Perasaan Dilabel Playgirl II

Hi, korang.

Roman ‘II’ pada tajuk tu dah terang-terang bagitau yang confession ni adalah rentetan kepada confession aku yang mula-mula hari tu. Sebab aku terbaca banyak komen berunsurkan meroyan, dan aku pun tak sampai hati untuk membiarkan tergantung komen-komen yang menyoal dan mempertikai isi tulisan aku masa tu.

Aku anggap, itu adalah suara orang-orang yang pernah rasa sakit dan kecewa diberi harapan palsu. Indeed, orang yang pernah melalui saja yang akan faham, kan? Tapi tak apa, aku boleh berusaha faham, dan aku pun tak kata korang bersalah.

Tak diwajibkan baca tulisan ni sampai habis pun. Mungkin akan lebih ramai yang meroyan. Hehe… dan sila jangan marah, sebab aku memang suka gelak. Sebab tu aku kata ramai yang tak percaya umur aku 26.

Yeah, dalam real life pun memang aku selalu dapat jolokan ‘dominan lady’. Maksudnya, betullah bila ada komen-komen mengatakan aku ni ‘perasan’, ‘berlagak bagus’, ‘cringe’ dan yang sama waktu dengannya.

Aku memang selalu berbeza personaliti di waktu kerja dan di waktu santai. Realiti orang Malaysia pula (melayu khususnya) memang akan secara automatiknya melabel seseorang yang nampak bagus atau berani bersuara, dengan gelaran-gelaran negatif macam tu. Sebab tu bila aku ke Eropah, orang sana selalu kata yang orang-orang asia ni terlampau pasif dan pathetic. Sekarang aku dah tahulah puncanya.

Baik. Soalan pertama yang aku dapat daripada confession hari tu;

“Menipu! Kata tak pernah sembang deep/ chat. Tapi boleh pulak tahu dia ada berapa rumah n berapa kereta!”

Okey, perempuan ni sejenis makhluk yang mata dan ingatan dia sangat tajam tau. Of course la aku boleh tahu yang dia ada BEBERAPA rumah dan kereta untuk disewakan. (Note: Aku tak tahu berapa bilangan secara spesifik. Hari tu pun aku cuma cakap ‘BEBERAPA’, baca dua tiga kali pun still perkataan yang sama aku jumpa. Tak tahulah pulak kalau korang ada terjumpa nombor dalam tulisan aku hari tu. Sila jumpa psychiatrist la, sebab itu tanda-tanda halusinasi)

Okey, balik pada point asal. Kalau dah nama pun dia berbisnes, mestilah dia iklankan bisnes dia tu. Dan aku, aku sebagai orang awam yang boleh membaca tulisan rumi ni pun dah tentulah akan terbaca iklan tu, termasuklah akan terbaca sekali nama pemilik rumah dan kenderaan untuk dihubungi. Simple kan?

Aku tak perlu jadi penyiasat handalan pun untuk tahu benda tu.

Kedua. Aku sangat-sangat bersetuju pada komen yang mengatakan, “orang yang dah biasa bergaul dengan macam-macam bangsa asing memang akan berfikiran terbuka.”

Yeah, absolutely. Betul sangat komen tu.

Okey, sekali lagi aku ambil contoh orang-orang eropah. Sorry la kalau ada yang akan kata aku ni lupa daratan ke, atau berlagak ke, atau ‘macam dia sorang pernah pergi eropah’ ke, atau apa-apalah. Nak buat macam mana. Aku terpaksa juga buat perbandingan dengan bangsa yang lebih maju.

Di Eropah, kalau kau baru pertama kali ke sana, dan kalau kau jugak jenis yang senang perasan, maka kau akan dapati yang setiap lelaki di sana sukakan kau.

Serius aku cakap, orang Eropah sangat supportive, caring, dan sangat-sangat gentlemen. Even kalau kau kat pasaraya dan kau tak cukup tinggi nak capai barang, tak payah tunggu lama atau panggil pekerja pasaraya. Confirm akan datang orang yang tolong kau. Kekadang tu siap yang tahap muka pecah rumah lagi(brutal nak mampoih). Yang bertatu satu badan pun, diorang tak segan silu untuk jadi yang pertama datang menolong.

Ni aku cakap betul ya. Kalau kau jenis yang senang perasan, maka akan kemaruk nak berlaki la kau kat sana. Mamat mata biru yang tolong kau tu entah-entah gay pun. Chait!

Sebab tu, bila di Malaysia ni pun aku terbawa-bawa perangai supportive, gentle dan mesra alam, tak bolehlah salahkan aku atau sewenang-wenangnya menuduh aku tak jaga batas pergaulan, bagi harapan palsu, perempuan murahan, atau apa. Hanya buka sedikit minda, dan kau akan nampak, betapa kebaikan hati dan sifat suka menolong itu tersangatlah seronok diamalkan, dan merupakan cara hidup yang sangat mendamaikan jiwa. Bukanlah sikap yang hanya digunakan waktu kau ‘ada udang di sebalik batu’, atau nak mengorat.

Tak faham lagi?

Tak apa, aku sambung je menjawab kecaman yang seterusnya.

Yes. Aku memang sangat complicated orangnya. Otak aku ada macam-macam benda besar yang kena aku fikirkan. Sebab tu cara pertuturan aku tak normal macam korang. Sebab tu aku suka gelak, sebab tu aku jenis yang susah nak sedar bila ada lelaki minat kat aku. Dan sebab tu jugaklah aku tak pernah kisah nak cepat-cepat kahwin. Sebab aku tahu apa yang aku nak. Dan aku tak pernah kisah pun kalau tak berlaki.

Ini aku tak cakap besar ya. Ini memang pendirian aku dan beginilah cara aku dibesarkan.

Aku hanya akan berkahwin bila aku yakin lelaki tu mampu membahagiakan aku, dan aku juga tahu bagaimana mahu bahagiakan dia. Core value hidup aku adalah kebahagiaan. Aku takkan kahwin kalau semata-mata sebab dia kaya, atau sebab aku nak anak, atau pembimbing, atau sebab umur dah lanjut bla… bla… bla…

Nak duit? Aku sendiri boleh usaha cari duit.

Nak anak? Adakah aku boleh jamin yang anak mampu membahagiakan aku bila tua nanti?

Nak pembimbing hidup? Adakah aku tak mampu berusaha bimbing diri sendiri? Serius cakap, kalau kita sendiri pun malas atau tak boleh nak bimbing diri, maka silalah berpijak di bumi nyata. Jangan harap orang lain boleh bimbing kita.

Nak hidup berteman? Kesunyian? Okey, itulah petanda yang aku akan curang atau akan minta diceraikan, bila dah tak kesunyian nanti, dan waktu aku jumpa lelaki lain yang lebih romantik.

Sedar tak sedar, niat-niat kat atas tu la antara punca Malaysia ni jadi negara duda dan janda. Baik aku jadi anak dara je. Tua-tua pun, sekurang-kurangnya aku tak ada sejarah hitam perkahwinan separuh jalan. Dan aku tak perlu tanggung risiko membesarkan anak-anak yang tak cukup kasih sayang akibat their broken family. (Note: janda & duda sila jangan salah faham. Aku tak hina korang. Aku cakap dulu siap-siap, senang. Sebelum ada mambang yang pergi kecohkan benda ni)

Bunyi macam aku cakap besar kan?

Memang pun. Kalau kau jenis yang suka cari salah orang. Hahaha.

Kalau kau baca dengan niat nak dapatkan info, kau akan jumpa deretan fakta, ilmu dan ideologi yang terselit di sepanjang berminit-minit kau luangkan masa membaca tulisan ni.

Apapun, all the best pada korang yang masih tercari-cari cinta tetapi sentiasa end up dengan harapan palsu. Semoga akhirnya nanti korang berjaya jumpa apa yang korang cari.

Dan aku, sebagai wakil ‘persatuan’ orang-orang yang ‘pernah bagi harapan palsu’, aku minta maaf. Aku faham, bukan semua orang faham cara hidup kita.

– Deksha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *