Perasaan Seorang Yang TTC

Assalamualaikum semua, terima kasih admin kalau confession saya ini diterima. Maaf kalau ayat saya berterabur sebabnya saya dah lama tidak mengarang.

Aku asalnya dari kedah, sekarang sudah berumah tangga baru sahaja masuk 1 tahun lebih.

Ya, aku tahu kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang sudah bertahun-tahun kawin tapi masih belum tuhan berikan rezeki lagi berat perasaan yang ditanggung berbanding dengan aku yang baru setahun jagung.

Cumanya, aku nak orang faham yang orang macam kami ni ada perasaan minta tolonglah jaga mulut tu bila nak berkata-kata seolah-olah macam kami ni tuhan, boleh nak pilih nak teka bila nak dapat anak ikut suka tekak kami.

Aku mula mendirikan rumah tangga bersama suami pada awal tahun 2020, kami hidup bahagia ja tak dak tak pernah nak nyusahkan sapa-sapa. Bermula episode TTC journey aku bila masuk 2 bulan kawin, orang mula tanya-tanya bila kami nak boleh anak.

Waktu awal-awal tu aku okay saja lagi yelah sebab baru 2 bulan kawin kan? Relax sajalah cuma cakap, belum rezeki lagi in syaa Allah sambil senyum kosong.

Tiba-tiba, waktu 3 bulan kawin aku mula lambat datang period. Aku punya excited adakah petanda yang kami bakal terima ahli baru dalam keluarga kami?

Punya lah excited, ajak suami pergi beli upt dekat farmasi, kami ambil yang paling the best sekali sebab excited sangatkan.

Lepas beli kami terus test upt balik rumah tu, husband tunggu lah dekat luar pintu toilet, debar nak tahu result. Adakah ada manusia kecil di dalam rahimku ini? Aku pun debar.

Tapi hampa, result yang dapat adalah “negatif”. Aku keluar pintu toilet, husband excited nak tahu result. Aku tak tahu lah kenapa rasa kecewa sikit sebab tak de rezeki baby lagi.

Aku bagitahu husband “negative lah sayang”. Husband cuma senyum, dia nampak aku semacam kecewa, dia peluk aku sambil bisik “tak pe, nanti kita cuba lagi, baru lewat 3 hari kann period you”.

Kemudian period aku lewat 7 hari, aku check lagi dan masih “negatif”. Period lewat dekat 3 minggu aku check lagi dan masih negatif.

Husband tanya aku “kita nak pergi klinik tak, check condition you”. Akhirnya kami pun ke klinik. Maka bermulalah, satu cerita tentang diri aku.

Doctor sahkan aku ada PCOS, di kedua-dua belah ovari aku. Jantung aku macam tersentak sekejab. Aku tanya doctor, boleh pulih ke saya ni? Ada ubat tak?

Doctor cuma kata, “you amalkan gaya hidup sihat, jaga makan dan eat clean in syaa Allah okay balik”. Balik dari klinik tu aku diam saja.

Dalam kereta, suami cuba nak hiburkan aku. Tapi, aku diam saja. Tiba-tiba ibu suami telefon, bertanyakan suami di mana?

Memang, waktu awal-awal kawin ibu suami kerap telefon suami. Satu hari tu, lebih 2,3 kali telefon tanya buat apa? Pergi mana? Dah makan ke belum?

Makan apa? Tak pelah, aku faham, sebab baru kawin kan.. mungkin ibu dia masih susah nak lepaskan suami waktu tu.

Suami beritahu ibu dia dari A-Z. Aku, dalam hati ni rasa macam nak tegur suami supaya hal kita, kita sajalah yang tahu tak perlu lah cerita dekat orang lain walaupun keluarga, sebab aku tak selesa.

Suami ajak balik rumah orang tua nya sebentar sebab ibu suami minta singgah. Tak pelah, lagi pun rumah kami dan rumah mereka pun cuma 10-15 minit ja kalau drive.

Sampai dirumah tu, ibu suami acah-acah tanya aku “buat apa pergi klinik tu?” Walaupun suami dah cerita A-Z dah pun pada dia tadi. Aku pun, terus terang pada ibu suami dari A-Z juga, sebab aku waktu tu tak mau ada berbelah sangka apa pada ibu suami kerana itu juga ibu aku.

Ibu dia cuma cakap “memang lama dah ke ada masalah macamni? Tulah you makan tak nak jaga, mommy dulu kawin sekejab saja lekatkan fan tu (suami)”. Perlu tak aku terasa dengan ayat tu? Haha atau aku ni hati tisu sangat?

Bermulalah pula episode aku terasa dengan ibu mertua aku. Suami ada iktiar untuk aku berurut, dia suggest untuk aku tanya ibu dia. Bila jumpa ibu suami, suami tanya ibu dia tentang mak cik yang selalu datang berurut ibu dia.

Ibu mertua bagai acuh tak acuh saja dengan permintaan suami dengan jawapan, “siapa yang nak berurut?”. “Carilah dekat page sekian sekian”.

Suami bertanya, boleh ke aku nak tumpang sesi urutan dengan ibu dia juga? Ibu mertua balas “Kalsom tak cuba pergi balik kampung ke? Kat kampung you lagi hebatkan orang sana?”.

Aku diam sajalah. Maknanya dia tak suka lah kot aku berurut dengan dia. Tambah aku makan hati bila seminggu lepastu, kami tidur rumah ibu mertua. Ibu mertua aku ni sajanis mulut kepoh sikit.

Dia bercakap depan aku dan suami “angah ni, haritu jatuh ni period dia dah lewat 3 hari ni, selalu tak pernah lewat pun.. mommy nak bawak dia pergi berurut esok”. Suami semacam nak minta ibu dia ajak aku sekali. Ibu suami terus cakap “Kalsom pergi dengan mak lah nanti senang”.

Aku sejak haritu, beritahu suami “sayang, please janji dengan saya masalah kita, cuma kita saja yang tahu okay, orang lain tak perlu la nak dok habaq depa bukan kesah pun pasal kita. Please janji lepasni masalah kita, kita ja yang tahu”. Suami usap kepala aku, dia faham.

Aku amalkan gaya hidup sihat, selepas 2 bulan lebih tak period akhirnya aku period. Melompat rasa, sebak sebab nampak darah period keluar. Balik rumah mertua, mertua mengendeng kat aku. Bulan ni dah period ke? Aku jawab, “dah, macam biasa ja”. Dia diam saja.

Dia bagi aku jamu sajanis gentel2 biji tu, dia kata jamu sabah orang buat sendiri. “ni mommy tak mau da jamu ni, you ambillah makan, elok”. Aku tengok bekas jamu tu pun aku semacam was-was. Aku cakap “tak pelah, aku tak makan jamu-jamu ni, kureng percaya sikit”.

Terus dia “itulah korang ni, tak tahu dah pasal jamu, mommy dulu punya jaga makan jamu”. Aku pun akhirnya ambillah sebab nak ambil hati tapi, suami aku tak bagi makan, jadi aku tak makan.

Bila masuk bulan 1 tiba-tiba lama period aku tak datang. Suami pulak dok tanya ibu mertua klinik wanita mana yang okay dekat area rumah kami.

Sebenarnya, aku agak rimas bila suami sering mencampurkan urusan keluarga kami dengan orang lain. Aku paham dia risaukan aku cuma aku tak selesa.

Aku tak suka nak tengok reaksi orang pada aku. Aku tak suka nak dengar perkataan orang yang akan judge diri aku.

“Lah, period tak datang lagi? Carilah yang depan kedai sekian sekian tu. Mahal tu, you ada duit ke? Company you ada insurans? Comp fan ada kan?”. Awatlah suka sangat pandang aku ni sengket.

Aku tau aku ni budak kampung. Tapi, aku ni bekerjaya, aku berpelajaran. Aku ada degree. Aku kerja company besar, tapi suka pandang aku ni sengket.

Padahal, ya Allah mommy you pun asal kampung jugakkan rezeki dapat nikah dengan pak mertua aku orang kaya, you pun belajar takat SPM ja, kerja kerani jumpa dengan pok mertua.

Awatlah, nak judge orang laguni. Hentahlah aku asyik emo. Maybe sebab PKP kan sebelumni, aku rindu mak aku kat kampung, aku pendam saja apa aku rasa.

Paling worst bila aku pergi ke klinik yang mak mertua aku suggest tu. Sumpah aku rasa down gila.

Doctor ni, tak sama langsung macam doctor yang aku pergi sebelum ni. Doctor yang aku pergi sebelum ni sangatlah positive dengan aku, buat aku rasa aku ada harapan untuk sembuh dari penyakit aku ni, PCOS.

Tapi, doctor yang ni buat aku rasa macam aku ni mandul dan perlukan rawatan segera. Waktu ni, kami kawin dekat 8 bulan dan masih belum rezeki baby.

Doctor sebelum ni, mostly akan cakap kat aku “chill, you all muda lagi enjoy dulu your life jangan stress just excercise jaga makan, in syaa Allah ada rezeki nanti”.

Tapi doc ni “eeeeee teruknya condition you ni, kena terus buat pembedahan laparoscopy segera, dah 8 bulan kawin kann…kena dah tu cepat-cepat berubat.”. Dia suggestlah pakej terus untuk aku, pekej A buat bedah tapi pakej B, buat hormon test cucuk kasi pecah telur.

Dia kata pakej B ni buang masa, baik terus ambil pakej A. Kami tahu pakej A dia tu mahai nak mampos, sampai dia pun tersenyum-senyum bila tanya kos dan tanya kami ada insurans tak?

Husband aku dah macam tak sedap hati dengan doctor ni. Bila waktu nak bayar tu mak aihh sampai RM600 kami kena untuk 30 minit dia borak hentah apa-apa macam sama saja dengan doctor sebelum ni.

Bila balik, dalam kereta, cuma dengar bunyi radio saja. Aku terkilan sangat pergi klinik tadi. Husband bawak aku jalan-jalan ambil angin malam sebab dia nampak aku sedih.

Tiba-tiba aku nangis. “kenapa aku? Kenapa aku yang diuji macamni? Family aku tak dak pun yang macam aku. Semuanya okay saja, cepat dapat anak. Tapi, aku ni.. teruk sangat ke saya ni sayang? Sampai doctor kata the only option yang ada kena buat pembedahan?

Sampai macamtu sekali teruknya aku ni? Kenapa? Kenapa orang lain pun makan jugak fast food makan jugak benda manis tapi okay ja depa dapat baby tapi aku ni kena pantang itu kena pantang ini? Kenapa aku ni saja yang macamni?”.

Husband suruh aku sabar. Dia cakap, walau apapun dia sayang aku tak kesah kita ada anak atau tak. Allah, terima kasih atas rezeki yang aku tak nampak kau berikan. Iaitu suami yang baik.

1 tahun berlalu dan kami masih belum dikurniakan rezeki baby. Waktu ini, masih belum dapat rentas negeri tapi cuma dapat rentas daerah.

Ibu mertua ajak berjumpa sedara mara. Aku sebenarnya macam malas nak jumpa siapa-siapa sebab tak suka bila orang tanya “ehh? Bila nak ada anak?”.

Bila sampai rumah sedara suami, mak sedara suami pandang aku atas bawah, dan aku perasan dia tengok perut aku yang kosong tak de isi pun. Waktu tu sepupu suami pun ada sekali. Dia baru saja bersalin dan baby dia pun dah besar dekat 9 bulan.

Dan, macam biasalah ada orang tanya suami “tak de isi lagi ke? Tulaaa kena power sikit fan”. Suami cuma senyum tawar saja. Tiba-tiba ibu mertua mencelah, “belum lagi dorang ni andakk, tak macam kita dulu”.

Lepastu, sebab PKP aku pun tak pernah jumpa sepupu suami sejak kawin, ibu mertua kenAllah kan aku dengan sepupu suami “ni kak nora, dia tak de waktu kawin uolls dulu, dia pregnant nak bersalinkan budak ni”.

Dan aku dengar mak andak berbisik “ohhh dorang ni kawin waktu si nora ni pregnant ke? Lama jugak la dah tu kan?”.

Hentah lah, aku rasa dalam fikiran aku semua negative thought saja sekarang, apa-apa orang cakap pasal baby ke ape aku rasa macam dorang cuba nak berbalikkan soalan itu kepada aku. Aku rasa sedih. Aku ni yang hati tisu sangat kot.

Aku kadang tak faham kenapa orang sibuk nak berier kesah pasal hidup orang lain. Biaq pi laa depa bila nak dapat anak pun. Lepaih tu, baru 3 bulan kawin dah expect nak ade baby terus lekat. Ingat kami ni kilang ke? Dan rezeki tu boleh terus turun dari langit direct gitu ja ka?

Kadangtu, suami kita relax saja tak de nak kalut sangat pun aih bila kami nak boleh baby. Peliknya mulut-mulut dari sedara jauh yang kami jumpa pun setahun sekali dok kalut nak tanya bila kami nak boleh anak.

Ada sedara yang kalau depan-depan tak pernah nak tegur kita tapi, dok whatsapp mak kita nak tanya pasal kita, suruh pulak kita makan supplement produk dekat FB dok promote.

Hentahlah, kami paham, prihatinan depa tu, cuma hentahlah rasa sedih tau dak. Rasa macam, boleh dak buat biasa ja pasal kami? Supplement tu dah banyak dah kami cuba. Tak payah nak kesiankan kami. Kami bahagia ja. Kalau ada rezeki Allah akan aturkan.

Aku selalu bercakap dengan husband, awat lah orang kita ni tak macam orang puteh? Dorang relax ja 1 tahun tak boleh baby lagi tak dak nak kalut. Bagi dorang, dorang akan ada baby bila rasa bersedia sebab itu satu amanahkan?

Tapi, orang kita serupa berlumba-lumba. Sapa tak boleh baby dalam 3 bulan kira hang ni mandul. Buat ramai,para bakal ibu rasa stress nak tempuh hidup macamni.

Tapi, bila aku ingat balik ayat suami aku, aku rasa macam nak menangis atas tikar sejadah. Allah, sebenarnya, banyak nikmat rezeki yang Allah beri cuma kita saja yang tak perasan

Suami aku selalu berpesan, “kita tengok nikmat rezeki tu dari sudut yang berbeza. Jangan tengok apa yang kita tak de dengan apa yang orang ada, ini buatkan kita ada masalah hati buat kita rasa tak bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah kurniakan.

Tapi, tengoklah rezeki tu dengan apa yang kita ada dengan apa yang orang tak de. Macam you, you ada suami yang sayang you sangat-sangat, you ada kerjaya, you ada gaji yang besar, you ada kereta sendiri and nanti kita pun akan pindah rumah baru yang kita idamkan.

walaupun Tuhan delayed dulu rezeki kita untuk dapat baby sebabnya tu nanti hikmahnya mungkin besar, sebab tuhan uji kita dengan nilai kesabaran kita untuk anak. In syaa Allah,berkat sabar mungkin Allah rezekikan anak yang solleh kelak” .

To all TTC’ians, dont give up to Allah. Allah sentiasa dengar doa kita. Berdoa dan terus berdoa dan bersangka baiklah dengan setiap aturan Allah.

Boleh jadi, mungkin apa yang kau rasa terbaik buat mu sekarang, sebenarnya bukan waktu yang terbaik untuk dirimu. Bersangka baik, sentiasa dan saya harap kita sama-sama punya rezeki baby juga kelak. Aamiin.

TTC 1 year 5 months…

– Kalsom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *