Hi, sayalah anak bongsu anak terakhir kepada 5 adik beradik perempuan. Saya nak cerita tentang perasaan dan mental yang saya alami sebagai adik dan anak kepada ibubapa dan adik beradik saya.
Saya selalu digelar manja, ceria dan disayangi oleh mak dan abah. Selalunya memang begitu tapi reality tidaklah sama dengan apa yang dilihat.
Dari sudut pandangan orang lain anak bongsu nilah selalu di ikut dan diberi apa saja yang dia mahu lepastu kena cop paling kena sayang oleh mak daripada adik beradik lain, bagi aku tidak.
Aku semasa kecil takut pada semua orang yelah dulu masa main dengan sepupu sepapat nampaklah cerianya, tapi semasa aku umur 9 tahun aku di pukul dan dimarah atau dimaki oleh mak aku sendiri sebab aku dituduh menghilangkan kad aku tidak pasti kad apa yang aku ingat aku di pukul & disuruh untuk mencari kad itu.
Huru hara 1 rumah masa malam aku pun ketakutan menggelabah badan aku pula bergetar dan sejuk sambil aku mencari kad tu sambil aku menagis teresak-esak. Abah aku pula jenis kuat baran makin teruklah jadinya bila tengok aku menangis sambil keluar ingus kat hidung.
Gaduh punya gaduh kakak aku ikut masuk masa tu kakak no.3 yang keluar dia pun ikut teriakkan aku masatu lah aku punya takut naik makin teruk, sebab aku dah dipukul guna rotan dan hanger di belakang badan aku dan mak aku terus tolak kepala sambil cakap macam ni (kau bawak kad tu pergi sekolah kan? kau bagi kawan kau kan?!?)
Dengan suara mak yang nyaring aku tak buat pun bnda tu lagipun buat apa aku nda bawak kad yang aku tak tau nak bgi dekat kawan. Masa ni aku dihalau tidur seorang-seorang kat luar gelap takda lampu.
Aku masih ikut mak dengan abah tidur sebilik aku tidur dekat bawah guna tilam bilik kat kampung ada 3 je 1 mak ngan abah yang 2 lagi bilik kaka no.2 dengan no.3.
Masa ni aku tidur dengan lebam merah 1 badan smpai aku terbangun pada pukul 5 pagi aku tak dapat tidur aku terus mandi dan senyap-senyap ambik baju dekat bilik mak, pakai telanjang dekat ruangtamu.
Esoknya mak aku tak nak becakap dengan aku makan pun tak dikesah aku cuma diam dan duduk tengok tv sampai lenguh punggung tiba abah aku sampai balik dari kerja jumpa kad mak aku rupanya kad tu tercicir atau termasuk dalam bawah almari buku abah aku.
Aku tak cakap apa-apa aku diam mak aku ketawa dan terus layan aku dengan baik. Start dari situlah aku takut nak bercakap.
Naik darjah 6 masa upsr, aku baru pulang dari sekolah masa tu ada kelas tambahan dalam jam 2 petang baru balik. Aku terkejut belum sempat buka kasut baru depan pintu bagi salam, kamus bahasa sudah di lempar ke muka aku oleh kakak no.3.
Aku dituduh mencuri duit tabung kakak tapi sebenarnya aku tak buat. Aku dimaki dan dipukul. Mak aku pun ikut maki dan pukul aku maklumlah apa je barang yang hilang kat rumah aku jadi mangsa. Pada haritu aku menangis tanpa henti dahlah 2 minggu lagi nak exam upsr setiap kali mandi aku menangis tapi takda suara.
Kakak aku semua dah kahwin anak senua pun dah besar. Kakak no.1 tinggal ikut suami anak kesayangan mak sebab selalu bagi duit. Kakak no.2 pun tinggal ikut suami ni paling disayang oleh mak dah kawin pun mak masih nak belikan itu ini untuk kakak.
Kakak no.3 pula sudah berkahwin tapi bercerai, kakak no.3 mengalami depressi sebab hal rumah tangga takda kerja abah yang tanggung anak mak pula beli baju anknye. Maklumlah bekas suami dia tu penagih taknak tanggung hidup anak sendiri.
Kakak no.4 pula belajr dekat university lepastu jumpa jodoh dekat sana jugak, pun sudah berkahwin dan tinggal dengal suami. Boleh dikatakan aku jelah yang belum sebab masih bersekolah. Semasa saya menduduki pmr saya yang tolong jaga anak kakak saya bantu sikit-sikitlah sebab kesian tengok kakak.
Mak pulak bising sebab saya tak buat kerja rumah sebenrnya saya dah buat saya cuci pinggan, sapu lantai dan kemas dapur tapi kakak no.3 yang mengaku buat. Saya cuma berdiam diri.
Masa ni pun saya selalu di arah buat susu untuk anak kakak tolong tengok anak dia tidur dll. Kakak tak buat apa dia cuma main hp atau keluar dengan kawan-kawan dia je.
Masuk dunia spm semasa aku berumur 17, anak kakak dah besar dua-dua anak kakak umur 3 tahun dengan 4 tahun. Masa ni aku terlampau fokus belajar takde impian pun cuma belajr untuk banggakan mak ngan abah. Masa ni aku beljar kakak minta tolong macam biasa masakkan telur untuk anak dia sebab dia nak keluar malam jumpa kawan.
Aku rasa marah mungkin sebab hormon remaja yang tidak stabil lalu aku teriak aku belajar ni kau masakkn jer kejap aku nak siapkn latihan sekolah!!) kakak terus buka pintu dengn menghempas terus kakak tampar muka aku.
Dia teriakkan aku balik (minta tolong sikit pun tak boleh ker?!? Dasar ank sial kalau pemalas tu pemalaslah dasar ank pungut!!) aku diam keluar terus masakkan anak dia telur lepastu aku sambung beljar.
Sambil-sambil aku buat latihan tu sambil aku menangis pegang muka aku yang merah mmg basahlah nota aku penuh dengn air mata.
Habis spm masa aku umu 19 tahun aku berjaya masuk university aku excited untuk mulakan hidup baru. Mak membanta untuk hantar aku belajar katanya kos pembelajaran dan yuran mahal. Kami orang sederhana jadi aku paham dengan keadaan sekeliling aku.
Abah pula tak membantah abah kata masuklah sebab habis jer belajr cornfirm terus dapat kerja. Aku bingung nak ikut mana satu last-last aku ikut cakp abah.
Sebelum nak melangkah ke alam university kakak no.4 call mak minta tolong hantar aku ke rumah dia tidur selama 8 bulan dekat sana katanya minta tolong jaga anaknya. Aku menolak tapi mak sudah menengking aku jadi aku terpaksa ikut cakp mak.
Masa tiba di rumah kakak, aku cuba untuk sesuaikn diri tpi selama 8 bulan di sana hidup aku makin teruk. Makn minum aku tak dijaga aku dilayan seperti pembantu rumah kakak pula selalu menipu mak cakap aku selalu meminta duit tpi aku tidak minta sesen pun.
Abang ipar aku pula selalu mengarah-arah aku buat itu ini kakak aku biarkn jer hampir setiap malam suami isteri keluar balik nak dekat jam 3-4 pagi. Aku tolong jaga anak kakak yang kecil tu umur 3 tahun tidurkan dia mandikn buat susu jaga masa sakit.
Setiap malam mereka keluar aku tak dapat tidur aku terpaksa terjaga smpai subuh sebab tunggu kaka balik anak dia tidur kat bilik dia aku terpaksa duduk tengok anak dia berjam jam takut anak dia terjaga atau menangis.
Aku tak cukup tidur dan penat makn tak makan cukup nasi dan telur itupun aku malu sebab makanan untuk diorang bukan aku tapi aku lapar paling paling kalau aku takut aku makan nasi ngan garam je minum air suam.
Itulah makanan ku selama 8 bulan tidak di kesah. Bayangkan kakak ngan suami dia pergi kerja jam 8 pagi balik jam 10 malam sambung keluar sampai 3-4 pagi. Aku yang tidur masa jam 4 pagi dan terpaksa bangun 7 pagi sebab anak dia sudah bangun jam 7 mak bapak dia pula tidur.
Aku buat rutin harian aku. Setiap mlm aku menangis lepas tidrkn ank dia. Aku berdoa untuk tuhan matikan aku. Solat aku tak terjaga sebab penuh dengan kerja aku hnya mampu berdoa dan menangis je.
Lepas habis mengasuh anak kakak aku. Terus aku balik dengan penuh gembira aku kira masa beban aku sudah lepas, tapi semasa aku balik kerumah seorangpun tak peduli dengan kedatangan aku. Sedih.. Ya aku memang terasa sedih.
Aku memutuskan untuk mencari kerja aku ingin tanggung diri aku sendiri dan tak nak membebankan meluarga aku. 3 bulan dah berlalu aku masih mencari kerja tapi belum ada kekosongan.
Aku pun menganggur dirumah smbil menunggu panggilan kerja. Kakak no.3 msih belum kerja asyik dengan hp anak pun masih mak yang urus abah yang tanggung.
Masuklah umur aku 20 tahun dan aku masih mencari kerja memohon sana sini smbil menunggu masuk bulan puasa kehidup aku dengan keluarga sangat stabil aku juga tolong mak urus anak kakak no.3 aku tolong mak kemas rumah, cuci kain, masak juadah berbuka, kemas dapur macam biasa yang aku buat sebab tak lama lagi raya.
Malam tu kakak aku ketawa bercall entah dengan siapa mungkin kekasih hati baru dia aku pn tak tahu. Tapi malam tu aku minta tolong anak dia kemas barang sekolah yang bertabur kat ruang tamu segale pensil buku kat lantai aku penat kemas 2-3 kali aku ajar anak kakak cara kemas barang jadi aku arahkan diorang mengemas.
Pada 1 tahap aku tak tahan tengok rumah bersepah, aku dah ajar 10 kali maklumlah budak. Tapi pada mulanya aku bercakap dengan bagus tapi anak kakak aku ni pahamlah degil dan malas asyik nak orang je yang buat.
Aku marah dan aku tertengking (tolonglah maksu kemas buku tu takkan di biar je kat lnatai ilmu tu nak di pijak! pencil tu jangan di buang-buang sayang masih bgus! kita ni bukan orang kaya barang sekarang bukan murah! kemas lah!)
Anak kakak aku pun terus mengemas tapi kemas taik ayam je ambik buku terus simpan kat meja bukan simpan masuk beg. Kakak aku pula dengar aku meradang dia keluar lastu dia cakap ngan aku (kalau nak cakap dengn budak cakap bagus-bagus kenapa nak teriak?)
Aku penat masa tu aku pun balas (dah ditegur bagus-bagus taknak dengar memanglah kita marah! Kau tolonglah kemas barang ank kau apa je kau buat kat rumah 24 jam dengan hp!)
Kakak aku pun balas balik (apa! Bunuh jela anak tu kalau tak suka tak payah nak teriak budak macam tu!) aku pun balas balik sebab mood aku memang swing masa tu (aku suruh kemas je pun bukan aku suruh buat kerja dapur!!)
Kakak pun teriak nama anak dia (korang buang semua barng sekolah korang ni hah jangan bagi nampak 1 pun barang korang kat sini buang semua!!)
Dia pun memaki aku smbil bawa barang anak dia msuk pergi bilik smbil ampas pintu! Mak aku pula marah (eh! Malam dah ni nak teriak-teriak! Bulan puasa nak begaduh!) aku diam dan terus msuk bilik. Masa tulah aku break down!
Aku penat dengn kehidupan aku memang aku di pandang hina dan tak bagus dalam keluarga apa yang aku buat semua tak betul. Aku rasa aku nak mati dan aku nak bunuh diri. Aku menangis buat pertama kalinya. Aku ketawa smbil menangis.
Pada 1 syawal aku cuma diam dan tak senyum aku takda perasaan dah. Nak sambut raya pun nak tak nak je. Masa salam bemaaf-maafan aku tak senyum aku cuma salam kosong, bila mak ngn abah peluk aku biarkan je. Masa salam kakak pun aku takda mood smpai kakak no.3 aku salm dia cuma pandang dan jeling, aku diam.
Semua menangis masa salam aku je yang takda perasaan mungkin sebab aku penat menangis berapa tahun lalu.. Lepas salam aku terus pergi dapur makan pastu msuk bilik. Takda mood nak bergambar bagai.
Semua menyindir aku sebab buang tebiat katanya attention seeker, aku diam. Pada haritu juga aku bagitau abah aku keluar tidur luar sebab dapat interview keje aku terpkasa menipu sebab aku tak tahan dengn semua ni.
Aku keluar aku menyewa bilik adalah duit simpanan aku yang kumpul. Alhamdulillah sewa pun murah jadi senang sikit nak duduak lama.
Hampir sebulan aku tak balik rumah, mak call aku tak jawab. Aku menyendiri dan aku mulai membenci semua orang disekeliling aku. Pada masa tu aku dapat kerja 1 tempat dngan bilik sewa aku. Kerja sebagai cashier kedai alhamdulillah gaji pun cukup untuk aku seorng dalam 1k macam tu.
Sehingga sekarang aku tak balik rumah aku. Umur aku sekarang sudah 30 tahun… jodoh? Bagi aku tidak perlu.. Kehidupan aku sekarang lebih selesa.
Aku takut untuk berkahwin sebab semua kakak aku banyak maslah rumah tangga lebih-lebih lagi kakak aku yang no.3 kehidupan dia sangatlah aku terkesan sehingga aku takut untuk berkenal dengan laki-laki.
Lagipun aku pernah di pukul oleh mak sebab aku dituduh atau d fitnah oleh kakak balik sekolah lambat sebab kluar bersma jantan tapi sebaliknya aku fokus pada pelajaran dan mengambil kelas tambahan untuk spm.
Walaupun hidup aku kucar kacir aku tidak pernah meninggalkam solat selapas aku kluar dari rumah ibu dan abah. Aku belajr mengaji dengan mengambil kelas di surau berdekatan bilik sewa. Aku perlahan-lahan mengubah hidup aku dengan lebih baik.
Ramai yang pandang pelik dengan aku kerja cashier tapi bertudung labuh dan menutup muka (purdah) aku cuma menjalankn hidup sebagai manusa aku kerja kerana Allah S.W.T.
Kini aku masih berfikir perlukah aku balik atau teruskan kehidupan aku seperti ini? Hati aku tergerak tanpa sebab untuk menulis cerita hidup aku sebagai anak terakhir. Maaf jika banyak salah ejaan atau penggunaan bahasa.
Sekian dari :
– Anak bongsu yang ke-5 (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit