Saja nak cuba luah dekat sini, aku kenal dia dari zaman sekolah lagi kami cuma beza setahun dan aku berkawan dengan dia atas jawatan yang sama waktu tu. Tapi aku ni memang susah nak bergaul dengan lelaki yela bila introvert ni kalau boleh sibuk dengan dunia dia sahaja.
Entah macam mana aku boleh bercakap dengan dia sedangkan aku langsung xpandang dia walaupun kami satu jawatan yang sama. Awal mula2 tu memang aku tak rapat sangat dengan dia yela mulut ni memang berat nak bercakap dengan orang jadi aku cuma memerhati manusia sekeliling aku je dan kebanyakan aku dengan kakak aku sebab kami kena bertugas di koperasi waktu pagi.
Sekolah kami ada dua sesi pagi(dia) dan petang (aku), fast foward aku dah mula bercakap dengan dia sikit2 sampailah boleh gurau macam kawan tapi masih tiada apa2 perasaan waktu tu.
Untuk setahun setengah aku biasa saja dengan dia tiba2 tengah bulan macam tu aku jadi lain dengan dia perasaan tu muncul tanpa aku tahu sebab dia. Lama2 aku jadi jarang bercakap dengan dia sebab cara pandangan aku pada dia dah berbezakan yela kami pon beza setahun.
Sampailah dia pindah sekolah aku sedih sikit tapi happy sebab ingat mungkin perasaan ni akan hilang bila dia dah hilang dari pandangan aku rupanya tidak ya. Bertahun aku simpan dan pegang dengan perasaan ni walaupun tanpa berjumpa atau bertanya khabar rasa cinta pada dia tu masih tak berubah dan tetap sama sampai sekarang.
Banyak cara aku cuba untuk menghilangkan perasaan ni tapi semua gagal kadang penat jugak bila kena lalui hari2 aku dengan perasaan ni tapi aku cuba berdamai dan serah semua tu pada Allah atas apa yang berlaku.
Aku pernah confess pada dia tahun 2023 tapi aku confess pada waktu perasaan tu tiba2 menghilang sebab tu aku berani confess (dia reject aku mungkin, aku tak pernah confess pada sesiapa jadi tak tahu ayat reject tu macam mana) dan aku ingat mungkin sampai situ je la perasaan tu eh rupanya perasaan ni muncul balik setelah 8 bulan aku hidup tanpa ditemani rasa cinta aku pada dia.
Jadi sampai sekarang perasaan itu masih setia dengan aku cuma bila dah confess ni rasa sikit tenang sebab dh hilang satu beban dalam hidup ,tentang dia yang reject atau tak aku tak peduli itu keputusan dia. Cuma aku tak percaya yang aku boleh ada perasaan lagi pada dia …
kami memang lost contact terus tak ada apa2 interaction langsung plus aku tak pernah follow dia dekat mana2 sosial media pun tapi aku still dapat tahu tentang life dia dari keadaan sekeliling tanpa perlu aku carinya.
Dah lebih 10 tahun perasaan tu masih sama seawal aku rasakan perasaan tu muncul dalam diri aku dan sampai sekarang aku tak pernah suka mana2 lelaki yang aku jumpa sebab perasaan ni. Aku tak berharap tapi entah kenapa aku terlalu setia pada perasaan ni
– Istp (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit