Perasaan ku Tergantung Sepi

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau sudi siarkan tulisan saya. Saya nak minta pendapat di sini sebab saya rasa dah buntu sangat.

Saya & suami dah berkahwin 2 tahun, belum ada rezeki zuriat. Saya berasal daripada dysfunctional family so deep down sebenarnya saya kurang percaya kepada institusi perkahwinan. Kami bercinta selama 5 tahun sebelum dia ajak saya kahwin. Dia tak sambung belajar lepas diploma dan terus bekerja manakala saya pula melanjutkan pelajaran.

Saya setuju untuk kahwin sebab saya dah taknak hidup dalam maksiat; couple etc. Kami pernah cuba putuskan hubungan tapi bertahan seminggu je. Maka, saya berkahwin untuk mendapatkan keredhaan Allah & meninggalkan apa yang Dia tak suka. Kami berkahwin selepas setahun setengah saya mula bekerja. Belanja kahwin, sewa rumah, kelengkapan rumah semua kami usaha sendiri berdua.

Sebelum kahwin, awal-awal saya dah jelaskan dekat suami yang saya tak perlukan harta benda, wang ringgit daripada dia sebab benda yang saya boleh cari sendiri, saya akan cari sendiri. Apa yang saya perlukan daripada dia hanyalah benda yang saya tak dapat daripada ibu bapa, keluarga saya sendiri: kasih-sayang, warmth, to live & enjoy life together, to have something & someone to come home to after a long day at work.

Itu adalah prinsip saya dalam perkahwinan kami selama 2 tahun ni. Alhamdulillah rezeki saya murah dari segi wang ringgit sebab saya dapat kerja & gaji yang elok lepas habis belajar. Suami pula kurang bernasib baik dalam pekerjaan & gaji dan diuji daripada segi itu selepas kami berkahwin tapi bagi saya, di situlah kekurangan dia & kelebihan saya untuk kami saling melengkapi.

Dia pernah cakap dengan saya hidup dia makin susah selepas berkahwin dengan saya (hancur hati saya bila dengar). Saya jawab dia tak sedar itu adalah bebanan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.

Malangnya, semakin lama, dia semakin mengabaikan nafkah batin saya; nafkah emosi & nafkah di tempat tidur. Dan semakin lama, saya rasa semakin tidak adil sedangkan gaji & wang ringgit saya sentiasa didedikasikan untuk perkahwinan kami, untuk bantu dia di mana yang dia tak mampu. Saya tak pernah menuntut & memaksa nafkah zahir malah saya sentiasa menyokong dia di saat dia bertukar tempat kerja sebanyak 4 kali dalam setahun.

Saya sampai di diagnose dengan depression sebab tempat kerja saya toksik & lack of emotional support sampai saya dapat eczema teruk sebab stress tapi saya bertahan kerana saya perlu kuat untuk kehidupan kami berdua. Yang saya paling sedih, depan mata dia saya menderita tapi dia tak pernah cuba faham & bantu saya. Pelan-pelan saya bangkit untuk bantu diri-sendiri.

Pada mulanya saya cuba faham keadaan dia. Tetapi walaupun dah dapat kerja & tempat kerja yang elok, dia tetap abaikan saya. Dia kata dia tak perlukan saya daripada segi emosi tetapi hampir setiap bulan dia akan pinjam duit saya sebab gaji dia masih sangkut dengan company lama & gaji sekarang hanya cukup-cukup untuk menampung komitmen dia.

Di mana letaknya saya di hati dan hidup dia?

Daripada majlis perkahwinan kami dia dah banyak berhutang dengan saya tapi saya tak pernah kisah sama ada dia bayar atau tidak sebab saya tahu kekangan dia buat masa sekarang. Cuma sekali-sekala saya akan ingatkan bila saya nampak dia takde put effort untuk cuba bayar. Dia mula ambil mudah nafkah bulanan dekat saya sebab saya berduit.

Selalunya saya tak kisah & cuba faham tapi setiap bulan dia akan bagi duit dekat mak dia tanpa gagal. Di situ saya dah nampak kepincangan daripada segi tangga nafkah & saya percaya, rezeki dia selalu tersekat sebab ada masa saya tak redha dengan ihsan saya bila saya rasa dia ambil mudah & ambil kesempatan terhadap saya.

Saya dah jatuh banyak kali sepanjang 2 tahun perkahwinan kami. Kami pernah pergi sesi kaunseling yang saya aturkan sebab saya tak nampak masa depan kami berdua kalau dia tetap berkelakuan begini tapi umpama mencurah air ke daun keladi.

Perubahan dia sekejap je lepas tu dia kembali dengan game & handphone dia selepas waktu bekerja. Saya rasa marah & tertipu kerana dia yang ajak saya kahwin tapi dari segi commitment & effort, saya yang lebih untuk kesejahteraan perkahwinan ni.

Sekarang saya rasa cerai adalah jalan terbaik untuk kami berdua sebab saya juga berhak untuk bahagia walaupun selepas bercerai bukannya saya akan kembali ke pangkuan & rumah ibu bapa saya. Daripada kecil saya memang sentiasa berdikari & ibu bapa saya tidak pernah ambil peduli pasal saya melainkan benda yang berkenaan wang ringgit.

Saya rasa sedih sangat. Saya rasa saya dah bagi segalanya yang saya mampu untuk perkahwinan kami. Bila saya muhasabah diri, saya bukanlah seorang isteri seperti mak dia yang menghambakan diri sepenuhnya untuk masak, kerja rumah & juga bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.

Saya tak suka masak tapi saya akan pastikan takde yang kebulur di rumah saya. Kerja rumah pula saya percaya kena bahagi dua kerana sama-sama bekerja untuk ekonomi keluarga. Perbelanjaan rumah, bil semua bahagi dua dan ada masa saya yang tanggung lebih tapi saya jarang kisah. Apa lagi yang dia nak?

Kebelakangan ini, saya selalu dengar lagu Perasaanku yang dinyanyikan Fieya Julia sebab itulah perasaan saya yang sebenar-benarnya. Sebelum ni saya dengar lagu Segalanya & Tergantung Sepi by Haqiem Rusli dan Sakit by IamNeeta sebab bait-bait lirik mereka betul-betul menggambarkan perasaan saya. Kadang-kadang dada & kepala saya rasa nak pecah memikirkan perkahwinan ini dan saya rasa sesak nafas menagih kasih kepada yang tak sudi nak memberi.

Saya tawakal kepada Allah ketika nak berkahwin dan apa yang saya berikan dalam perkahwinan ini semuanya dengan niat untuk bertanggungjawab terhadap keputusan saya untuk berkahwin. Sekurang-kurangnya bila Allah tanya di akhirat nanti, saya boleh jawab saya dah cuba bagi segalanya semampu saya.

This marriage is a partnership to me dan bukan tempat untuk saya menghambakan diri buta-buta tanpa give and take. The thing is, I just keep on giving & he just keep on taking.

Sekarang saya berhenti memberi bantuan wang ringgit kepada dia dan sudah seminggu kami tak bercakap dengan each other. To me, enough is enough. Kalau dia taknak bagi apa yang saya perlukan (nafkah batin: emosi) maka tak patut saya terus berihsan dengan dia.

Adakah betul tindakan saya dan ada sesiapa yang boleh kongsi apa langkah-langkah untuk memfailkan penceraian? Because technically, I’m alone in this world and I only have Allah with me. Thank you in advance.

– Itik Hodoh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *