Assalamualaikum, kali ini saya nak share perasaan atau pengalaman kerja di bahagian f&b (food and beverage) atau mudahnya kerja di kedai-kedai makan (kiosk/restoran).
Sebenarnya best. Masa permulaan, kita rasa penat, stress, atau terus nak berhenti. Tapi lama-lama kita akan enjoy. Rasa ini saya tidak dapat huraikan macam mana. Lain orang mungkin lain rasanya dalam dunia f&b.
Ada orang rasa best sebab boleh kenal kawan baru, boleh swap staff meal, buang sampah beramai-ramai, balik dalam satu group, tolong clock in & clock out, dan macam² lagi lah.
Soal gaji, saya terus terang bagitau, tidaklah sebanyak kerja retail/sales.
Dulu saya pernah kerja retail tiap² bulan lebih RM1K. Dapat top sales lagi dalam 9 outlet retail di Penang. Tapi saya berhenti atas sebab tertentu (rahsiakan).
Korang yang kerja f&b janganlah berhenti, better stay lah untuk masa depan yang lebih cerah,
Maksud saya duit gaji itu boleh simpan sampai boleh penuhkan keinginan masing-masing. Especially KWSP. Mana tau dah banyak nanti bawa keluar sikit boleh beli kereta.
Saya jujur cakap pernah ja nak berhenti f&b, tapi bila fikir balik, tengok balik kerja retails atau office penat otak (terlalu boring/sibuk hit target).
F&b hanya penat badan. Bila rehat, rasa puas, lega, selesa. Otak bila penat mula nanti murung, badan susut, muka dah takdak seri.
Saya tak ajak untuk kerja f&b ramai², tinggal dunia retail. Lain orang lain cara berhadapan dengan dunia kerja. Macam saya dah puas hadap penat otak, kali ini nak penat badan sahaja. Tak perlu fikir target atau commission.
Tambah pula arwah Mak dah ajar cara memasak kat dapur, bukan ajar jual barang, target untung. Jadi, apa yang arwah Mak ajar itulah petunjuk perjalanan hidup saya sampai mati.
Itu sahaja luahan saya, korang boleh komen pasal pengalaman f&b korang ye. Bye..
– Acap (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit