Assalamualaikum dan Selamat Malam semua..
Ni bukan cerita cuma sedikit pandangan/ luahan hati aku. Aku terpanggil untuk tulis disini sebab aku selalu tengok posting-posting di media sosial ini yang selalu membandingkan cara/ kehidupan masing-masing itu adalah lebih baik dari orang lain.
Contohnya, aku pernah baca ada para ibu-ibu yang suka berkongsi kisah tentang cara melahirkan anak secara normal atau ceaser. Kadang ibu yang mampu melahirkan secara normal ni suka memperlekehkan ibu yang melahirkan cara ceaser..
Selalu jugak aku tengok komen-komen mereka ni kadang suka sangat membandingkn seolah-olah diri mereka lebih baik. Begitu juga dengan bilangan anak. Orang kita ni terlalu suka banding kan sampai satu masa melukakan hati orang lain.
Kadang bila kita dikurniakan bilangan anak yang sikit, dikatanya kita jaga badan. Kalau yang mempunyai bilangan anak ramai tu dikira hebat.
Mungkin bilangan anak itu sudah menjadi ketetapan ilahi mengikut kemampuan diri seseorang itu atau mungkin seseorang itu ada sebab mereka tersendiri.
Begitulah juga dengan emas. Kalau awak mampu pakai emas berkilo-kilo, pakailah tapi janganlah perlekehkan orang yang hanya mampu membeli emas halus, sebab mungkin bajet mereka tak besar macam awak.
Kalau yang memang jenis tak suka pakai emas, tak perlu nak perlekehkan orang yang pakai emas ni macam-macam. Jangan nak banding kan siapa lebih baik.
Macam tu juga bila kita mampu untuk pakai kereta mewah, rumah mewah dan bercuti di tempat mewah. Tak perlu nak perlekeh orang lain yang hanya mampu pakai kereta biasa-biasa, rumah kos rendah dan hanya mampu bercuti dengan percutian bajet.
Lain orang, lain pendapatan. Tak perlu beritahu semua orang yang awak tu kaya, tak perlu tabur-tabur duit macam tak pernah jumpa duit.. Poket kita semua tak sama.
Jika awak ada rezeki dapat kerja bagus, jangan hina orang yang menganggur, bekerja sendiri atau tidak senasib dengan awak.
Jangan, sebab kita sendiri tak tahu berapa strugglenya seseorang itu cuba untuk dapat kerja bagus macam kita tapi mereka tidak berpeluang seperti kita.
Mana tahu jika Allah itu sedang mengatur rezeki mereka itu jauh lebih baik dari apa yang mereka sangkakan.
Jika awak ada anak yang cepat belajar, jangan ajar atau tunjuk cara awak didik anak awak pada ibu bapa lain. Itu cara awak. Ibu bapa lain pun ada cara mereka didik anak masing-masing.
Ini tidak, kadang ada ibubapa yang suka show off anak mereka itulah, inilah. Bagus, bukan tak bagus tapi cara awak tak semestinya sesuai untuk kemampuan anak orang lain. Setiap anak berbeza personaliti, kelebihan dan mempunyai keunikan tersendiri.
Sama juga kalau awak seorang yang suka berjimat cermat, tak perlu obses sangat nak kongsi tips berjimat cermat awak tu pada orang lain, sebab tak semua orang berminat dan setuju dengan cara awak tu.
Aku pernah baca satu perkongsian ni, dia cerita mengenai misi jimat cermat dia tu tapi kadang ada part yang aku tak setuju. Sampai baju anak pun nak beli semua bundle sedangkan dia bukan tak mampu.
Tapi dah terlalu obses sampai dah tak boleh nak beza antara jimat dengan kedekut.
Rezeki yang kita dapat tu rezeki anak anak juga. Jadi tak salah jika bagi anak-anak merasa baju baru. Lainlah jika awak memang betul-betul tak mampu.
Lepastu berkongsi tips hidup awak untuk dijadikan ikutan orang lain. Kalau awak selesa dengan cara awak yang begitu, silakan tapi tak perlu orang lain ikut cara awak. Nanti ada pulak orang yang sebelum ni tak berkira jadi berkira dan berjimat tak kena tempat pula.
Begitu juga kalau anak awak belajar kos yang hebat dan popular.Anak orang ini belajar kos biasa-biasa sahaja. Tak perlu nak cerita itu ini sampai nak downgradekan kos anak orang yang belajar biasa-biasa ni.
Tak perlu nak cakap lebih-lebih sampai kata kos yang anak orang tu belajar tak kemana la tak banyak peluang kerja la. Awak tu bukan Tuhan ya.
Kalau anak kita cepat belajar bercakap, merangkak, jangan sesekali kita jadi doktor yang nak mendiagnos anak orang lain tu autism la apa la..
Jangan. Jangan suka nak cakap padan muka dekat anak orang lain atau cakap yang bukan-bukan yang bukan bidang kuasa kita. Tuhan tu boleh uji dengan apa yang kita perkatakan. Elakkan bercakap angkuh.
Lagi satu, aku selalu perhatikan orang kita ni suka judge penampilan orang lain. Bila orang tu berpakaian biasa, dikatakan old school sebab tak ikut trend.
Sama juga jika seseorang itu bertudung lengkap dengan menutup aurat sempurna pun digelar ustazah dan dijadikan bahan ejekan.
Sedangkan dia sudah faham apa yang disyariatkan oleh agama Islam. Begitu juga yang tak menutup aurat ni dipandang atas bawah dan dikecam teruk seolah mereka ni confirm ahli neraka.
Adalah lebih baik untuk kita mendoakan yang baik-baik dan menghormati antara satu sama lain. Hidayah itu milik Allah dan hidayah itu pilihan Allah untuk beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Sebenarnya ada banyak lagi yang aku nak luah tapi cukuplah yang kat atas ni aku dah bagi contoh. Apa yang aku nak simpulkan dekat sini,
Jangan suka nak membandingkan kehidupan mahupun cara kita dengan orang lain. Berhenti merasa diri kita terpaling bagus sampai rasa orang lain tu useless..
Ingat, dunia ni bukan milik kita. Harta, kekayaan, kebijaksanaan, rupa paras, dan pangkat yang kita ada sekarang ini semua bersifat sementara. Semua Dia punya. Kita ni manusia hanya pemegang amanah saja. Bawak-bawaklah muhasabah diri.
Nikmatilah kehidupan awak dengan tenang tanpa perlu membandingkan mahupun menyakiti hati insan lain. Kan lebih bahagia bila kita amalkan cara sebegini. Raikan pendapat dan kepelbagaian antara kita bukan membandingkan siapa paling bagus.
Jaga tutur kata kita. Jika tutur kata kita mampu melukakan hati insan lain, diam itu lebih baik. Pilihlah untuk berdamai dari menyakiti.
Pesanan tulus dari saya yang insan biasa ni. Dah nak dekat raya dan masing-masing pun nak berjumpa dengan keluarga yang hampir 2 tahun tak jumpa.
Jaga hubungan baik antara keluarga. Jangan jadikan pertemuan ini sia-sia. Cipta memori yang indah bersama yang tersayang. Selamat Hari Raya semua.
– Mimi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit