Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang muda 4 tahun dengan saya.
Saya sebenarnya masih terasa dengan satu ayat yang dia berikan kepada saya.
Pada mulanya saya kenali si A (saya tak sebut namanya) melalui eye contact.
Kemana saja saya pergi, sekiranya terserempak dengan dia, kami selalu eye contact. Tidak pernah sekalipun tertinggal eye contact.
Pada suatu hari tu dia confess and saya terima dia.
Macam macam yang kami lalui walaupun sebenarnya time tu kami baru bercinta 2 minggu.
Suatu hari tu saya tergerak hati untuk bertanya dia satu soalan yang membuatkan saya terasa sehingga sekarang.
Saya bertanya sepanjang kami kenal antara satu sama lain selepas si A confess, walaupun tidak lama, apalah perasaan yang dia rasakan waktu itu.
Dia menerangkan tentang perasaannya waktu itu sehingga tiba satu ayat dimana dia mengatakan bahawa dia yang telah memulakan langkah,
Dia telah menyatakan perasaannya dahulu, dan dia perlulah menghadapi baik dan buruknya. (cara dia menyatakan ayat itu seperti ada sekilas perasaan menyesal dalam nada suaranya)
Selepas saya mendengar kenyataan tu saya terfikir adakah dia menyesal kerana telah menyatakan perasaannya kepada saya.
Tapi saya sudah betul-betul sayang dengannya. Dan saya yakin dialah orang itu (jodoh saya) Saya perlu jujur dengannya.
Dan saya berharap dia boleh menjawab soalan saya nanti dengan jujur tanpa berselindung.
Kerana saya ingin memperbaiki apa yang saya tidak sedar saya telah lakukan.
Dan saya juga berharap dia akan membuka pintu hatinya sepenuhnya untuk menerima saya kerana dia pernah trauma dengan pengalamannya sebelum ini.
– T (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit