Assalamualaikum. Nama aku cik B iye cik B. Tapi aku bukan cik B anak dato vida itu hah. Panggilan sahaja. Seperti mana korang baca tajuk aku itu begitu cerita yang aku sampaikan.
Aku ini bab pernulisan ini fail sikit maaflah jika ayat-ayat aku tunggang langgang. Cerita ini lama sangat dah, zaman aku masih bersekolah menengah, aku mempunyai kawan baik dan ianya perempuan of course la kan.
Masa mula-mula kenal dia. Dia la yang tegur aku dulu. Manis, baik dan senyuman ada lesung pipit. Aku namakan dia cantik. Bagi aku dia memang cantik. Paling penting dia sangat beradab. Arrgh love her so much. (im not lesbian) haha
Ketika berkawan aku sangat lah selesa sebab cantik seorang agak chubby. Aku memang suka peluk dia hakikat kekadang dia rimas dengan aku. Dia memang sahabat baik hingga kini.
Nak dijadikan cerita masa kami bersekolah cantik ada mempunyai sepupu lelaki yang sama-sama sekolah dengan kami. Kekadang kemana ada kami situ la dia ada. Aku namakan dia Zack.
Zack ini aku tak ada la suka sangat pun dulu. Cuma bila selalu jumpa dan nampak dia dimana-mana kekadang terusik la hati aku ini.
Muka Zack ala mamak. Mata dia coklat weyh, manis serta bijak. Gigi dia putih bersih orangnya kemas. Dia budak kelas depan weyh aku kelas yang tengah2 bijak sangat pun tak bodoh sangat pun tak. Hahaha
Zack dia sangat rapat dengan kawan lelaki sekelas aku. Kami tak sebaya tau dia tua setahun jee dari aku. Hihihi, so aku ini memang rapat dengan cantik walaupun kami tak 1 kelas tapi aku memang rapat dengan dia. Masa sekolah dulu aku seorang pengawas sekolah.
Iye walaupun aku kekadang macam ngok ngek sikit so far aku berdisplin ye. Haha. Disclaimer bapak aku garang. Pernah masa perhimpuan aku jaga kelas dia. Dia berdiri baris belakang sekali. Curi2 pandang aku. Aku perasan cuma aku rasa biasalah pandang je pun.
1 hari itu,sementara aku nak tunggu van sekolah aku sampai. Aku lepak kat pagar sekolah situ ada kerusi batu panjang. Memang ramai la yang akan ada kat situ.
Kebetulan masa ini aku seseorang kawan-kawan aku yang lain dok menyembang aku malas nak join. Aku pun duduk ler kat kerusi batu itu. Van sekolah aku lambat disebabkan rosak agak lama juga aku menunggu kat situ.
Tetiba aku nampak Zack dengan kawan sekelas aku jalan keluar dari pintu pagar sekolah then dia duduk berhadapan dengan aku.
Kawan kelas aku tanya aku “Asal tak balik lagi” aku cuma balas “Van sekolah rosak” then aku berpaling tengok jalan raya depan aku. Sedangkan aku leka tengok jalan itu aku terperasan Zack tengok aku lama gila. Jantung aku berdegup dahh dup dup dup. Malu ler kena tenung dek orang.
Masa ini cantik tak ada dia ke bilik guru. Aku pun rasa kekok sangat so ajak kawan sekelas aku itu sembang ‘woi mat asal ko tak balik lagi’
Then kawan aku balas “Tunggu ayah si Zack ini hah lambat aku tumpang dia” aku pun iye je kan. Masa aku tanya kawan aku itu dia masih pandang aku lagi.
Pastu cantik pun sampai duduk sebelah aku sebab memang dia balik sekali dengan Zack. Rumah diaorang dekat. Masa ini la si Zack ini tersedar. Ini bermula aku perasan yang Zack macam suka dengan aku.
Aku selalu juga ke rumah cantik dan kalau aku ke sana sebab aku menolong mak ayah cantik katering. Zack kekadang ada situ diaorang family jenis akrab dan rapat sangat. Pernah juga aku nampak Zack curi2 pandang aku.
1 hari itu masa kelas seni,kami 1 kelas kena turun pergi ke bilik seni. Kami ada projek sekolah kena siapkan. Kebetulan kawan Zack yang 1 kelas dengan aku ini 1 kumpulan. So masa nak siapkan projek ini aku tengah menwarna.
Kawan Zack ini sembang2 dengan aku. Macam2 topik masa itu kitorang sembang tetiba dia cakap macam ini “ko nak tahu tak si Zack cakap ko cantik dia kata suka tengok muka ko”
Aku pun terkejut. Aku tanya “iye la ko ini memandai je”
Pastu dia cakap “Iye dia suka tengok ko” then dia gelak dia ini suka bahan aku. Tapi hatiku berbunga2.
Start dari sini aku pun tersuka dia dalam diam. So kitaorang sama2 suka cuma tak meluah kekadang ada je dia macam bantu aku. Aku pun ok la. Bagi aku dia ini first love aku yang buat aku ada crush dengan dia.
Aku pernah lah nak confess dengan dia. Tetapi bayangan cantik ada kat pandangan aku. Aku takut kehilangan sahabat jika aku confess perasaan aku dengan Zack kami bercinta tup2 putus pulak. Aku risau hubungan dengan cantik jadi janggal.
Ini membuatkan aku fikir aku sayang persahabatan aku dengan Zack. Aku simpan kemas perasaan aku.
Aku pernah riki2 si cantik tanya pasal Zack dia ada girlfriend ker dia tak ada. Cantik kata dia ada suka seseorang bila aku tanya siapa dia jawab orang lain. Aku sedikit hampa la juga.
Aku pernah tanya soalan yang macam ini kat cantik. “Cantik kalau aku suka Zack ko ok tak” respon cantik macam tak ok dia kata aku ini better cari yang lain. Banyak lagi lelaki yang sesuai dengan aku. Aku dapat rasakan yang cantik tak suka.
Aku pendam sahaja perasaan aku. Hakikat aku pun tahu Zack ada hati dengan aku. Segala tinduk tanduk dia cara pandangan pada aku. Aku nampak dan aku tahu. Zack pun memendam rasa.
Aku sangat pemalu korang. Kadang rasa menyesal kenapa tak confess je. Bercinta ker tidak masa itu apa peduli janji pernah meluahkan.
Pernah 1 kali kami terlibat aktiviti di luar sekolah. Kami perlu membawa bunting mewakili sekolah ketika itu. Acara ini di stadium,so setiap wakil sekolah perlu beratur membawa bunting ini. Aku dan beberapa orang kawan aku yang lain terlibat sama.
Kebetulan aku betul2 belakang Zack. Cuaca masa agak panas,matahari baru naik. Muka aku terkena sinaran matahari tepat kat muka. Zack ada dengar aku mengeluh sebab panas.
So dia rapatkan bunting dengan aku dan tutup matahari dari kena matahari. Auuww sweetkan hahaha. Banyak lagi sebenarnya dia buat cuma aku takut ada yang kenal aku nanti.
Tahun berganti tahun. Hari berganti hari. Sehingga 1 masa, Zack dah tamat belajar baru habis spm. Kebetulan waktu itu cuti sekolah aku buat part time dengan mak ayah cantik sebab diaorang buat katering.
Zack datang jemput dari rumah masa ini naik kereta. Sebab rumah aku agak jauh dengan rumah cantik. Masa ini aku bahasakan diri aku dengan Zack ko aku je. Masa dia jemput naik kereta aku duduk belakang. Malu la nak duduk depan.
Zack datang pagi2 lepas subuh, nampak masih mengantuk lagi dia. Kami tak sembang sangat sebab pepagi weyh. So aku pecahkan kesunyian dalam kereta waktu itu. Aku tanya ‘Weyh Zack ko tak mandi lagi ker?’
Dia pun jawab “Mana la sempat nak mandi tadi nak cepat” aku senyum je. Nak gurau2 dengan dia. Aku cakap ‘lain kali mandi ler Zack busuk weyh ko’ aku gelak2 then dia jawab sambil pandang cermin belakang ‘Busuk2 aku pun ko suka aku kan. Kan?’
Aku nampak dia pandang aku dari cermin belakang. Lama dia tenung. Allahuabkar merah muka tahan malu. Aku tak jawab soalan itu sampai sudah. Sebab terlalu malu.
Mungkin dari sini Zack mula rasa aku tak suka dia. Sebab aku tak jawab soalan dia. Lepas kejadian ini kitaorang jarang dah jumpa dia pun sibuk sambung belajar. Then benda ini berlalu tanpa aku luahkan perasaan aku pada Zack.
Ketika aku habis sambung belajar pun aku still macam keep in touch dengan cantik. Cantik kata dia ada girlfriend dah. Aku pun ignore je la.
Bila sosial media baru berkembang aku friend dengan dia dalam fb. Aku ikuti perkembangan dia di fb. Dia makin seronok belajar di ipta bersama kawan2 ye. Pergi hiking la macam2.
Sehinggakan aku rasa aku tiada jodoh dengan dia. Aku move on, habis diploma aku berkahwin. Dan alhamdulilah suami aku baik-baik sahaja.
Cuma sekarang untuk pengetahuan Zack masih bujang sehinnga kini. Dengar2 dari cantik dia kata dia frust bercinta. Sehingga sekarang. Dia sukses dengan kehidupan ye. Umur kitaorang dah masuk 30 series dahh.
Dan baru2 ini Allah uji sekali dia sakit. Sakit kanser. Hmm sedih. Aku sahaja buat confession ini. Ada rasa ralat kat hati aku. Dun worry aku masih waras. I love my husband so much. Cuma teringat kisah2 lama ini serta melihat dia di uji dengan sakit. Buatkan aku rasa kesian dan sedih.
Tiada apa pun sebenarnya confession sekadar untuk santai2. Korang doakan la Zack kembali sembuh supaya dia dapat nikmati kehidupan yang lebih baik.
Aku tahu ajal jodoh pertemuan Allah dah tentukan aku redha. Aku tahu Zack bukan jodoh aku. Aku yakin Allah akan berikan dia pasangan yang baik untuk dia. Jika tidak di dunia, di akhirat kelak. Insya Allah.
Terima kasih sudi baca confession aku.
– Cik B (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit