-apa perasaan pada dia. Sila cari orang lain, dan kalau dia tak suka aku bagi harapan, then aku pun tak kisah untuk putus kawan dengan dia.

Well, it’s just nothing particular, isn’t it? Kitorang tak rapat pun dan aku pun tak anggap dia penting dalam hidup aku. Jadinya, memang takde masalah la untuk aku menghilang dari mata dia. Aku boleh je makan kat kafe lain. Asalkan dia boleh berhenti mengharap, itu yang paling penting.

Tapi dia still jugak mengharap, kononnya kalau dia tunggu lama-lama dan bersungguh tunjukkan sifat ambil berat, lambat-laun nanti aku akan terbuka hati untuk dia. Pastu entah mana dia dapat nombor fon aku, dia call-call tak habis-habis. Sudahnya aku bagi aje fon tu kat ayah aku bila dia call. Bila dengar aje suara ayah aku, terus dia letak. Heh, tau pun takut!

Dia punya habit ni kan, selalu buat aku teringat kat iklan raya yang pasal Syawal dengan Yana tu. Nak jumpa bakal mak n bapak mertua pun takut, dah tu apa maknanya ajak aku kahwin?

Disebabkan kes tu (bagi fon kat ayah), dia hantar SMS pada aku. Panjang lebor SMS tu, aku pun tak berapa ingat sangat ayat dia. Cuma yang pasti, maksud dia gini.

‘terima kasih je la okey. Bagitau je la dari awal, kan senang. Kejujuran itu penting dalam hubungan.’

Aku baca. Dan lepas tu aku delete SMS tu dengan rasa lega, sebab masalah dah selesai. Aku tak reply SMS tu, sebab aku dapat agak, kalau aku reply nanti, dah jadi macam sesi soal jawab pulak. Itu dah sama macam bagi harapan jugak la tu. Lagipun aku memang malas nak panjang-panjangkan cerita. Dia dah faham tu baguslah.

Tapi disebabkan aku tak reply, dia fikir SMS tu tak sampai pada aku. Dia call-call aku lagi! Hohoho…

Rasanya dia ni memang jenis yang ego melangit la. Orang tak reply SMS pun dia dah anggap mencabar maruah. Dari situ aku tahulah, dia ni jenis yang pantang kalau orang tak tunaikan kehendak dia. Ye la, bayangkan la siapa diri dia. Businessman berjaya kan? Ketua pada empayar perniagaan dia sendiri.

Semua yang nak, mesti dia akan usahakan jugak sampai tercapai.

Aku pulak, bila dia dah tunjuk perangai cenggitu, memang lagi malas aku nak ambik tahu pasal dia.

Sudahnya aku tukar nombor!

Alhamdulillah selesai masalah. Walau selepas itu jenuh aku nak kena inform semua orang yang aku dah tukar nombor. Tapi tak apa, seksa dia tak seteruk diganggu lelaki ego tu.

Okey, habis kes pertama.

Yang kedua ni pulak, dia muda dua tahun dari aku. Baru habis belajar, belum ada kerja tetap, tak berapa matang, dan yang paling penting, kawan-kawan dia panggil dia King. Aku pun tak tahu apa sebab dia dapat title tu. Aku kenal dia pun sebab masa tu kitorang kerja satu team.

Ada jugak khabar angin mengatakan yang dia ni jenis suka control handsome. Aku tak perasan pulak benda tu, sebab aku anggap dia macam adik-adik je. Alah, dia sebaya adik aku kut, siap muda lima bulan lagi! Haa… nak kata betapa adiknya dia di mata aku.

Berbeza dengan yang pertama tadi, dia ni sosial orangnya. Asal terserempak dia je, mesti keliling dia perempuan je semuanya. Aku pun pelik, company ni takde pekerja lelaki ke, sampai dia terpaksa lepak dengan perempuan setiap masa. Padahal company ni run business in engineering field kut. Kalau computer engineering tu tak apa lagi, ini civil engineering! Takkan engineer perempuan jauh lebih ramai dari lelaki? Nisbah 1:10 ke? Lol!

Satu lagi fakta tentang dia ni, dia agak romeo. Housemate aku kenal dia, sebab housemate aku pernah nyaris terkena dengan dia.

So bila dia try approach aku, aku tanya la niat sebenar dia yang nak berkawan dengan aku. Aku tanya jugak, ‘bukan U dah ada ramai kawan perempuan ke? Tak cukup ke?’

Jawapan dia?

Dia kata semua perempuan yang lain tu cuma kawan je. Dia tak serius pun. Siap dia kata, mak dia yang suruh berkawan macam tu. Heh, aku sengih dalam hati je mendengar ayat klise seorang playboy. Sempat lagi kau jual nama baik mak kau ye, dik?

Tapi dalam mengutuk-ngutuk adik tu, bila aku tengok yang budak ni masih boleh dilentur, aku pun terimalah niat dia yang nak berkawan dengan aku tu. Maksudnya, kawan macam kawan aku yang lain la.

Kebetulan pulak masa tu aku memang kena banyak berurusan dengan dia. Biasalah dunia engineering ni. Banyak benda yang perempuan tak boleh handle. Disebabkan dia ni jenis yang welfare punya orang, aku banyak minta tolong dialah.

Dia memang rajin tolong aku. Apa je yang aku mintak, mesti dia akan tunaikan. Kalau aku wasap dia masa dia tengah belajar gitar, dia akan ketepikan gitar dia tu dan layan wasap aku. Kalau dia tengah dalam kereta nak balik kampung (kawan dia drive), kebetulan masa tu aku minta tolong buat something guna laptop dia sebab laptop aku rosak, dan dia pulak tak bawak laptop dia masa tu, dalam kereta tu jugak dia akan capai laptop member dia. Dia siapkan kerja tu dalam kereta tu juga. Kadang tu kalau aku demam ke apa… aku stres ke.. bla bla bla… semua dialah!

Kekadang aku rasa macam aku ni cuma mempergunakan dan ambil kesempatan atas dia punya sifat welfare pulak. Kan? Kesian juga, tapi dia sendiri kata dia tak kisah tolong aku. Hmmm… (Sila hadam yang sifat caring ini jugak adalah ciri-ciri seekor romeo)

Dalam setahun lebih jugaklah kitorang berkawan. Tiba-tiba satu hari ni, tak ada angin tak ada ribut, dia tanya sama ada aku suka dia. Sebab dia rasa macam aku suka kat dia, dan dia pun rasa macam dah terbagi harapan kat aku.

Aku pun tanyalah, kenapa tiba-tiba dia tanya macam tu.

Dia kata, “saya takut kalau2 ada terbagi harapan ke apa kat awak” (kerek siot)

Aku bila dengar dia kata macam tu, entahlah, tak tahu aku nak cakap macam mana untuk mendescribekan suasana masa tu. Aku yang confuse dengan identiti diri sendiri ke, atau dia yang berhalusinasi? Dia ni anggap aku sebagai bahan eksperimen untuk uji dia punya tahap romeo ke? Ayat last dia tu bukan main lagi, takut terbagi harapan la apa. Padahal dulu dia yang cari aku, nak suruh aku terima dia jadi kawan dia.

Stress aku dengan makhluk macam ni! Orang betul-betul terima dia sebagai kawan, alih-alih dia fikir orang terima sebab orang dah jatuh hati.

Masa tu aku terfikir, itu ke tujuan dia berkawan dengan aku selama ni? Dia jadi mamat welfare pun sebab nak buat aku suka kat dia? Hohoho…

So masa tu, aku takde rasa bersalah dah pada kebaikan-kebaikan yang dia hulur selama ni. Baguslah tu, jahat jumpa jahat. Aku pergunakan dia untuk kesenangan aku, dia pulak buat-buat baik dengan niat suatu hari nanti dia boleh tengok aku kecewa. Hek eleh… akak dah biasa jumpa playboy yang lagi dahsyat dari awak la, dik. Akak kan lagi tua dari awak, dah lebih banyak makan garam tau?

Aku gelak-gelak dalam hati je masa tu. Aku cuba tunjuk profesional, tak sampai hati nak gelak terang-terang depan dia. Ye la… mood dia tengah serius tu kan. Kang kecik pulak hati dia.

Lama jugak aku diam sebab terkial-kial nak cari ayat. Seboleh mungkin, aku tak nak dia kecik hati atau termalu sendiri oleh penyakit perasan dia tu. Aku tak nak hilang kawan yang baik macam dia.

Okeylah, mungkinlah memang aku yang bersalah. Aku layan diorang sampai diorang rasa diri diorang special. Ini bukan kali pertama orang tuduh aku gitu.

So aku nekad, lepas ni mungkin aku dah tak boleh nak berkawan dengan lelaki sangat. Berkawan bila perlu je. (tapi seingat akulah, memang selama ni aku berkawan bila perlu je. Tak ada pulak aku nak ngengada berlebih-lebih atau manja-manja. Musykil dibuatnya)

Masa tu bila dia tunggu jawapan aku, aku tanya. “Kenapa tanya macam tu? Gaya I ada macam suka kat U eh?” Aku rasa itulah ayat yang paling lembut dan paling mujarab untuk tak buat dia malu sendiri.

Sebab kat dalam kepala aku, berderet-deret dah senarai ayat yang nyaris aje mulut aku ni nak lepaskan.

‘U rasa lepas semua khabar angin yang I dengar pasal U, I boleh suka lagi ke kat U?’

Atau,

Gelak terbahak-bahak sampai puas dulu. ‘U ni lawaklah. Macam mana U boleh terfikir sampai ke situ? Ke memang U ada bagi harapan pada I ni? Cuma I je yang tak nampak?’

Atau ayat yang paling pathetic nya adalah, ‘maaflah… I tahu I yang salah. I jahat, tak kenang budi… tetap tak boleh nak ada rasa suka kat U walau U dah buat macam-macam untuk I…’

Bagi aku, ayat-ayat macam tu cuma akan buat dia down dan malu yang amat. Ye la… dia kan player. Kawan-kawan pulak panggil dia King. Mungkin niat dia berkawan dengan aku pun setakat nak test market aje. Jadinya bila dah gagal, mestilah ego dia tercabar. Kan?

Masa tu bila aku jawab gitu, muka dia automatik jadi merah padam tau. Aku rasa dia malu dan dalam masa yang sama, dia juga marahkan aku. Lebih kurang gini,

Merah.malu + Merah.marah = Merah.padam

Merah (malu + marah) = Merah.padam

Merah.padam / (Merah) = malu + marah

Kecilkan equation, jadi,

Padam= malu + marah

Dalam bentuk ayat, jadi gini.

Malu tambah marah, jadi padam.

Kalo kat kampung aku, istilah ‘padam’ ni sama je maksud dengan mati. So kesimpulan pada equation tadi tu, dia jadi malu dan marah yang teramat sampai rasa macam nak mati. kahkahkah

Yeah, aku faham tu. Yang aku tak fahamnya, bila aku dah jawab macam tu, tetiba dia jadi agresif dengan memaksa aku mengaku yang aku suka dia. Haik? Tak ke pelik tu?

Dia kata, ‘tangan U menggigil! I tahu U nervous jumpa I!’

Betul tak aku cakap? Dia ni tak matang.

Aku pun… haihh… aku explain jela pada dia. “I tengah demam ni kan? You pulak tak menyempat-nyempat, suruh jugak I keluar time cuaca tengah sejuk macam ni.’

Disebabkan ayat tu, dia bertambah down.

Betul, kan? Itulah yang jadi bila seorang egois merasa dirinya telah ditewaskan. Biar dialah, salah dia sendiri. Sebab sejak tu, terus dia sisihkan aku dan tak pedulikan aku dah. Kalau tak aku yang wasap dia dan tanya khabar, alamatnya memang lost contact la kitorang.

Lama-lama, bila keadaan terus jugak macam tu, aku penat. Rasa macam terhegeh-hegeh pun ada.

Sudahnya, aku pun berhenti bertanya khabar. Hilanglah seorang lagi kawan aku…

Aku anggap, selama ni dia memang tak hingin pun berkawan dengan aku. Mungkin dia dicabar kawan-kawan dia ke apa. So bila dia gagal dan pastu termalu sendiri pulak, dia pun stop. Dia cari perempuan lain pulak untuk asah bakat playboy dia tu. Aku di K.I.V dulu untuk sementara. Mungkin nanti bila dia dah betul-betul yakin dengan skill dia, masa tu baru dia cari aku balik. Haha, load of craps.

So, apa yang aku nak cakap kat sini,

Lelaki ke… perempuan ke… sama je. Masing-masing ada hati & perasaan. Kalau korang rasa korang pernah dikecewakan oleh kaum lelaki, ingatlah yang lelaki pun pernah dikecewakan dengan teruk oleh kaum perempuan. Cuma lelaki ni… diorang tak luah kat tempat umum je, sebab nak menjaga ego. (budaya ‘apa barang laki nangis!’)

Dan jugak, walaupun korang adalah victim yang teraniaya, tolonglah jangan tuduh kitorang yang criminal ni sebagai ‘suka bagi harapan palsu’. Kitorang cuma jadi diri sendiri. Happy go lucky, suka ambil berat, pendengar yang baik, suka bagi hadiah, suka buat lawak, suka hiburkan orang, seronok bila dapat tolong orang, dan suka jadi comel. Dah memang nature kitorang macam tu, nak buat macam mana lagi.

– Deksha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *