Hi, nama saya Sarah. Dan sekarang saya saja nak luahkan perasaan dengan harapan mungkin hati saya terubat dengan komen2 korang.
Simple je citer saya. Ada seorang lelaki ni, ofismate saya, namanya J. Waktu saya mula bekerja dulu, J ni suka tolong macam macam.
Tolong ajar saya guna system komputer syarikat, tolong saya nak parking kereta, tolong cakap dengan bos bila saya tertindas banyak kerja and macam2 lagi.
Tapi saya tak ada pun perasaan dengan J. Tapi, saya akuilah dia memang baik.
Sampailah satu hari, kawan perempuan saya, namanya F. Saya ni baik jugalah dengan F. Taklah rapat sangat, tapi baikla.
F ni pun baik. F cakap dengan saya, dia rasa J suka kat saya sebab dia perasan J banyak tolong saya. F kata, perangai J lain bila dengan saya. Saya gelak je. Mana ada, saya cakap.
Tapi, perempuan kan, bila dah mula perasan, hati pun terbuai. Banyak kali juga F cuba yakinkan saya. Lama lama saya pun tersuka kat J. Lagi lagi J memang baik.
Although sebelum ni, tak perasan pun kehadiran J. Sekarang ni nampak J pun dah bole datang semangat pergi kerja hahaha.
Dulu, saya department lain. Sekarang saya sama department dengan J dan F. Seronoklah saya tiap hari dapat jumpa J dan F. Seorang crush saya, seorang lagi kawan saya.
Tapi, sekarang ni, saya nampak J and F sangat rapat. Macam suka sama suka, sampai satu ofis kenenkan diaorang.
F and J selalu duduk sama2, borak sama2, gelak sama2. Saya pulak yang jealous. Paling penting, saya sangat terasa dengan F.
Bukanlah sebab dia ambil crush saya, tapi sebab apa yang dia cakap kat saya dulu. Kalau dia tak cakap yang J suka kat saya, mungkin perasaan saya tak akan terbuai.
Sekarang ni, dia pula yang main flirt2 dengan J.
J pun tak macam dulu dah, jadi saya patah hati, sampai rasa nak pindah balik department lama sebab patah hati tengok kemesraan diaorang.
Paling patah hati, bila ofismate lain tanya saya, diaorang tu ada apa2 ke. Kenapa tanya saya, saya tanya balik.
Mereka jawab, sebab awak kan geng dengan diaorang. Hmmm, TANYALAH DIAORANG SENDIRI! (saya pulak rasa nak marah).
Tapi yelah, saya pun tak lah rapat sangat dengan F untuk ceritakan ketidakpuasan hati saya. F pun dah tak cakap yang J sukakan saya.
Mungkin dia malu kot sebab dah tersuka kat J. Dia pun memang nampak suka sangat dengan J. J pun nampak suka dengan dia. Siapalah saya. Hanya seorang perempuan yang terbuai.
Jadi, saya bukan nak salahkan F atau J. Cuma nak minta doa korang supaya perasaan suka pada J ni dapat dibuang. Supaya saya tak sakit hati lagi bila tengok diaorang. Supaya saya redho.
And kepada kawan2 di luar sana, janganlah main cakap je kat kawan perempuan korang pasal kononnya ada lelaki suka kat dia kalau tak betul2 pasti. Takut hati dia terbuai, nanti dia yang patah hati.
Perempuan ni sekeras2 mana pun, hatinya tetap lembut dan mudah terbuai.
Terima kasih kerana membaca. Mohon komen dan nasihat yang baik2 sahaja.
-A girl trying to mend a broken heart-
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit