Dah 16 tahun ye kami mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.
Anak sulung kami lelaki umur 14 tahun. Dia la sentiasa jadi perantaraan sang suami sebagai medan komunikasi aku dan dia.
Selama 16 tahun hidup dengan dia, aku sedar dia la lelaki yang amat aku cintai. Tapi aku juga sedar cinta dia bukan milik aku.
Even sampai sekarang, aku tak mampu faham apa dalam hati dia.
Sejak kahwin sampai sekarang, dia yang basuh baju dia. Dia yang bancuh air nescafe dia. Dia yang lipat baju dia.
Semua berkaitan diri dia, dia sendiri yang buat.
Sebagai isteri, aku sangat rindu nak siapkan semua tu sebagai mana isteri2 lain buat.
Tapi mungkin sampai bila2 pun aku tak berpeluang berkhidmat untuk dia.
Kerana dia tak suka aku sentuh apa pun kepunyaan dia.
Kalau aku bancuh air, dia tak akan minum. Awal2 kahwin aku beriya nak buat.
Tapi dia kata dia boleh buat sendiri.
Banyak kali aku bancuh pun, dia minum sikit ja. Dia tingal. Tapi most of time dia tak akan minum langsung.
Aku tak minum caffeine, tapi aku rasa dah buat yang paling perfect dah untuk dia.
Siap tengok u tube macam2 skill orang buat nescafe.
Nak kata aku buat tak sedap, padahal ramai kata air tangan aku sedap.. Anakpun selalu puji masakan aku sedap.
Aku pernah tanya dia, tak sedap ke. Dia cuma akan jawab tak pe dia buat sendiri. Tak payah buat untuk dia.
Aku siap perhati dia bancuh macam mana..Aku follow sebijik2 macam dia buat.
Still kalau dari aku, air tu akan stay macam tu ja la atas meja..Selang 3 4 jam dia pergi buat sendiri.
Mungkin di lidah dia semuanya jadi tak sedap kalau dari aku.
Atau ego dia tak suka terima apa pun dari aku.. Pernah jugak sekali tu aku tipu dia.
Dia kan rapat dengan anak2, aku pun rapat jugak dengan anak.
Hari tu aku sengaja suruh anak perempuan kami pergi bagi air kat dia.
Kononnya dia dengan abang dia pakat2 bancuh air nak bagi kat abah.
Licin abah diaorg minum.Lepas tu anak tanya sedap tak abah.
Dia anguk ja. Budak2 biasa la mana pandai tipu lama2.
Sambil gelak2 diaorg pecahkan rahsia. Ibu yang buat air tu.
Dia hanya diam ja. Suami aku memang pendiam dan penyabar. Dengan anak ada la bersembang.
Tapi macam tu macam tu ja la. Tapi dia memang perfect father sebab tu anak rapat dan sayang dia.
Aku pun janggal nak sembang jugak dengan dia.Sebab aku pun jenis kurang cakap jugak kalau keadaan tu aku tak selesa.
Tapi sejak kes tu, kadang2 petang dia balik kerja. Aku sengaja siapkan air nescafe dia suruh anak bagi.
Agaknya walaupun dia tahu tu aku yang buat, tapi mungkin depan anak nak jaga ego kot.
Dia akan minum ja. Cuma kadang dia minum sikit ja. Lepas tu dia pergi buat sendiri.
Kalau masak, dia ada la makan. Tapi makan sikit ja la.Macam buat syarat. Sebab makan dengan anak2 kan. Dulu sebelum ada anak kadang makan kadang tak.
Lama2 aku biarkan dia dengan cara dia. Dah itu yang dia nak. Aku tak nak dia rasa tertekan dengan sikap aku.
Sebab aku sangat hormat dia dan sangat pentingkan kegembiraan dia. Sebab aku terhutang budi banyak sangat dengan dia.
Dulu2 kalau aku basuh baju dia, dia akan basuh semula baju tu. Dia tak akan pakai.
Aku faham, suami tak suka tukar2 brand. Dia jenis stick pada satu brand ja.
Kadang pencuci baju ni, aku suka try2 setiap brand. Nak tengok mana wangi.
Awal2 dulu aku tak faham dia lagi..Lepas tu, walaupun aku pkai brand yang dia pakai.
Walaupun dah letak pewangi banyak2 yang dia selalu pakai, dia tetap basuh semula baju tu.
Aku tak faham apa yang tak kena. Aku tanya dia kenapa, dia cuma jawab baju dia biar dia basuh sendiri.
Kalau aku lipat baju dia pun sama. Dia tetap akan lipat semula.
Ok aku faham, mungkin lipatan aku tak cantik macam lipatan dia.
Last2 semua kerja2 yang aku rindu sangat nak buat pada seorang suami terpaksa aku lepaskan macam tu ja sebab tak nak dia stress.
Ada la kawan2 aku pernah complain, suami diaorg satu kerja pun tak nak buat.
Kawan2 kata aku beruntung sebab suami aku ni special sangat..
Sebab satu kerja pun dia tak bagi aku buat kalau benda tu berkaitan dia.
Tapi benda tu buat aku rasa sedih. Aku nak berbakti pada dia sebenarnya.
Aku ni membesar jenis suka buat kerja rumah. Aku macam mak aku..Jenis suka khidmat untuk keluarga.
Tapi aku cuba faham, mungkin dia dah biasa urus diri dia sendiri.. So dia selesa macam tu la kot.
Dia kalau mandian dia mesti yang body bath tu. Suami jenis suka benda yang branded dan stay pada satu brand ja.
Dia ada pakai produk muka jugak ye. Jenama loreal. Memang dia jenis jaga diri sangat2. Beza jugak la dengan aku.
Aku ni jenis bedai ja sabun2 mandi biasa tu. Aku kan jenis suka tukar2 brand.
Kalau beli barang, aku rasa nak try brand ni, aku try ja yang tu.
Ada sekali tu aku try la pakai sabun dia masa mandi. Lepas tu saja la konon2 nak bersembang.
Aku kata tadi mandi saya guna sabun mandi abang tu. Rasa lembut la kulit.
Rupanya best jugak body bath ni. Selalu lalu situ, tak terfikir pun nak beli.Lepas ni boleh la tiru brand abang.Saja aku nak pancing sembang.
Tapi dia diam ja. Memang style dia macam tu..Kalau benda tu dia rasa tak nak jawab, dia tak akan jawab.
Esoknya dia pergi beli yang lain. Lepas tu dia suruh anak pesan kat aku. Dia kata ambil ja la yang aku dah pakai tu sebab dia dah beli yang baru.
Aku tanya la dia..Kenapa beli baru. Sedangkan botol tu banyak lagi. Dia kata tak pe. Pakai ja la tu.
Aku macam tak puas hati la. Aku tanya direct, abang tak suka kongsi dengan saya ke. Atau abang tak suka saya usik barang abang.
Aku memang sentap masa tu. Ibaratnya sebab aku dah sentuh, dia tak akan sentuh lagi benda tu. Apa salahnya kami berkongsi.
Dia diam ja. Kalau aku keep pressure dia mintak jawapan. Dia akan iyakan ja apa pun yang aku pertikai.
Bengkak jugak hati aku kadang2 dengan sikap dia. Tapi tu la, hati kita cepat sensitive dengan orang yang paling kita sayang.
Sejak tu aku memang tak usik dah barang dia.. Aku terfkir dia geli dengan aku ke..
Atau apa yang dia rasa dengan aku sebenarnya. Aku tak dapat jawapan.
Aku selalu rasa aku ni useless dalam hidup dia. Aku cuma rasa khidmat aku diperlukan saat dia perlukan benda tu ja..
Tau tak perasaan aku macam mana kalau dia datang sentuh aku.
Setiap masa lepas habis tu aku akan menangis dalam senyap.
Aku menangis sebab terharu. At least ada benda aku boleh bagi untuk dia.
Walaupun agak jarang jugak dia mendatangi aku. Tapi aku sentiasa berharap dia sentiasa nak kan benda tu..
Bukan sebab aku gila benda tu tak.. Tapi sebab aku terlalu cintakan dia.
Aku rasa itu ja satu2nya jasa yang aku mampu balas atas budi dia pada aku dan keluarga aku.
Kalau time dia nak tu aku tengah uzur, kecewanya hati aku tu hanya tuhan saja tahu.
Sebab masa tu ja aku dapat tatap muka dia, dapat sentuh dia. Sebab dia tak pernah tidur sekatil dengan aku sejak kahwin.
Nak tenung dia lama2 time hari2 biasa aku pun segan.. Sebab aku memang jenis sangat pemalu dan lembut.
Dulu selalu la aku curi2 pandang dia. Sebab dia memang kacak. Tapi sejak ada anak, aku jrang buat macam tu..
Anak kadang suka mengusik aku depan abah dia. Budak makin naik remaja tau2 ja la. Budak sekarang kan banyak akal.
Tapi suami aku sendiri pun tak pernah pandang aku langsung.
16 tahun kahwin, sekali pun dia tak pernah eye contact dengan aku.. Walaupun masa kami bersama.
Kalau cakap apa2 pun dia pandang arah lain. Atau dia hanya jawab sambil buat kerja lain.
So tak kan aku pulak nak hegeh2 kan. Aku pun ada harga diri dan sifat malu aku jugak.
Sebelum ada anak, dia selalu akan tido di hall. Walaupun lepas buat tu, tetap jugak dia akan turun ke bawah untuk tido.
Tapi sebelum tu dia akan kiss kening aku sambil cakap thanks.
Sebab tu aku selalu menangis.. Sebab ada la rasa diri di hargai dan di perlukan.
Tapi dalam masa sama aku keliru apa perasaan dia pada aku. Aku pernah tanya, tapi dia tak pernah jawab.
Lepas ada anak, dia lagi selesa tido dengan anak. Dulu masa anak kecik2 pun, tetap jugak dia tak tido sekatil dengan aku.
Aku tak pernah merasa macam pasangan lain tido sekatil dengan anak dan suami.
Kalau pergi holiday, walaupun satu bilik, dia tetap akan pilih hotel yang ada 2 queen bed. Alasan dia supaya selesa.
Cuma sejak ada anak perempuan, dia memang tido sorang kat hall.
Anak sulung kadang2 suka nak tido dengan dia konon sambil tengok bola kat hall.
Aku boleh nampak, anak2 ja kebahagian dia.. Kalau boleh, aku nak ja beranak ramai2 untuk dia.
Tapi apa kan daya, tiga orang anak aku semua caesar. Aku dah tak boleh beranak lagi dah..
Jujurnya saat itu amat mengecewakan aku. Tapi aku kena terima segala suratan takdir hidup aku.
Ya, takdir hidup aku ibarat drama. Termasuk la perkahwinan aku dan dia.
Nanti kalau posting ni approve, dan kalau orang tak bosan baca.
Aku cerita macam mana aku kahwin dengan dia. Ni pun aku risau orang kecam sebab terlalu panjang atau bosan.
– Idah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tak faham yang tt pun boleh ter kahwin dengan dia dan boleh bertahan lama ni 😭😭 laki tu pun satu hal, kalau dah tak suka cakap lah . Macam pelik je kalau semua benda dia nak buat sendiri. Tak pernah ada benda meragui ke macam dia ada “perempuan” lain ke ?? Dari handphone dia ke .. ermmm .
Kalau baru dua tahun kahwin ke faham lah kalau mcm masih janggal nak berkomunikasi…
Tolong la cerita cepat macam mana boleh ter kahwin, korang pjj ke? Kahwin paksa ke ? Di jodoh kan ke? Cinta Lepas nikah ke ???
Masa confess ni tak ada intro apa apa pun😭😭
Betul..makcik pun heran bin ajaib. Tak pernah terfikir wujud manusia mcm ni…..sambong cepat tt mcm ner boleh terkawen dng species rare ni…
Boleh bayangkan perasaan keciwa tt dgn perangai pelik husband tu..
Sepesen mcm adik aku ni..tp dia belum kawen lagi..
aku pun risau dia akan jdi mcm ni..cakap bila perlu sahaja..kadang dtg malas bukak mulut dia,kening je dia angkat tanda anggukan la tu..
Kadang aku terfikir,mcm mana la dia kawen sok?
Aku pernah tanya..ada awek? Dia angguk..pstu aku tanya lagi..mana?..kwn sekolah..skrg umur dia dah 20++ masih dgn awek dia tu..kekal pulak tu..
tapi dia tak pernah kenalkan kat kami 1 family..dia kata awek dia kenal je family kami..
tapi memang ada tau org mcm ni..cakap bile perlu..tak suke brg dia diusik..pastu kalau dia selesa dgn org tu,bru dia ckp..itu pun ckp bile perlu sahaja..
mcm aku yg bnyak tanya ni,ada 1@2 je dia lyn..pastu senyap sampai kesudah..aku bebel sorg je la jwp nye..
Luar biasa la sis punya kekuatan niiii🙂 16 tahun kot..
X faham lah cm mana puan ni bole kawin dgn suami..dah lah cari isteri time nak tu je…woiii xpuas hati lah aku..dasar jantan betul…layan lah isteri tu betul².. ko ingat isteri Kau xde perasaan ke ..Aku dh tertanya² cm mana puan ni time pregnant..16 tahun marriage wehh….stress…!!
Puan ..Mohon ada part 2 ..
X faham lah cm mana puan ni bole kawin dgn suami..dah lah cari isteri time nak tu je…woiii xpuas hati lah aku..dasar jantan betul…layan lah isteri tu betul².. ko ingat isteri Kau xde perasaan ke ..Aku dh tertanya² cm mana puan ni time pregnant..16 tahun marriage wehh….stress…!!
Puan ..Mohon ada part 2 ..
Terima seadanya …mcm2 org,mcm2 la perangainya…bersyukur sbb x kena maki kira ok la tu…setiap insan kat dunia ni di uji dgn pelbagai dugaan. Mungkin dia x mau byk cakap sbb takut tambah dosa kot…setiap manusia ada sisi kurang dan ada sisi lebihnya. X dak manusia yg sempurna pun kat dunia nii…semuanya ada cacat celanya, sekrgnya2 bersyukur dia x naik kaki tangan dan caci maki awak dah d kira ok la tu.nafkah pun ada dia bg. Kalau nk dibandingkan org lain yg cacamerba, lintang pukang hidup anak beranak. Bersangkabaik lah dgn pemberian tuhan ni..Allah Maha Mengetahui.semoga awak byk bersyukur,tabah dlm mengharungi liku2 kehidupan ini seblm ke alam yg satu lg tu. Minta maaf sekiranya anda terasa dgn komen saya ni,tq.
16 tahun bertahan..baik suami or isteri..bak kata TT suami dia baik je…cuma perangai suka buat sndr…tak mau berkongsi… Terima keadaan seadanya je…ada pun couple yg sweet² sgt pun..last² mcm² hal jugak..org tgok perfect couple rupanya perangai…huhuhu..
suami masih nak bersama, petanda dia tak ada org lain..cuma faham je perasan isteri yg hanya didatangi bila berkehendak.. kesian juga..cuma suami tak Ada lah buat perangai yg bukan²…kaki game, kaki judi, kaki porno, kaki pukul dll… Dia syg rtangga & syg sgt anak²..
Byk pahala TT kerana bersabar dgn kerenah suami…syukur suami bukan jenis yg “bukan²”… At least sis & kids terjaga baik.
Autisms kot laki dia. 16tahun hidup gitu. Depan ank2 xde ke cubaan nk pegang tangan ke baring ats riba ke ms tgk tv? Masa raya salam pagi raya x peluk2 ke? Lepas solat jemaah salam xde laga pipi ke?Masa sakit dia buat dek jugak ke? Ahahahah byk soalan ni. Tolong sambung please
kesiannya sis.. 16 tahun kot.. suami sy pun kalau basuh baju, dia basuh baju dia je, taknak campur. baju dia, dia akan basuh sendiri. mula2 tu pelik. lama2 saya dah tahu knpa. rupanya dia xsuka softener. sbb sy suka pakai downy tu. dia xsuka sbb dia cakap bau melekat kat baju, dia pening, dia bersin dan sakit kepala. Even sabun mandi, syampoo pun masing2. kitorg mmg tidur sekali cuma pgi2 azan subuh mcm tu dia akan bgun tidur kt sofa ruang tamu skjp. reason dia sbb sejuk ,nthla nakkk hahaha. aku biarkan je. air dan iron baju tu kdg2 dia nk bt sendiri. kdg2 sy buat. dan banyak lg la perangai pelik dia..