Perasaan Marah Yang Hilang

Hi semua, aku gelarkan diri aku M.

Just nak tanya logik ke manusia yang takde perasaan marah dan malas nak merumitkan keadaan? Jika ada cara cepat selesai terus follow cara tu je. Btw aku nak cerita kejap cam mana aku boleh jadi diri aku yang sekarang.

Dulu waktu kecil aku sama cam budak laki2 yang lain, Ego tinggi, baran, pemberontak dan kaki pukul dan tinggi suara.

Aku ada beberapa orang adik beradik. Waktu kecil dalam umur 8 ke 9 tahun camtu. Aku memang jenis darah muda yang dahagakan kuasa, haha.

Waktu kecil2 dulu aku ada abang sepupu dia selalu bercerita perihal dia dah dapat kalahkan abang ke-3 dia kakak ke-2 dia bila bergaduh or bertumbuk.

So benda tu banyak mempengaruhi pemikiran aku waktu usia muda. Memang memberontak la jawabnya, adik lelaki aku hari2 aku pukul sampai kaki dan badan2nya lebam r aku kerjakan.

Tapi aku tak rasa apa, pastu aku gaduh ngan kakak ke-2 aku dan aku menang. Feel dia cam overpower r bila dapat kalahkan kakak ke-2 aku haha owh waktu tadika pun aku buli semua junior2 aku haha.

Kakak pertama. Serius memang power. Aku takleh lawan but still sometimes aku memang lawan juga bila bergaduh sebab nakkan tahkta paling kuat dalam keluarga tu hahaha.

Sehinggalah satu hari. Arwah ayah aku nampak aku ni jenis kasar dan tak hormat orang. So arwah ayah aku panggil aku. Dia bawa aku slow talk.

Arwah ayah aku kata dekat aku. Allah ciptakan lelaki dan perempuan di dunia ni untuk saling menjaga dan melindungi.

Allah ciptakan ayah untuk jaga ibu, kakak2 kamu dan kamu semua adik beradik. Dan Allah hadirkan kau dalam family ayah ni untuk bantu ayah jaga ibu, kakak2 dan adik2 perempuan mu.

Ingat walau kita lelaki Allah berikan kudrat, kekuatan dan tenaga yang lagi tinggi banding perempuan. Kita tak boleh gunakan semua pemberian Allah tu ke jalan yang salah. Dekat family kita.

Allah hadirkan ibu, kakak2 dan adik mu sebagai wanita dan kau dan adik lelakimu sebagai lelaki.

Walaupun mungkin kakak kamu lebih tua beberapa tahun banding kamu. Tapi ingat tugas kamu sebagai anak lelaki adalah untuk menjaga dan melindungi kakak kamu selepas ayah.

Selepas peristiwa tu jalan hidup ku terus berubah 360 degree. Bila kakak ke-2 aku or adik beradik aku yang lain sometimes buat aku annoying buat aku cam panas hati nak marah.

Aku usaha bersabar dan pendam dalam2 perasaan nak marah or bergaduh tu even tinggi suara pun dah takde waktu. Hanya soft spoken sahaja dan bercakap secara lembut.

The result is quite good. In terms of sharing or together2. Aku jadi insan yang paling senang masuk or pujuk or sharing dengan diorang semua haha.

Tapi effect dia bila dah masuk alam pekerjaan or bila terlibat apa2 masalah dengan orang2 sekeliling

(Btw sekarang aku hidup merantau). Aku takleh nak marah or nak bergaduh. Aku dah jadi orang yang mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tanpa pergaduhan.

Sometimes aku sedih gak tengok diri sendiri. Sebab takleh nak meninggi suara or bergocoh dengan orang lain haha. Tapi memang takleh haha

Okay ke sorang Alpha yang dah kehilangan ciri2nya? Tak boleh nak tinggi suara, tak boleh nak menegur orang dengan cara tegas.

Sometimes im a bit sad about this side of me. But because of this aku pun happy tak jadi sorang yang pemarah or baran sebab aku taknak orang yang aku sayang nanti takut dengan aku, haha.

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Abu Hurairah (RAA) narrated that Allah’s Messenger (ﷺ) said:
    “The strong man is not the good wrestler; but the strong man is he who controls himself when he is angry.”

    Setuju sangat dengan apa yang arwah ayah awak pesan. Tak salah nak tegas, memang dah sifat lelaki nak kene ada sifat rijal, but look at the context as well. Bukan hang main balun ja orang mentang2 hang kuat physically. Moga hang dapat jadik pelindung buat keluarga dunia akhirat macam yang arwah ayah pesan. Amin yra.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *